4

2.5K 100 20
                                    

Marzleiny's POV

Seusai solat zohor, kami semua diarahkan untuk membuat kumpulan kecil seramai 7 orang ahli. Jumlah keseluruhan peserta lelaki seramai 56 orang manakala peserta perempuan seramai 63 orang. Jadi, perempuan ada 9 kumpulan dan lelaki ada 8 kumpulan.

Kenapa perempuan lebih ramai daripada lelaki? Emh.. sebab perempuan lebih bersemangat agaknya? Hahaha. Bukannya aku nak cakap lelaki ni jahil atau sebagainya, tapi yelah, maybe dorang sibuk? Er, entahlah.

Oke, berbalik kepada kumpulan tadi, aku dapat sekumpulan dengan Syazana, Farhani dengan tiga orang budak lepasan spm dan sorang budak tingkatan lima. Kalau tak silap akulah, nama dorang Izyani, Raihana, Zulaikha (tingkatan lima) dengan Aizah. Aizah ni salah seorang kawan Amilin.

Nak tahu sesuatu tak? Tadi aku tarik budak cantik yang bernama Aisy tu untuk duduk satu group dengan aku sebab nak pilih ahli kumpulan, kita orang kena tarik sesiapa je. Tak kesah kenal ke tak. Tapi, penceramah tadi tiba-tiba suruh dia duduk sekumpulan dengan budak-budak tingkatan lima, tukar dia dengan Zulaikha.

Kenapa ada budak tingkatan lima? Budak-budak tingkatan lima ni dari sekolah yang anjurkan program ni. Jadi cikgu dorang benarkan dorang join.

Aku tak kesah pasal tu, yang aku kesah sekarang ni, kenapa aku tak segroup dengan Aisy. Geramnya!

Eh, Marz, kenapa dengan kau? Berhenti fikir benda bukan-bukan!

"Marz?"

Syazana menggoyangkan bahu aku.

"Ya?" aku cepat-cepat menyahut panggilannya.

"Kau kenapa? Lapar?" tanya Farhani.

"Lapar?"

"Yela, dari tadi aku panggil tak ada respon." kata Syazana pula.

"Kau rindu Jaafar eh~?" Farhani berbisik perlahan.

"Apa kau merepek? Jaafar pulak." aku menjelingnya tajam. Tiba-tiba dia mention nama budak lelaki yang suka menyibuk dekat mana aku ada tu. Benci tahu tak?

"Tak adalah. Aku tengok kau berangan then pandang arah Jaafar." aku melihat ke arah yang aku pandang tadi. Dekat situ ada Aisy dan tak beberapa jauh dekat belakang dia ada Jaafar. Ish, Aku bukan pandang Jaafarlah, aku pandang Aisy!

"Orang berangan, tak perasan apa yang ada dekat depan dia. So, no. Aku tak pandang sesiapa. Lebih-lebih lagi si Jaafar tu? Ew." aku membuat muka.

"Heleh, yela tu." Farhani masih tak berhenti usik aku.

"Diamlah." aku memandang budak-budak lepasan SPM depan kita orang then tersenyum dekat dorang. "Adik-adik semua please jangan terpengaruh dengan perangai buruk dua orang akak ni. Adik jadi budak baik tau?" kataku seperti sedang bercakap dengan budak kecil.

"Hey, hello~ Baik sikit eh. Cakap perangai kita orang buruk pulak." Syazana marah aku. Tak terima kenyataan lettuw.

Aku cuma menjelirkan lidah ke arahnya.

"Baiklah. Masing-masing dah ada kumpulan. Sekarang, saya nak kamu pilih seorang ahli yang kamu rasa betul-betul berkaliber untuk jadi ketua. Pastikan ketua kamu ni orang yang LAYAK. Saya bagi lima minit untuk pilih." kata Encik Halim, selaku host program.

"I vote for Marz." Syazana bersuara.

"Oh, no. Jangan." aku menggeleng laju. Aku tak nak jadi ketua. Diri aku pun tak betul, inikan pulak nak jadi ketua dorang semua.

"Saya pun vote Kak Marz." kata Yani.

"Yani, jangan."

"Okey, semua vote Marz?" tanya Farhani kepada mereka semua. Aku memejamkan mata rapat. Jangan angguk please..

"Okey, Marz is our leader now."

Aku membuka mata dan menghela nafas tak suka apabila mendengar kata Syazana itu. Aku mencibir melihat dia tersengih lebar.

"Sudah pilih?"

"Dah!"

"Para ketua sila bangun dan bergerak ke ruang kosong di belah kanan."

