(I) Hidup ini satu pilihan.
Konformiti atau esentrik
lat tali lat telapak atas tangan bawah
oo som batu burung air lawan lawan lawan
tiga kali sampai tak sangkut-kut- kutTING! bunyi syiling dilambung
kepala atau ekor, sambut dan buka; lihat
spin the bottle; lihat siapa yang kena.(II) Pusing itu juga pilihan
Untuk kita main permainan bernama hidup; adakah ianya sebuah ilusi?
paling berani kita dare satu sama lain tanpa sebarang
bimbang kerana tahu semua ini hanyalah mimpiatau
bangun pada realiti yang perlu dihadapi
iaitu truth adalah perkarapaling kelakar dalam hidup(bukan kelakar ha ha, tetapi kelakar yang macam...weyh).
(III) Hidup ini satu pilihan.
Toyol tak sentiasa ada bukan macam selalu dalam dewan periksa tempat kita semua jadi pak belalang bernujum dengan MCQ dan pilih A...okay padam
pilih B......eh B dah banyak dah,
Okay Okay! padam lagi. Okay aku
rasa jawapan mesti D, konfirm!betul dah ni...okay yakin....
......
..........
.............babi
jawapan dia C.Sial atau tuah, baik atau celaka semua bukan pada nasib
kerana orang cakap nasib bukan semua kita serah pada takdir kerana macam manaboleh salahkan ibu mengandung
bila yang lupa beli kondom itu lelaki
sebab dia tak lupa pun, cuma pilih
untuk tak tahu-menahu tentangbuku teks sains form 3 chapter 4, ingat?
Satu-satunya sex ed selain daripada
klip video 3gp atau majalah-majalah bunny
CD-CD abang-abang kita atau
urban legend kawan-kawan cerita.Jap, bukan kita tengah sembang pasal pilihan ke?
Okay Okay...
(IV) Hidup ini adalah pilihan.
Antara langgar lampu merah tengah malam bila tak ada orang,
Antara batalkan plan harini untuk pujuk buah hati sedang merajuk...(V) Hidup ini pilih-pilih.
Jawab panggilan mak-ayah.
Call setiap hari tanya khabar.
Lepak dengan kawan-kawan.
Tak lepak sebab mengantuk (it's okay!).
Tulis sajak pukul dua tiga pagi.
Main chess sebab kau antipuisi.
Pergi berjemaah nak pahala lebih.
Sembahyang sorang-sorang nak feel lebih.Minum kopi, pakai skinny jeans.
Minum kopi, ikat kain sarung.
Minum kopi, nescafe ke cap kapal layar?
Minum teh......sebab kau ada ulcer
.....
......
........jadi tak boleh minum kopi dah.
(VI) Hidup ini pilihan.
Dengan kita memilih untuk memilih.
Dengan kita memilih untuk tidak membuat pilihan
sebenarnya kita telah pun memilih untuk melakukan kezaliman.Dengan kita memilih bisu kerana diam kadang-kadang lebih lantang daripada mana-mana kempen politik lebih kencang dari teman berpolimik lebih sampai berbanding slams, readings atau gigs.
Dengan kita pilih untuk bersuara bilamana
JERIT
merupakan satu-satunya cara untuk
kita belajar macam mana nak bercakapkerana telinga dah tak kenal bunyi suara sendiri.
Jadi, jangan biar lagi lidah tak bergerak bibir tak basah tekak tak serak suara tak pecah kerana apa yang memisahkan
suami & isteri
parents & anak-anak
kau & aku
bukan duit atau masa atau member atau stranger
tetapi keganjilan sepi paling seksa yang tak siapa patut rasa;dengan kita memilih bahasa lain
as our preferred language switching tongues turning thoughts from one to another without forgetting our maternal bond and ancestral languagethat ramai yang confused ingatkan kita perasan mat salleh or elitis poyo speaking
lalu memilih ketakutan untuk membenci
walaupun sesekali tak pernah pun
bercita untuk menjadi Jebat berlaku
anarkis berontak rosakkan bahasa;barangkali ramai telah lupa
"Tuah pernah memakai 12 bahasa" tanpa lupa siapa dia tanpa takut dirinya hilang tak berbangsa.
(VII) Hidup adalah pilihan.
Orang cakap pilihan kadang-kadang cuma ilusi tetapi
kadang-kadang realiti nyaada masa semudah 1 2 3
tetapi ada masa juga terpaksa;telan mati mak, ludah mati bapak
tetapi hidup tak pernah pun kisah
siapa yang mati, atau belajar ABC
pasal hidup bukan tanyatentang soal hidup
dan mati saja tapihidup adalah pilihan kita.
Jadi aku memilih untuk hidup
dengan apa saja cara;lat tali lat, tangan atas bawah
oo som tengok apa lawan apa
ekor ke kepala siapa nak mula
bulat atau hitam empat huruf pertama
pusing that bloody bottledan lihat siapa yang
kena.