Jeon wonwoo ;
Aku melihat mayat hyung dengan sebak di hati.Tak , sepatutnya aku yang mati.
Sepatutnya aku yang ada kat tempat hyung sekarang ni.
Aku merintih. Tiada siapa pun yang dengar.
Langkah longlai diaturkan ke kafe hospital. Kenyataan memang menyakitkan.
“ nak tahu tak wonwoo , kaulah manusia paling malang dalam dunia. ”
Aku meramas rambut kasar. Suara itu lagi.
Suara tu asyik ganggu aku. Ianya macam nak aku buat sesuatu.
“ mula mula , omma. Lepastu appa. Then , minghao. Sekarang hyung kau pulak. Lepas ni sapa? ”
Ya , selepas ni siapa pula yang terkena sial aku.
Aku mengeluh.
Mungkin sudah tiba masanya.
“ untuk aku ikut hyung ke sana. ”