Bab 1 (Identiti baru)

96 13 0
                                    

'Huh... hah. hah. 'Aku termengah-mengah berlari. Wajahku sudah penuh dengan peluh seperti berlari 400 meter. Aku mengesat peluh lalu menyambung semula larian yang tergendala.

Semakin lama semakin jelas semak samun yang merimaskan di hadapan. Aku segera meredah semak-samun yang tebal itu.

Sejurus kemudian, kelihatan sebuah buayaian tergantung pada sebuah pokok yang dinamakan pokok pelangi, sesuai dengan namanya, warna daun pokok itu bewarna pelangi.

Kelip-kelip kecil pelbagai warna terbang menghiasi tempat itu dengan cahaya pada tubuhnya menerangi tempat itu. Rama-rama juga bertebangan serta bunga-bunga yang berbagai-bagai. Tempat itu sememangnya amat cantik dan menawan.

Dia atas buayaian itu ada seorang wanita yang mengambil tempat duduk.

"Sorry ,aku lambat. Tadi aku terlajak tidur. Bangun-bangun dah lambat. "Aku mengambil tempat bersebelahan Ana.

"Ye ye itulah alasan kau. Takde alasan lain ke? "Ana merengus kasar. Sudahlah ditunggu punya tunggu Ariana terlalu lama, Ariana datang bagi alasan yang sama je.

"Sorry kay, see aku dah mintak maaf kan. Tak payalah nak merajuk nanti tak cantik. "Kata-kata aku sedikit sebanyak membuatkan Ana sedikit tersenyum tetapi sikit jelah. Hish hampeh punya kawan.

'Dah lah. Jadi tak nak buat plan malam ni? '

'Mestilah jadi.'

Kami berdua berjalan seiringan menuju ke arah satu kawasan yang agak sunyi dan tersembunyi dari pandangan orang ramai.

Dapat dilihat sebuah lubang yang dalam menuju ke dasar tanah berada di permukaan tanah.

Kami berdua tanpa berlengah terus melompat masuk ke dalam lubang itu.

Sebaik saja kaki mencecah tanah, lubang yang tadi terbuka luas tertutup dengan sendirinya.

Kawasan dalam tanah itu mula menjadi gelap gelita tanpa sebarang cahaya.

Tiba-tiba dari beberapa sudut lima cahaya terang mula menerangi tempat itu.

Kini segalanya sudah mula dapat dilihat. Tempat itu sudah terang benderang dengan cahaya.

Satu kaca besar tiba-tiba muncul sedikit demi sedikit di atas satu kain panjang berwarna merah.

Jelas bahawa di dalam balang kaca itu pelbagai pakaian yang menarik minat dan semua pakaian itu adalah pakaian yang menutup indentiti. Lebih senang kata, pakaian itu sering diguna pakai oleh pencuri untuk memecah masuk rumah orang.

Yang bezanya baju itu sangat cantik dan mempersonakan.

Bahagian atas balang itu terbuka.

Aku dan Ana menyuakan tangan masuk ke dalam balang kaca itu. Baju-baju dan pakaian itu diambil dan dikeluarkan.

Dua bilik yang sememangnya sudah sedia tersedia dimasuki oleh ku.

Bilik yang satu lagi digunakan oleh Ana.

Kami berdua keluar serentak. Kini kami sudah siap berpakain yang menutup identiti.

Ini adalah identiti baru kami.

Identiti yang digunakan untuk menyamar dan melakukan sesuatu plan.




ArianaWhere stories live. Discover now