Aku merenung jauh melihat si dia melalui jendela. Bibirnya pudar menyebabkan wajahnya menjadi pucat. Matanya memerhati orang lain melakukan aktiviti mereka. Aku terpesona dengan auranya walaupun keadaannya sebegitu rupa.
Lama aku menatap wajahnya. Seminggu sudah berlalu tetapi dirinya masih berada di atas kerusi kayu yang sudah berapa abad terletak di taman rekreasi tersebut. Aku menjadi semakin tertanya-tanya kepada empunya diri yang menyebabkannya tetap berada di sana.
Setiap kali dia tersenyum menyebabkan diriku tersenyum sama. Aku tidak mengerti akan kehadirannya yang tidak di undang. Setiap hari adalah sama bagiku sehingga dia hadir dalam hidupku.
Pada mulanya, aku tidak mengambil tahu akan kehadirannya yang berada di taman rekreasi tersebut. Aku hanya menganggap dia adalah seorang penduduk tempatan yang hanya ingin menghirup udara yang segar.
Anggapanku mula berubah apabila si dia tidak berganjak dari tempat duduknya selama seminggu kecuali untuk memenuhi keperluan harian. Hal ini menyebabkan perasaan ingin tahuku semakin menebal dalam diri.
Aku tidak berani menanyakan hal tersebut kerana baginya aku hanyalah orang luar. Aku hanya mampu melihatnya dari jauh.
Hatiku sakit melihat keadaanya sebegitu rupa. Jika diikutkan hati mahu saja aku menghampirinya dan berbual dengannya. Akan tetapi siapalah diriku ini kepada dirinya.Perasaanku bercampur-baur apabila melihatnya tersenyum setiap hari. Hal ini demikian kerana senyuman yang diukirnya dapat ku rasakan tidak hadir daripada hatinya.
"Siapa lelaki tu? Kenapa dia duduk di sana? Kenapa mukanya begitu sedih? Apa yang membuatkan dia dalam kesedihan?", getus kecil hatiku.
Persoalan demi persoalan yang hadir setiap kali aku melihat susuk tubuh lelaki tersebut.
Lamunanku terhenti apabila disapa oleh mama kesayanganku.
"Aira.. buat apa tu? Jom turun makan. Papa pun ada sekali dekat bawah.", ujar mama dengan nada yang lemah lembut.
"Oh! Takda apa-apa lah ma. Nanti Aira turun. Makanlah dulu. Aira nak mandi kejap.", jawabku dengan segera.
Aku mencapai tuala yang tersidai di tepi dinding konkrit bilik mandiku. Air suam membasahi tubuh kecilku yang dingin. Fikiranku masih lagi kepada lelaki tersebut.
Setelah selesai mandi, aku bersiap dan turun ke bawah untuk menjamu selera di meja makan. Aku melihat bibir mama mengukir senyuman sejurus melihat kehadiranku. Papa menyapaku sambil membaca surat khabarnya tanpa melihat wajahku.
"Aira.. dah okay sikit tak? Ada sakit dekat mana-mana? Kalau sakit bagi tahu mama tak pun papa ya?", tanya mama dengan nada kebimbangan.
"Aira okaylah mama. Mama janganlah risau. Doktor pun kata Aira dah sihat.", jelasku dengan nada yang lembut sambil tersenyum. Senyumanku di balas oleh papaku apabila melihat wajah ceria yang di mukaku.
"Papa.. petang nanti Aira nak keluar. Dekat taman depan je. Boleh tak?", pinta aku kepada papaku. Aku sudah dapat mengagak akan jawapan yang diberikan oleh papa tetapi aku tetap dengan kemahuanku untuk keluar pada petang itu.
Setelah beberapa minit memujuk papa dan mama, aku diizinkan keluar ke taman dengan syarat aku ditemani oleh seorang pengawal peribadi iaitu abang Ikram. Hubungan aku dengan abang Ikram tidaklah begitu rapat seperti kawan baik. Hal ini demikian kerana sikapnya yang terlalu mengongkong menyebabkan aku berasa diriku begitu lemah untuk melakukan sesuatu. Walaupun aku sedang dalam keadaan kesakitan, aku masih mampu melakukan sesuatu yang aku inginkan tanpa bantuannya. Kata-kata tersebut sentiasa bermain dalam fikiranku.
Aku hanya sempat berbual pendek bersama dengan papa kerana dia bekerja pada hari ini. Papa seorang usahawan yang tidak berjaya pada awalnya. Dari pagi sehingga ke malam dia bekerja keras untuk menaikkan nama syarikatnya. Usahanya terhasil apabila syarikatnya menjadi syarikat yang terkemuka di seluruh dunia. Aku sentiasa bangga akan pencapaian papa yang diberikan olehnya.
YOU ARE READING
Siapa Dia?
RomanceAira Syahirah. Hidupnya penuh dengan soalan yang sukar untuk memperoleh jawapan. Apa yang yang bakal berlaku kepadanya jika sudah menerima semua jawapan yang dia mahukan? Siapa lelaki misteri yang telah membuatkan dirinya tertarik untuk mengenali te...