Part 1

602 21 0
                                    



 "Mak, Rin tak nak sertai ujian tu la."kata Rina dengan nada malas.Mayuri memandang anak-nya dengan pandangan sayu. "Pergila sertai ujian tu , dapat juga kerja nanti."pujuk Mayuri. Mata Rina seperti meluat"Tapi kenapa Rin mesti jadi butler keluarga Hongo?"tanya Rina."Nanti , Rin tahu la". pujuk Mayuri. "Mak, tolong lajangan paksa Rin."kata Rina dengan nada lemah. "Rin ,mak tak pernah mintak apa pun dengan kamu. Takkan satu je permintaan mak Rin tak nak tunaikan."kata Mayuri dengan nada sayu. Lemah Rina mendengar ayat maknya. "Yela, Rin ambil ujian tu. "kata Rina. Bibir Mayuri mengukir senyuman , akhirnya berjaya juga dia memujuk anak untuk mengambil bahagian dalam ujian itu. "Maafkan mak Rina. Sebab mak menipu kamu. Mak terpaksa. Mak buat ni semua untuk kebaikan Rina."kata hati Mayuri.

Pada 18 hari bulan 12 tahun 2020. Umur Rina genap 18 tahun. Mungkin pada orang lain dia masih gadis mentah namun Rina telah menghabiskan pengajiannya sehingga peringkat yang lebih tinggi. IQ Rina 550. Dia pandai dalam seni mempertahankan diri . Mukanya bujur , matanya besar berwarna biru hazel, bibirnya merah bak sirih ,hidungnya kecil tapi mancung, rambutnya panjang paras pinggang berwarna coklat keperangan , rambut depannya kelihatan comel seperti budak kecil. Sesungguhnya , ramai lelaki akan terus jatuh cinta dengannya apabila mereka memandang wajahnya. Disebabkan itu, dia memakai cermin mata , dan rambutnya diikat tocang untuk mengaburi mata lelaki lain.

"Ahh.... Malasnye nak ambil ujian tu. Kalua tak disebabkan mak , seumur hidup pun aku takkan ambil ujian tu."kata hati Rina. Jadi sebab itu la Rina mengambil ujian itu. Namun , dia tidak sedar akan apa yang terjadi terhadapnya. 


 Mulai dari hari itu, hidup Rina berubah secara mendadak. Siapa tahu rupanya ibu Rina iaitu Mayuri menyimpan rahsia besar tanpa pengetahuan Rina. Selama 18 tahun Mayuri menyiman rahsia besar dalam hidupnya. Apakah rahsia itu "Malasnya, nak pergi. Kalau tak disebabkan mak memang aku tak nak pergi"kata hati Rina.Walaupun begitu kakinya masih lagi melangkah menuju ke kediaman Honggo.Setelah sampai , di kawasan tersebut ada seorang lelaki berpakaian kemas menegurnya. "Selamat datang. Apa tujuan cik kesini ?" dalam fikiran Rina , dia terfikir lelaki tersebut terlalu formal dengannya sehingga dia terasa janggal. "PELIK." Itulah perkataan yang berlegar di dalam minda Rina. "Saya kesini atas urusan nak mengambil ujian untuk menjadi butler atas arahan mak saya."terang Rina sambil tersenyum 'plastik'. Butler itu mendiamkan diri lalu berfikir semenjak , butler itu memandang Rina lalu bertanya "Adakah nama ibu cik , Uzumi Mayuri ?" Dengar sahaja nama mak nya , Rina terus mengangguk. Butler itu tersenyum lalu berkata "Maaf kerana kesulitan yang cik hadapi ketika bersama saya , mari saya tunjuk kan jalan ke tempat ujian tersebut." Sambil mengiringi Rina ke suatu tempat. "Kenapa aku ade firasat tak baik ni?" kata hati Rina.

Cik Muda Yang Keras KepalaWhere stories live. Discover now