5

2.6K 97 35
                                    

Aisyani's POV

Kenapa dengan jantung aku? Kenapa setiap kali aku pandang Kak Marz, jantung aku tak reti duduk diam? Senyum dia, tawa dia, suara dia, semuanya buat aku berdebar. Ditambah pulak aku duduk sebelah dia dekat dewan, memang selalulah aku kena dengar dia punya suara.

"Aisy, kau okey?" suara Ash (sorry, Ash. Aku betul-betul perlukan watak kau. But don't worry, aku tak tag kau 😂), budak Johor yang baru aku kenal menyedarkan aku.

Aku melihat dia dan Milin yang tengah tengok aku dengan riak risau. Aku tersengih, "Aku okey. Risau jugak korang dekat aku eh?"

Milin menolak bahu aku. Kalau aku tak tahan badan aku, confirm aku dah terlanggar Kak Marz. Siot je Milin ni tau.

"Kita orang tak risaukan kau, cuma pelik tengok kau diam je. Selalunya kaulah orang yang paling banyak bercakap. Macam dj radio." kata Ash.

"Eh, aku pun boleh diam jugak okaaaay?" aku memutarkan bola mataku.

Haaa, mai aku kenalkan korang dekat budak Ash ni. Nama sebenar dia terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu, tapi sesetengah orang panggil dia Ash. Dia sebaya aku, duduk nun jauh dekat Johor sana. Aku terserempak dengan dia masa dia duduk dekat tangga homestay. Sorang-sorang pastu apa benda entah yang dia duduk kais. Dah macam anak kucing kena tinggal mak. Disebabkan kesian tengok scene yang menyedihkan tu, aku dengan Amilin pun kutip dia, ajak dia join kita orang.

AHAHAHACYBWUXJAOSUWJIXHSU

Okey, okey, aku gurau je tu 😂

Ash ni budak yang agak tertutup, aku tak tahu sangat pasal latar belakang dia. Takpelah, dia belum selesa nak cerita agaknya. Muka dia memang muka tenang. Sekali pandang, sejuk mata. Hati pun duduk puji mak bapak dia sebab lahirkan anak macam dia ni (Oh, please.. Aku rasa nak muntah puji kau macam ni.). Tapi lepas dengar dia ketawa, hilang image cool dia tu. Ketawa dia Ya Allah.. Gelak *tarik nafas* gelak. Macam orang semput nak mati 😂 Apa yang buat dia sekepala dengan aku, dia punya tahap memerli orang. Pedas betul.

Berbalik kepada cerita,

Aku mengabaikan bebelan Milin dan Ash, cuba nak fokus dekar ceramah yang diberikan oleh ustazah kat depan. Tadi ustazah ni ada bagitahu nama dia, tapi aku lupa. Aku ni orang paling payah nak ingat nama, so aku panggil dia Ustazah Vogue. Kenapa Vogue? Ala, aku penatlah nak cerita. Nanti panjang sangat cerita ni. Aku nak buat pendek-pendek je 😭

Setelah solat Isyak sepatutnya kami dah boleh masuk tidur, tapi En. Halim kata pemilihan bagi penghulu dengan penghuluwati perlu ditentukan malam ni jugak.

Berdebauuu nokkkkk.

"Para calon, sila kenalkan nama dengan dari mana anda berasal dekat depan." En. Halim memberikan mikrofon kepada calon lelaki dahulu.

Seorang demi seorang mengenalkan nama masing-masing. Aku nak ketawakan Milin dengan Ash masa dorang intro dekat depan. Ash, dia pun terpilih jadi ketua kumpulan jugak. Paling hawau, Ash jadi ketua kumpulan untuk akak-akak atas umur dia. Kesiankan dia? Dah macam anak ikan aku tengok dia dalam group tu. Dorang semua berharap dekat dia sebab dia jenis langgar je macam Milin.

"Assalamualaikum, nama saya Nurul Aisyani Binti Dahlan, saya lepasan SPM dari sekolah xxx. Saya tak langsung tak sangka saya terpilih jadi ketua ni sebenarnya dan saya pun tak berharap nak jadi penghuluwati. So, tak payahlah pilih saya, saya tak nak kamu semua sesat nanti."

Aku nampak Milin dengan Ash ketawa terkekek-kekek dekat belakang peserta lain. Oh, suka betul dorang gelakkan aku, ya? It's okay, it's okay.

