Bab Satu

4.1K 97 6
                                    

Pov NNA (Nurul Nida / Ayun)

Di rumah..

"Nurul, habis SPM..Nurul duduk dekat madrasah ye. Dengan Wardah" kata Ibu.

"Emm..yelah" balas aku.

Aku berpaling memandang ibu. Khusyuknya ibu bermain handphone. Chat dengan jantan tak guna lah tu. Aku mengeluh. Sampai bilalah ibu nak macam ni.

Keesokan pagi di sekolah...

"Hoi Nida..kau kenapa?" Tanya AAE (Aisyah Anis / Ecah).

"Kau ada masalah ke?" Tanya AJ (Aisah Jannah).

"Kenapa muka kau murung je?" Tanya NAN (Nurul Ain Nasuha).

"Kau stres pasal SPM ni ke?" Tanya K (Khairunnisa).

"Nida relax jelah. Hari ni kan last exam SPM..esok dah takde" kata HS (Hamsida / Sieda).

"A'ah Nida. Esok kita boleh enjoy" kata SNA (Siti Nur Alisa).

Huh. Aku mengeluh.

"Ye..aku tahulah..huh. Cuma semalam..ibu aku kata nak aku masuk madrasah selepas habis je SPM ni" kata aku dengan nada pasrah.

"Oh iyeke? Baguslah tu Nida..kau dapat masuk madrasah. Aku pun teringin nak masuk madrasah" kata AJ.

"Tu sebab kau nak tapi aku tak nak. Aku rasa tempat aku bukan kat madrasah" kata aku.

"Kenapa pula kau cakap macam tu? Kau kan susah nak keluar rumah..madrasah ni lah tempat yang paling sesuai untuk kau" kata AAE.

"Kau perli aku ke Ecah? Aku tahulah aku ni susah nak keluar rumah tapi orang yang kasar macam aku ni mana sesuai duduk madrasah" kata aku.

"Kasar ke tak kau boleh je masuk madrasah tu..cuma kau je yang tak nak" kata HS.

"Aku tak tahulah..kalau kauorang rasa ok aku pun ok lah" kata aku.

"Memang ok pun kau dekat sana..bolehlah lembutkan sikit kasar kau tu" kata K.

"Betul tu" kata NAN.

"Lagipun kau kan nak baiki diri kau yang serba kekurangan pasal agama tu..baguslah kalau kau nak duduk dekat madrasah tu" kata SNA.

"Emm..iyelah..kalau kauorang dah cakap macam tu aku masuk jelah" kata aku.

Selepas seminggu habis SPM, ibu terus daftarkan aku masuk madrasah tu. Sepupu aku, Wardah gembira aku duduk sama madrasah dengan dia. Kawan-kawan aku pun masuk madrasah cuma tak sama madrasah je. Aku...akan cuba sesuaikan diri dekat madrasah tu walaupun ini bukan kehendak aku.

"Assalamualaikum semua..hari ni kamu ada kawan asrama baru.. Nurul Nida" kata UH (Ustazah Halimaton).

"Assalamualaikum semua"

Aku hanya mampu pura-pura senyum walaupun dalam diri aku rasa kekok dan malu. Mestilah kekok dan malu. Diaorang semua pakai purda, tudung labuh dan baju jubah! Aku seorang je pakai tudung biasa. Dahlah singkat. Baju pula macam lelaki. Mereka semua pandang aku atas bawah. Seram. Aku masih senyum palsu.

"Wardahtul..tunjukkan sepupu kamu ni bilik dia dan kenalkan kepada kawan-kawan baru dia" kata UH.

"Baiklah ustazah" kata WF (Wardatul Firdaus).

"Nida..bagi ustazah handphone kamu..pelajar madrasah tak dibenarkan pegang handphone" kata UH.

Aduhai..perlu ke? Aku terus keluarkan handphone aku dari beg dan serahkan kat ustazah.

"Jom Ayun" ajak WF.

"Emm..jom" balas aku.

Sambil aku berjalan menuju ke bilik, sempat juga aku memandang sekeliling madrasah. Boleh tahan besar dan luas. Ada 4 bangunan dan ada 1 surau serta 1 dewan. Maknanya ada 6 bangunan disini. Kat sebelah kanan ada madrasah lelaki tapi jauh sedikit dari sini. Belakang madrasah ada kedai yang diuruskan oleh madrasah lelaki. Kat sebelah kiri ada perumahan penduduk disitu.

Ustaz Tu Sebenarnya GangsterWhere stories live. Discover now