NAM JOON POV
"Lihat sayang,
Jauh lagi perjalanan.
Kejar impian,
Kejar cita-cita,
Yang lain akan menyusul kemudian,
Bila hati sudah bersedia"
Aku menutup balik diariku. Aku menghembus nafas seketika. Rindu nya dengan budak kucing tu!
Aku mengemas segala barang-barang aku. Hoseok yang kebetulan lalu di bilikku memandang hairan ke arahku.
"Beb cepat balik? " aku mengerling ke arah jam di dinding
10.40p.m.
"Kenapa salah ke? " Hoseok tertawa kecil. "Tak adalah biasanya kau akan balik dalam pukul 2.30pagi ataupon paling awal pun 12.45pagi" aku menggaru kepalaku. Nak cipta alasan apa eh?
"Aku sakit perut aku sambung tulis lirik kat rumah" Hoseok mengangguk. "Semoga cepat sembuh" Hoseok menepuk bahuku dan berlalu pergi meninggalkan aku.
"Mujur dia tak tanya macam-macam kalau tak habis aku" mulutku tak habis-habis mengomel dari tadi.
Sampai sahaja di villa. First thing aku cari mestilah
AYRA!
Aku membuka pintu. Aih? Sonyap je dalam rumah ni? Macam tidak ada penghuni lak!
Aku melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.
Baru aku nak menaiki anak tangga ,tiba-tiba terdengar ada orang bermain piano.
'Siapa pula main piano malam-malam camni? '
Kalau pencuri siap kau! Aku pergi ke dapur dan mengambil pisau. Apa kau ingat aku takut dengar bunyi piano camni?
Aku menaiki anak tangga dengan perlahan-lahan.
Kelihatan bilik yang berada di hujung bercahaya.
Aku melangkah perlahan-lahan ,setiba di depan bilik itu aku membukanya dengan perlahan-lahan.
Kelihatan seorang gadis yang memakai gaun putih labuh dengan bertudung berwarna putih sedang bermain piano.
'Ayra? '
Mujurlah bukan pencuri. Kalau pencuri dah lama aku tikam dia pakai pisau ni!
Aku masuk ke dalam bilik itu.
Kelihatan Ayra khusyuk bermain piano.
"Pandai sweetie main piano" aku memeluk pinggangnya dari tepi. Kelihatan terkejut gilerr siap melatah lagi. "Oh mak kau ijau! " Aku menahan ketawa. "Eii awak ni suka buat terkejut tau tak" Dia menjuih bibirnya. "Alah saje-saje ingatkan siapa yang main piano malam-malam ni rupanya awak" aku mencubit pipi pau dia tu. Comel!
"Sakitlah" Dia memukul bahuku. "Ada saya kesah? " Dia memandang aku dengan pandangan yang tajam. Eii pikir aik takut dengan you?
"Baik saya sambung main piano ni! " tangannya mula bermain dengan piano itu.
Aku melihat ade lirik di depan itu.
"Awak tulis? " dia mengangguk laju. "Ya saya buat ketika adik saya pergi meninggalkan kami sekeluarga" Dia tersenyum nipis.
YOU ARE READING
[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어
FanfictionAYRA MYSHA ,pengurus wedding planner dari Malaysia ditugaskan ke Korea Selatan untuk menguruskan perkahwinan seorang pelakon terkenal terkemuka di sana.Pertemuan yang tidak diduga di Cafe dengan seorang penyanyi berkumpulan BTSyang semakin meningkat...