/MINHYE POV/
Apabila masuk saje ke kelas , aku terkejut melihat ramai rakan sebaya saya berbual dan bergosip. Tapi aku tunggu di luar kelas sahaja.
"Ehhh... awak MinHye kan?"tanya seorang yeoja.
"Ya saya MinHye" balas MinHye.
"Ahh....saya guru kelas ni. Nama saya Kwon Su Rae. Awak tunggu sini kejap ya." lalu dia memasuki kelas tersebut.
Apabila guru tersebut memasuki kelas, semua pelajar di dalam kelas itu senyap.
"Hari ini kita akan menerima pelajar baharu, silakan masuk" kata guru tersebut.
Aku masuk dengan gementar kerana baru berpindah ke sekolah ini. Sebenarnya sebelum ini aku bersekolah di sekolah lain... Akan tetapi omma mahu aku bersekolah dengan MinHyuk oppa kerana dia cakap "Kalau ada apa2 nanti MinHyuk boleh jaga kamu"...
Aku berdiri di tengah-tengah kelas.
"Okey....perkenalkan diri kamu" kata guru tersebut."Aaaa...anyeonghaseyo, nama saya Kim Min Hye. Gembira berjumpa awak semua"
Selepas mempekenalkan diri, guru tersebut menyuruh aku duduk di sebelah seorang perempuan. Secara tiba-tiba perempuan itu mendekati aku dan memperkenalkan dirinya.
"Hai. Nama saya Jung Ae Ra"
"Hai. Saya Kim Min Hye" jawabku.
"Boleh tak saya jadi kawan awak?"tanya AeRa
"Yeke. Awak nak jadi kawan saya?" Tanya ku dengan nada terkejut
"Yela, kita boleh jadi kawan rapat kan?"
"Mestilahhh" jawabku dengan nada teruja sekali apabila seseorang ingin berkawan denganku pada hari pertamaku di sekolah.
End POV
"Wah, penatnya"kata MinHye.
"Yah...MinHye. Jom pergi kantin nak tak?" Tanya AeRa
"Okay, lepastu awak kena tunjukkan satu sekolah ni okay?" Jawab MinHye
"Yahhh...... Mana boleh satu sekolah. Kalau nak satu sekolah pergilah tengok sendiri. Kalau sikit-sikit okaylah jugak. " Kata AeRa marah.
"Okay,Okay. Relax la, tadi kata nak pergi kantin. Bila nak perginya?" Tanya MinHye.
"Haahla, lupa pulak. Hehehe. Jom la." Gelak AeRa.
YOU ARE READING
I Love You, Brother (C)
Random(#1 in Brother) (#75 in Random) "Tolong jadi yeochin saya MinHye..."-??? "Yeochin? Tak nak lah ******* sumbaenim... Saya tak suka sumbaenim... Mian"-MinHye MinHye mahu berlalu dari situ...... "Ini mesti sebab MinHyuk kan???"-??? "Jawab MINHYE!!!"...