Bab Tiga

3.5K 73 2
                                    

Pov MNA (Muhammad Nashrul/Achoi)

Sebaik aku keluar dari bilik tu, aku terus menelefon 'rakan kongsi' aku.

"Hello..ha macam mana?"

"Semuanya dah beres bro"

"Diaorang ok tak?"

"Ok je"

"Ok bagus-bagus. Bawak diaorang balik semula ke madrasah"

"Ok"

"Err..aku nak kau tolong carikan maklumat seorang budak perempuan ni. Nanti aku bagi kau gambar dia. Cari keluarga dia. Aku nak maklumat detail"

"Ok"

Tanpa membuang masa, aku terus menghantar gambar Nida kat Dragon. Ye. Tadi tu Dragon. Mana aku dapat gambar Nida? Adalah. Nida perempuan pertama yang kasar dengan aku. Perempuan pertama yang tolak aku. Perempuan pertama yang lawan aku. Perempuan pertama yang langgar aku dengan sengaja. Dan perempuan pertama yang gaduh disebabkan oleh aku. Tu sebab aku tertanya-tanya. Asal dia tak hormat aku macam mana pelajar lain hormat aku? Yelah..aku ni kan ustaz walaupun palsu. Asal dia tak takut dengan aku? Malah makin melawan? Kalau perempuan tomboy pun takut dengan aku inikan pula Nida yang duduk di madrasah. Tapi kenapa dia tak takut aku langsung? Malam mula muncul. Aku tahu dia tengah tidur sekarang ni. Jadi aku tak nak kejutkan dia. Aku dah siapkan dinner. Tinggal kejutkan dia bangun je. Aku terus naik tangga dan berdiri di hadapan bilik dia. Aku ketuk pintu bilik dia.

Tuk! Tuk! Tuk!

Takde sahutan. Aku ketuk sekali lagi.

Tuk! Tuk! Tuk!

Takde sahutan. Mesti dia tidur mati. Aku pergi ke bilik aku dan ambil kunci pendua. Lalu kembali di hadapan pintu bilik dia. Aku cucukkan kunci di lubang pintu lalu memulasnya. Dengan perlahan, pintu bilik dibuka. Terlihat Nida masih tidur di atas katil. Aku datang mendekati dia dan duduk di sisi katil.

"Hoi Nida..bangun..dah malam ni. Jom dinner"

Nida masih tidur. Aku mencubit pipi comel dia tu.

"Hoi Nida..bangunlah. Mandi. Lepastu makan dinner"

Nida mengeliat.

"Apa?"

"Bangun. Ke nak aku dukung kau masuk bilik air? Boleh kita mandi sama-sama"

Terus Nida bangun.

"Tak payah! Aku boleh mandi sendiri! Dah keluar!"

Nida terus masuk dalam bilik air selepas ambil tualanya. Aku terus bangun keluar dari bilik dia. Beberapa minit kemudian, dia turun ke bawah. Wah..cantiknya dia. Eh jab..tu bukan ke baju aku?

"Aku takde baju..jadi aku guna baju kau. Boleh kan?"

"Boleh je. Meh lah sini makan. Aku ada masak ayam masak merah, sayur kangkung dan telur goreng"

"Wah..semuanya makanan kegemaran aku. Pandai juga kau masak"

Nida terus duduk lalu hulurkan pinggannya.

"Nak nasi..banyak sikit tau" kata Nida sambil tersenyum.

Aku sambut pinggan tu dan isikan nasi..banyak sikit.

"Aku takdelah pandai sangat masak. Sikit-sikit tu bolehlah"

"Emm..yelah tu. Sekurang-kurangnya kau pandai masak. Tak macam aku ni..harap je perempuan tapi tak pandai masak"

Nida menyeduk lauk masuk ke dalam pinggannya.

"Nanti kau belajarlah masak. Esokkan kita kahwin. Kau kena belajar masak untuk pikat perut aku. Kan?"

Ustaz Tu Sebenarnya GangsterWhere stories live. Discover now