Ariana

147 16 0
                                    


"Ana!...Ana....Ana!."Ariana menjerit persis orang gila memangil kawan baiknya, Ana.

Ariana menjerit kuat sekali lagi tetapi masih tetap tiada jawapan.'Mana pulak dia ni? 'Tanggannya dicekak pada bahagian pinggang seperti ibu yang memarahi anaknya.

"Kenapa kau ni? Terjerit terlolong, dah gila ke?"Satu suara menyergah Ariana dari belakang.Ariana segera menoleh pada arah datangnya suara itu.

"Kau ni kalau nak datang mesti nak bagi aku terkejut. Kalau aku ada penyakit sakit jantung dah lama aku mati. Kalau aku mati aku kacau kau seumur hidup. Suka sangat nak bagi terkejut. "Ana yang tidak tahan akan bebelan Ariana menekup kedua-dua belah cuping telinga.

'Hah,kau nak apa ni? '

'Aku panggil kau ke sini sebab aku ada plan nak dijalankan malam ni? Kau nak ikut tak? '

"Plan apa pulak ni?"Dahi Ana berkerut sambil matanya memerhati gerak geri Ariana yang tersengih.

Ariana membisikkan sesuatu pada cuping telinga Ana.Ana yang tadi kebingungan turut tersengih mendengar cadangan kawan baiknya.'Aku on je malam ni. '

'Kalau macam tu, aku pergi rumah kau la, '

'Tak bolehlah, ayah aku tu ada. Nanti dia bising tak ke naya aku. '

'Kalau macam tu, tunggu dekat tempat biasa jelah. '

"Ok. "Ana berjalan pulang ke rumah.

Ariana juga turut membuka langkah untuk pulang ke rumah.

******

Ariana berlari tergesa-gesa menuruni tangga. Dari segi pakaiannya dapat dilihat jelas bahawa Ariana sudah terlambat untuk sesuatu perkara. Sangat terlambat hingga membuatkan dirinya langsung tidak sempat untuk merapikan rambut sendiri.

"Dah lambat. Dah lambat. "Ariana dengan muka yang sudah cuak sepenuhnya berlari laju meluru ke arah pintu rumah.

'Haih laju nampak. Nak pergi mana pulak ni sampai rambut serabai macam hantu. 'Tiba-tiba satu suara menyergah Ariana dari belakang.

Ariana yang baru hendak membuka pintu serta merta menoleh laju pada arah datangnya suara itu.

Dia tersengih seperti kerag busuk tatkala melihat ibunya yang sedang mencekak pinggang.

'Nak pergi jumpa kawan kejap buat kerja sekolah.'

'Eh, ibu salah dengar ke ni? Sejak bila anak ibu sorang ni rajin nak buat kerja sekolah ye. "Ibu merenung tajam pada Ariana. Nampaknya tertangkap jugalah Si Ariana ni.

"Tertangkaplah pulak."Ariana hanya tersengih sambil di dalam hatinya menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak pandai menjaga rahsia dan plan malam itu sudah terbongkar.

"Sekarang beritahu ibu apa yang........ 'Belum sempat ibunya menghabiskan percakapannya ,Ariana terus keluar dari rumah itu.

"Bye ibu. "Ariana berlari meredah kegelapan malam.

'Haih, apalah nak jadi dekat dia ni. Terlalu degil.'Ibu Ariana menggeleng-gelengkan kepalanya melihat perilaku anak perempuannya yang sememangnya amat dengil.

******
So, Best tak? Pengunaan bahasa masih perlu diperbetulkan. Betul tak? For bab 1 pendek dulu. Nanti buat panjang sikit.Agak-agak korang kan apa yang Ana dan Ariana plan malam tu ye.









ArianaWhere stories live. Discover now