—selepas (terilham dari) Kak Fazleena Hishamuddin.
rambut aku berwarna mendung
tapi semenjak aku kenal dia;
ramalan cuaca dalam mata aku
sering cerah; seolah diatelah menyikat pergi
awan-awan yang selama
ini menyembunyikan
sinar kebahagiaan aku...aku tahu jugak, rambut aku kasar
dan ada hari aku rasa macam
ada ribut atau taufan melanda
tempat aku tidur semalamtetapi dia kata rambut aku
antara bahagian dia paling suka;
dan dia cuma kenal aku 17 bulan—
sedangkan aku ambil masa 23 tahununtuk suka bahagian-bahagian
yang tuhan berikan—kulit warna
tanah; hidung jambu air;
mata redup kuyu bertudung;dan rambut kasar berwarna mendung.
aku perasan, rambut dia pulak
ada beberapa helai putih.
mungkin—sebab itu dia selalunampak, garis- garis perak
yang ada di setiap hari-hari
kelabu. mungkin—sebab itu
ramalan cuaca dalam mata akusentiasa cerah, bila dia ada.