1

3.3K 99 16
                                    

Aisyani's POV

"Kau sure ke nak pergi kem tu?"

Aku memutarkan mata bosan. Aku tak tahu ni dah masuk kali ke berapa Haira tanya soalan yang sama dekat aku. Sejak aku bagitahu dia aku nak join kem 'agama' yang dianjurkan oleh pihak-entah-mana minggu lepas, dia terus tak berhenti tanya soalan tu. Tak percaya katanya. Muka aku ni nampak macam budak jahat sangat ke?

"Iya Ra, iyaaa. Aku nak pergi kem tu. Kau tak nampak ke aku tengah packing barang ni?" kataku tanpa memandang si Haira yang tengah duduk atas katil aku.

Aku terdengar Haira bergumam perlahan, tapi aku tak dapat pasti apa yang dia cakap. Yang aku dengar; "Perempuan ni.. setan mana.. kenapa.. macam ni..". Tu je.

"Haa?"

"Aku kata, 'perempuan ni kena sampuk setan mana? Kenapa boleh jadi baik macam ni?',"

Aku ketawa sambil menggelengkan kepala. Aku bangun dari lantai kemudian duduk di sebelah Haira. Tangan aku srngaja aku letak atas pehanya. Acah sikit macam mak-mak yang tengah nak comfort anak perempuan mereka yang baru lepas putus cinta. Haktuih! "Kau nak tahu satu cerita tak, Ra?"

"Kau tak payah nak start dengan cerita 'once upon a time..' kau tu eh. Cukup sekali aku kena game." Haira memberikan tatapan tajam pada aku. Lagi sekali dia buat aku tergelak.

"No, kali ni aku serius."

"Okay.. Pedia?"

"Ustazah Surihana pernah cakap dekat aku.." aku pandang wajah Haira. Dahinya berkerut sambil menunggu aku melanjutkan apa yang aku nak cakap. Serius betul minah ni. "..setan tak hasut orang buat baik. So, bukan setan yang hasut aku." aku tergelak besar.

Aku duduk kembali di atas lantai, meneruskan kerja packing yang sempat tertunda tadi.

"Kau memang sialan, Aisy." aku terdorong sedikit ke hadapan apabila sebuah bantal hinggap dekat belakang badan aku.

"Did you just throw a pillow at me?" aku memberikan jelingan kepada Haira.

"Yes, I did." Haira mengangguk sambil menatap aku dengan tatapan tak bersalahnya.

"Kau tahu tak yang kau baru je mulakan war?"

"Huh?"

Laju bantal yang tadi Haira baling ke aku hinggap dekat muka dia pulak. Reaksi wajah Haira buat aku hampir jatuh sebab ketawa.

"Weh, hawaunya perangai kau!"

Mula dari situ, perang bantal terjadi dalam bilik aku pada malam sebelum aku pergi kem yang mungkin akan memberikan kenangan pahit atau manis dekat aku. Aku harap kenangan yang manis-manis jelah. Hee.

---

"Ma, Aisy pergi tak lama lah. Dua minggu je." aku nak ketawa tengok mak aku beria-ria menangis lepas aku masukkan barang dalam kereta cikgu.

Mak aku mengesat air matanya, "Mama bukan nangis sebab mama sedih kamu nak pergi, tapi mama nangis sebab mama tak sangka anak mama yang perangai 2X5 macam setan ni ikut kem agama."

Hiks, mak aku pun sama je dengan kawan-kawan aku. Wahai hati, bertabahlah.

Aku dengar Amilin ketawa perlahan dekat sebelah aku. Amilin ni pun satu, dia sepatutnya back up aku, bukannya ketawakan aku. Kuang hajaq!

"Tapi mama risau dengan perangai kamu dekat sana, Aisy." kalau tak ada ramai cikgu dengan kenalan aku dekat sini, confirm aku dah hentak kepala aku berkali-kali dekat tiang sebelah aku ni. Kenapa mama macam ni? 😭

"Auntie, saya janji saya akan pastikan dak Aisy ni berkelakuan baik macam bidadari dekat sana, ya? Auntie jangan risau." celah Amilin.

"Cihh," aku mencebir lalu memutarkan bola mataku.

Dasar Milin. Orang lain bolehlah dia bodoh-bodohkan, kononnya perangai macam ustazah, tapi dengan aku jangan harap. Perangai dia pun sebenarnya lebih kurang je macam aku. Cuma yang membezakan kita orang ni, perangai setan dia orang tak nampak sebab tertutup dengan muka ayu dan tudung labuh ustajah dia tu, aku punya perangai pulak orang boleh nampak sebab aku tak kesah depan orang pun aku duduk silang panggung. Hahahah.