"Jadi awak tak nak jadi penghuluwati?" tanya Encik Halim.

Aku menggeleng perlahan. Aku tak suka jadi pembimbing orang. Diri aku pun tak betul, lagi nak bimbing orang..

"Tak salah lah kalau saya buang nama awak dari list penghuluwati?" nampaknya Encik Halim masih belum puas hati dengan jawapan aku.

"Sangat tidak salah, malah saya lagi suka kalau Encik Halim potong nama saya." kataku buat kali terakhir sebelum aku menyerahkan mikrofon kepada Kak Marz. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh ada dekat sebelah aku. Buat orang dupdap je akak sorang ni. Huhuhu.

Kak Marz berdiri dengan confidentnya. Uhu, Kak Marz mesti terpilih jadi penghuluwati. Dia ni memang ada ciri-ciri seorang ketua.

"Hai dan assalamualaikum semua, saya Marzleiny binti Ibrahim, pelajar dari Universiti XXX di Johor. " Urm.. 👉👈 Aku tak ingat speech Kak Marz 😂 Tapi speech dia sangat hebat. Aahahahaha.

"Terima kasih, Marzleiny. Jadi bakal fasi semua dah tahu nak pilih siapa jadi penghulu dengan penghuluwati?"

Sorakan tak bermaya bergema di dewan kecik ni. Aku dengan dua orang manusia terhawau ni gelak. Nampak sangat semua dah mengantuk.

"Taknak berlengah lagi, mari buat undian. Para calon boleh ke belakang sekejap?"

Lepas dengar suruhan dari En. Halim, aku tarik Milin dengan Ash ke belakang. Rasa lega dapat larikan diri.

"Aisy jawapan kau tadi macam nak cari gaduh weh. Kau nampak tak macam mana En. Halim pandang kau tadi? Dia macam singa lapar kau tahu?"

Aku tergelak mendengar kata Ash itu. Memang betul En. Halim tadi nampak tak puas hati dengan aku. Tapi buat apa aku nak berselindung kan? Lebih baik aku jujur je.

"Aku nak pergi dekat Kak Marz kejap." Milin berjalan mendekati Kak Marz. How dare she? Bukannya nak ajak aku dengan Ash ke apa. Dia tinggalkan kita orang berdua. Haish, Amilin!

"Korang kenal Kak Marz?" Ash menatap aku dengan mata straight dia tu. Ash ni, serius nau muka tu..

Aku mengangkat bahuku, "Kenal macam tu je." jawabku acuh tak acuh.

"Tapi cantik kan Kak Marz tu? Muka suci." Ash tertawa di hujung ayat.

Muka suci. Tu reaksi pertama aku masa nampak Kak Marz. Aku perhatikan Kak Marz. Cara dia bercakap tu lembut je, tangan dia pun mesti bergerak ikut irama percakapan dia. Ada gaya macam penceramah.

"Jangan pandang lama sangat. Nanti tangkap cintun." aku terdorong ke depan setelah ditolak manusia musibat ni. Hawau kau, Ash.

"Takdenya lah. Aku masih normal." aku menjelingnya.

"Normal lah sangat kan? Kau ingat aku tak nampak cara kau pandang budak-budak dekat sini? Lagi-lagi bila kau pandang Kak Marz. Macam nak terkeluar biji mata kau tu."

Tegang. Ash tahu ke? "Apa maksud kau?" tu je yang mampu aku tanya. Aku speechless.

"Kau tak senormal yang kau kata kan?" Ash tersenyum kecil. Nyaris tak terlihat senyuman dia tu.

"Kau nak kata aku lesbian?" aku perlahankan suara aku sekecil mungkin. Takut orang lain dengar. Mati aku nanti.

"Kau label diri kau sendiri ke? If you say so, yes, I'm saying that you are lesbian." Ash pun gunakan suara kecil.

"I'm not!" aku menafikan dakwaan dia tu. Aku bukan lesbian!

"Denial. Mengaku je leeeer.."

"A-aku normal! Apalah kau ni." sedaya upaya aku cuba taknak pandang mata Ash. Bahayanya budak ni.

"Stuttering." Ash gelak. Gelak dia tak sekuat petang tadi.

"Korang, sinilah! Kak Marz nak kenal-kenal!" panggilan Milin menyelamatkan aku daripada Ash. Thank you, Amilin!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Stay (GxG) [Slow Update]Where stories live. Discover now