NAM JOON POV
Doktor Yerin keluar dari bilik. "Yah Encik Nam Joon syukur cik Ayra tiada kecederaan yang serious sangat. Tapi dia masih perlu berehat kerana kesan pukulan di kepalanya, saya takut nanti jadi serious " Aku mengangguk seraya mengucap Syukur kerana Ayra dalam keadaan stabil.
"Encik Nam Joon beruntung kerana Cik Ayra tabah orang walaupun banyak terdapat kesan luka" Aku tersenyum. "Ya Doktor saya beruntung sangat-sangat" Doktor Yerin tersenyum saat aku mengucapkan kata-kata itu.
"Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu" Aku mengangguk. Doktor Yerin keluar dari Villa.
Aku memulas tombol bilik yang diduduki oleh Ayra. Kelihatan Ayra baring di atas katil. Perlahan-lahan aku pergi ke arahnya.
Rambutnya aku mengusap perlahan. Kepalanya sedikit berbalut disentuhnya. 'Sebab tulah aku lebih sanggup Upah doktor perempuan dari Doktor lelaki. Aku tak sanggup melihat lelaki lain lihat rambut Ayra. ' aku meneliti setiap bait wajahnya.
Hatiku sedikit tersentuh Melihat wajah Ayra yang terdapat kesan lebam. Entah macam mana air mata menitis di kelopak mataku.
Tiba-tiba sahaja aku teringat akan Abangku Jackson
5 Years Ago....
"Yah Nam Joon!!! " Jackson berlari anak ke arah aku yang sedang bermain game online Dota bersama Yoongi di alam maya. 'Hish dah kenapa abang ni? Aku tengah fight dengan Yoongi ni lah dia datang kacau '
"Yoo" Aku menyahut Jua.
"Sinilah ada benda yang abang nak tunjuk ni! " Jackson sudah melompat-lompat persis kanak-kanak kecil.
"Yah kalau ya pon tak payah lah nak lompat macam kanak-kanak ribena di bilik Nam Joon ni! " Aku menegurnya.
"Cepatlah! " Jakcson sudah menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya. Aku berjalan ke arahnya.
"Nak apa? " aku memandang wajahnya. Dah kenapa riang semacam ni?
"Nak tahu tak ada awek cun yang abang dapat pancing ni!!! " Jackson menjerit kegirangan.
"Awek? " Aku menggaru kepalaku. Seriously aku memang tak faham apa yang abang aku tengah cakap sekarang ini.
"Iya awek cun Nam Joon nah ni gambarnya! " Jackson menghulur sekeping gambar kepadaku.
YOU ARE READING
[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어
FanficAYRA MYSHA ,pengurus wedding planner dari Malaysia ditugaskan ke Korea Selatan untuk menguruskan perkahwinan seorang pelakon terkenal terkemuka di sana.Pertemuan yang tidak diduga di Cafe dengan seorang penyanyi berkumpulan BTSyang semakin meningkat...