Aku dengan orang-orang yang terpilih jadi ketua bangun dan berganjak ke sebelah kanan. Aku tersenyum melihat Aisy berdiri juga. Wajahnya monyok. Dia mesti tak terima kena jadi ketua.

Selain Aisy, Milin pun ada sekali. Milin dengan Aisy sama-sama pasang muka tak puas hati. Aku tergelak kecil.

"Setiap program, kami pasti akan pilih seorang penghulu dan penghuluwati. Waktu isyak sebelum masuk tidur nanti, kita ramai-ramai akan undi dari kalangan ketua-ketua ni untuk jadi penghulu dengan penghuluwati." keluhan panjang terdengar di tempat orang-orang yang terpilih jadi ketua. "Sekarang dah masuk waktu makan tengah hari. Ketua-ketua sila ambil dulang dekat bilik belakang pentas dan ahli kumpulan bolehlah pergi ambil air dekat belakang sana. Jangan berebut-rebut."

Setelah mendengar arahan pengacara majlis itu, semua ketua pergi ke tempat yang dikata untuk ambil makanan.

"Kak Marz!" Milin berjalan pantas ke arahku sambil menarik tangan Aisy bersamanya.

"Milin," aku tersenyum. Cuba untuk menenangkan jantung yang berdegup laju macam baru lepas lumba lari. Kuatnya effect budak ni dekat aku..

"Kak Marz, kenalkan, ni kawan Milin. Aisyani Dahlan. Panggil dia Aisy sebab dia tak suka orang panggil dia Aisyani." kata Milin.

Aisy melambaikan tangannya kepadaku sambil tersengih menunjukkan gigi. Uh, Ya Allah, comelnya dia..

"Hai, Aisy. Nama akak Marzleiny, panggil je Kak Marz." aku turut memperkenalkan namaku kepadanya.

"Tadi Aisy kata, Kak Marz tarik tangan dia kuat gila." Milin tertawa manakala Aisy memukul bahunya dengan wajah monyok.

"Apa? Kau tak kata jangan bagitahu dia kan?" Milin masih lagi tertawa.

"Yeke, Aisy? Maaflah kalau akak tarik kuat sangat. Akak panik tadi." bukan panik, tapi desperated nak sekumpulan dengan dia..  Ish, diamlah cetan!

"Eh, tak apa kak. Saya tahu akak panik. Saya pun panik time tu," Aisy mengusap tengkuknya.

Aku tersenyum kecil, masih mempunyai rasa bersalah dalam hati. Belum apa-apa aku dah sakitkan dia..

Setelah mengambil dulang berisi makanan petang iaitu nasi putih, ikan goreng dan sayur kobis masak air (betul ke ni?), kami kembali ke kumpulan masing-masing.

Aku meletakkan dulang di tengah-tengah sementara aku dengan ahli kumpulan yang lain duduk mengelilingi dulang tersebut (macam complicated je penjelasan ni 😅).

"Syazana, sila lead baca doa makan." kataku. Saja nak kenakan Syaz memandangkan dia orang pertama yang vote aku jadi ketua tadi.

Syazana menjeling tajam ke arahku lalu dia membaca doa makan diikuti amin oleh kami semua. Aku hanya mampu menahan gelak.

Lepas makan, kami semua ada ceramah sesi satu dengan Ustazah Zaimah. Aku tak nak cerita panjang pasal ceramah ni. Sebenarnya aku tak dapat fokus pun sebab sebelah aku ada Aisy. Aku asyik curi pandang arah dia je dari tadi. Bila dia pandang aku balik, aku cepat-cepat alih pandangan. Kantoi nanti aku yang susah.

Aku tengok Aisy pun nampak macam tak bagi perhatian dekat ceramah Ustazah Zaimah. Dia sibuk duduk melukis dekat buku nota dia. She's got a talent. Dengan pen pun dia boleh melukis. Susah pulak tu nak tengok dia punya kesilapan. Bila dia tersalah lukis, dia dapat cover cepat-cepat. Macam dekat bahagian rambut. Lukisan dia messy tapi cantik.

"Akak, jangan tengok saya je. Dengar ceramah ustazah."

Mata aku membutang mendengar suara pelahan dari Aisy. Dia kemudian menoleh dan mempamerkan wajah sedang menahan senyum.

Dia tahu aku pandang dia dari tadi. Marzzzzz! Aku facepalm lalu mengikut arahannya tadi. Fokus Marz. Niat kau pergi program ni bukannya untuk tengok budak sebelah kau ni. Kau nak ilmu kan? Huft, Marz..

Stay (GxG) [Slow Update]Where stories live. Discover now