"Terima kasih, Milin. Pastikan Aisy tak tinggalkan pampers dia yang tak bercuci dalam toilet, eh? Kalau Milin nampak, Milin kasi tampar je muka dia. Auntie benarkan."

"Mamaaaaa.." muka aku dah monyok macam nak nangis. Kawkaw punya mak aku buat aku malu depan Milin. "Kalau macam ni, Aisy tak jadilah pergi kem ni." aku berpeluk tubuh. Acah merajuk sikit laaaa.

"Rugilah kalau kamu tak jadi pergi. Mama harap kamu pakai tudung labuh macam Aizah balik dari kem ni nanti. Sejuk je mata mama pandang Aizah tu." ah sudah, mak akh pergi mention nama si budak kelas agama tu pulakkkk.

Aku pandang ke arah Aizah, dia dah tersengih-sengih dengan Hada dan Jasmin. Bangga agaknya mak aku puji dia. Eh, poooodahhh. Meh sini aku nak bagitahu korang. Dalam 7 orang yang join kem ni, (sebenarnya cikgu ajak ramai ex-student join kem ni, tapi yang boleh pergi just kita orang bertujuh je. Yang lain semua pakat bagi alasan tak dapat join sebab kerja atau busy etc. Cakap jelah tak berminat, kan senang. Nampak tak perangai budak-budak sekolah aku ni macam setan semuanya?) dua orang je yang aku rasa betul-betul perangai baik macam malaikat iaitu, Nazaruddin dengan Maisarah. And dua orang ni bukanlah anak ustazah atau budak dari kelas agama or dari kelas budak-budak pandai. Dia orang budak biasa-biasa je. (Aku bangga sebenarnya sebab dia orang ni budak kelas aku. Hahahah!)

Yang lima orang lagi, aku, Amilin, Aizah, Jasmin dengan Hada, semuanya perangai macam hawau, bak kata Haira. Nampak je baik, tapi otak gila-gila. Gila-gila kita orang ni bukannya munafik. Kita orang punya setan bukanlah macam orang yang busuk hati atau kurang ajar atau apa-apa yang negatif. Kita orang cuma terlebih ubat atau dalam erti kata lain, otak terencat. Paling terlihat terencatnya, akulah.

Okeyyy, berbalik kepada situasi tadi. Sekarang ni, kita orang dah ready nak berangkat pergi ke tempat dimana kem tersebut diadakan. Aku salam tangan mama, mak kawan-kawan aku sebelum masuk ke dalam kereta cikgu. Kita orang gerak dengan dua kereta. Cikgu taknak membazir sewa bas, lagipun 7 orang je. Cikgu pun pergi dengan suami dia and sorang lagi kawan cikgu.

Aku pilih untuk sekereta dengan cikgu aku, suami dia, Maisarah dengan Nazaruddin. Aku taknak sekereta dengan empat orang budak terencat tu sebab aku tahu, tanduk aku mesti keluar nanti. Lagi-lagi kawan cikgu yang bawak kereta tu pun agak terencat. Aku lebih rela tinggalkan kesenangan demi tidur xD

"Pesanan terakhir mama," hiks, terakhir. Macam aku nak pi jauh sangat je mama ni tau T.T "Jaga kelakuan kamu, mulut kamu, pakaian kamu. Orang-orang yang bakal kamu jumpa nanti bukannya macam kawan-kawan kamu. Mereka semua orang-orang alim, orang baik. Mama taknak satu-satunya anak perempuan mama ni dimalukan dekat sana sebab tak macam budak baik."

Eleh, ma. Setakat luar baik tapi dalaman busuk nak buat apa? Lebih baik kita tunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya. Tapi idokler aku jawab macam tu dekat mama. Aku cuma angguk je sebab aku malas nak berdebat dengan mama.

"Okey, mari semua kita geraaaak!" kata cikgu aku. Korang nampak? Cikgu aku pun sama je.

Haih, aku harap aku selamat dalam perjalanan ni nanti. Wajah mak aku tatap dengan pandangan sayu. Weh, sedih! Aku tak pernah berpisah dengan mama aku lebih dari lima hari. Kem ni bakal memecah rekod masa aku berjauhan dengan mama. Mama, doakan anakmu ini berubah ya? ;-;

**

First chapter done. Dipersilakan judge :)

Stay (GxG) [Slow Update]Where stories live. Discover now