37%

342 21 43
                                    

Lelaki itu segera mengapai tanganku ini."LEPASKAN AKU!!!  " Aku meronta-ronta diminta dilepaskan. "Noona!!  Kook tak nak Noona mati awal!!  Kook sayang Noona!!! " rupanya lelaki yang mengapai tanganku ini Jungkook.

Aku berhenti dari meronta. Air mata ini masih bersisa di kelopak mataku. Jungkook segera menarikku. "Noona! Kenapa noona nak bunuh diri?? Ada yang tak kena ke?? " Jungkook mengoncang perlahan bahuku. Aku hanya diam membisu di situ. Tidak ku balas balik pertanyaan nya.

Tiba-tiba mata Jungkook tertancap pada baju aku, dia menunding jarinya kearah bajuku. Perut aku time ni juga sakit aigoo~."No... Noo.. Noona ke... Kena... Kenapa dengan baju noona tu?!  Ade darah banyak mengalir!! " aku terus memandang bajuku. Banyak darah yang mengalir keluar di bawah. "Ergh! Kook... Perut noona sakit! " aku terus memegang perutku. "Biar kook bawak noona pergi hospital sekarang!! " Jungkook segera memapah aku pergi ke keretanya.

DI HOSPITAL

JUNGKOOK POV

Aku bermundar-mandir di hadapan bilik emergency di hospital itu. Risaunya dengan Noona Ayra.... Moga-moga dia tak ada apa-apa.... Sedang aku bermundar-mandir, pintu bilik itu dibuka jua oleh pihak Hospital.

"Doktor!  Doktor! Macam mana dengan Noona saya?  Dia tak sakit apa-apa kan? " doktor itu memandang wajah aku.

"Awak ni suami dia ke? " berkerut seketika dahiku ini. Wait?  Aku ni nampak tua sangat ke sampai digelar suami Noona Ayra ni?

Tipu sahajalah! 

Tak apa kan tipu sunat? 😂

"Aha ya saya suami dia kenapa? " doktor itu datang menghampiri ku seraya menepuk bahuku perlahan. "Saya harap awak bertabah ya" aigoo~ makin bertambah berkerut dahiku ini!  Silap-silap aku tua dulu dari umur ni!!

"Kenapa Doktor? " aku masih bertanya pada doktor ini. Jangan cakap Noona Ayra mati! Aku sepak juga karang pintu bilik emergency ni! Doktor ni pun satu hal!  Nak main teka teki dengan aku!

"Isteri awak keguguran" bagaikan di panah petir perasaan Jungkook ketika itu.

Ke.. Kegu.. Keguguran?!

Sejak bila Noona Ayra berkahwin?  Setahu dia Noona ni Single and Available Ok ok yang tu aku yang tambah 😂 jangan kecam aku.

Doktor itu berlalu pergi meninggalkan aku sendirian. Aku melangkah perlahan-lahan pergi ke wad biasa di mana Noona Ayra di tempatkan. Kelihatan Noona Ayra duduk termenung sambil memandang tingkap di tepinya.

"Noona" panggil ku. Dia menoleh ke arahku. Diam membisu seperti biasa.

"Kook nak tanya Noona dah kahwin ke? " aku cuba mengorek rahsia dari Noona Ayra. Dia macam tahu sahaja...

Dia mengalih balik wajahnya dan memandang balik langit di luar. Aku mengeluh seketika. Tiba-tiba aku terdengar esak tangisan dari Noona Ayra.

"Doktor cakap... Kandungan ni mati sebab terkena renjatan elektrik... Tak sempat Noona nak pegang baby dalam perut ni uhuks uhuks" dia menangis di bucu katil itu.

Aku tak mampu nak buat apa-apa. Sebab aku tak tahu keadaan yang sebenar. Tiba-tiba fikiran tu teringat akan Nam Joon! Aha!  Mesti Nam Joon tahu semua ni!  Tanya dialah nanti!!

2 Hari Kemudian

Kelibat lelaki tinggi lampai masuk ke dalam office Bighit Entertainment. Aku yang sedang mendengar lagu terhenti seketika.

'Inilah masanya aku nak korek rahsia Noona'

"Hyung!  Mari sini sekejap" panggilku. Nam Joon datang ke arahku. Kelihatan di bawah matanya terdapat Eyesbag. Aigoo~ mesti letih dia hari ini.

"Kook nak tanya pasal Noona Ayra" aku memulakan bicaraku. Namun Nam Joon segera bangun. "Sorry Kook Hyung tak berminat nak jawab soalan Kook tu" Nam Joon baru sahaja nak beredar aku segara menyambar tangan kasar itu.

"Noona dah kahwin ke? " aku tak kira aku nak juga tahu semua ni!. Dahi Nam Joon berkerut seketika. "Bila masa dia kahwin? " aku melepaskan tangannya. Seriously?  Maybe Nam Joon tak tahu kut pasal noona Ayra.

"Tak adalah Hyung 2 hari lepas Kook tolong hantar dia ke Hospital Dia mengalami keguguran kesian dia... " aku mengeluh seketika.

Tiba-tiba sahaja Nam Joon berlari meninggalkan aku. Pfft kenapa tergesa-gesa tu?  Aku menggaru seketika kepalaku yang tidak gatal.

NAM JOON POV

Aku berlari meninggalkan office. Dalam kepala aku  satu  yang aku sedang fikirkan sekarang ini. Pergi Hospital. Aku memandang selaju yang mungkin pergi ke hospital.

Ayra... Keguguran?

Kalau Ayra keguguran maknanya... Kandungan yang dia sedang bawa tu anak aku lah?!

Ya tuhan kenapa aku senang-senang lepaskan dia.. Menyesal pula dengan apa yang aku telah buat padanya.

Sampai sahaja di hospital, aku segera pergi ke kaunter reception. "Nurse boleh saya tahu bilik Nur Ayra Mysha di tingkat berapa dan no. Biliknya? " nurse itu segera menyelak helaian kertas nya. "Tingkat 4 Nombor bilik 416 " aku segera meninggalkan nurse yang terpinga-pinga melihat aku tergesa-gesa meninggalkan dia.

Sampai sahaja di bilik nya aku segera masuk. Kelihatan katil yang di duduki oleh Ayra sudah dikemaskan. Kebetulan Nurse yang lalu di situ berhenti seketika.

"Encik cari siapa? " aku menoleh ke arah nya. "Erm... Mana pergi pesakit ini? " aku bertanya pada nurse itu.

"Ouh yang itu baru sebentar tadi rakannya menjemput dia pulang kenapa? "

Aduhai! Dia sudah balik dah!!

"Tahu tak dia pergi mana? " aku berkira-kira hendak mencari dia.

"Katanya nak pergi Airport"

"Airport?! "

[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어Where stories live. Discover now