Di kepekatan malam yang sudah menjangkau pada waktu larut malam.Sudah tiba untuk tidur,dua wanita bertopeng licah melompat kemari dan kesana.Pengerakkan yang digunakan sangat pantas tetapi langsung tidak menghasilkan sebarang bunyi.
"Gunakan Portal Rungone sekarang! "Seorang wanita bertopeng merah kebiruan menjeling wanita disebelahnya. Tiada bunyi langsung yang hadir kerana mereka berdua menggunakan alat komunikasi minda yang khas digunakan untuk penggunaan dua orang.
Portal berbentuk segi empat panjang ke atas berwarna indingo terhasil secara tiba-tiba di hadapan dua gadis itu.
Mereka segera berlari masuk ke dalam portal itu.
Sebaik sahaja memasuki portal, laluan masuk dimensi lain itu terus saja hilang.Seperti langsung tidak wujud.
Dua wanita linkungan 20 tahun itu tadi keluar dari portal dalam masa yang singkat.
Kain yang agak labuh diangkat paras lutut untuk lebih senang berlari. Mereka berpakaian begini untuk malam ini kerana mereka sudah rancang dengan teliti untuk mengapa harus mengenakan pakaian itu.Segala rancangan mereka sememangnya akan dirancang dengan amat teliti supaya plan-plan mereka akan berjaya.Setakat ini tidak pernah lagi plan mereka telah gagal.Semuanya berjaya dengan kejayaan.
Sarung tangan plastik berwarna putih bercorak bintang segi bulatan atas dipakai pada tangan wanita bertopeng hijau kemerahan. Jari runcingnya diletakkan pada nombor-nombor yang berkunci.
Nombor berangka 6 yang menjadi nombor terakhir dilepaskan pada screen cahaya. Sama seperti namanya yang berangka 6.
A. R. I. A. N. A
Pintu gerbang besi yang amat kukuh itu terbuka perlahan-lahan. Dua wanita itu mengaktifkan pengesan laser dan bahan-bahan letupan pada kaca mata mereka untuk mengesan sebarang permasalahan.
Seperti dijangka, beratus-ratus lesar (sorry tak tau nak eja) kemerahan dari pelbagai arah pada hadapan mereka. Kamera litar bertutup halimunan juga sudah mula mewujudkan kehadiran.
Ini hanya untuk bahagian pertama. Belum lagi bahagian seterusnya yang akan ditempuh oleh dua wanita itu.
Cakera kecil berwarna hitam diangkat dan dilontar laju ke arah kamera litar bertutup halimunan.
Dua wanita tadi berlari dan mengelak dari terkena lesar merah dengan amat senang seperti ianya hanya sekadar permainan buat kanak-kanak kecil.
Sejurus mencecahkan kaki di kawasan yang selamat, wanita bertopeng hijau kemerahan itu mengangkat tangan seperti ingin menyambut sesuatu objek.
Dua saat...
Satu saat..
'Chewww. '
Cakera kecil yang dilontar pada kamera litar bertutup tadi tepat-tepat jatuh ke dalam gengamanya.
Serentak dengan itu, semua kamera yang mencecah ratusan tadi terus hancur musnah.
"Its is very easy. "Ucap wanita bertopeng hijau kemerahan atau lebih dikenali sebagai Ariana menepuk-nepuk baju untuk menghilangkan habuk walaupun tiada secalit habuk yang hinggap di bajunya.
"Tak payalah nak berlagak sangat, bahagian kedua belum selesai lagi. "Ana membuat raut wajah jelik pada sikap kawannya.
'Lets go'
YOU ARE READING
Ariana
FantasyAriana seorang yang sangat nakal serta degil.Hobi yang paling diminatinya ialah menganggu orang dan membakitkan kemarahan orang lain. Wajah putih gebu disertakan lesung pipit menurun dari ibunya itu sangat digilai para jejaka dan teruna. Dia juga...