Aku kenal kau ke?

282 13 0
                                    

Lelaki itu berjalan menuju ke suatu tempat sambil memikul Rina. Sepanjang perjalanan itu ramai maid dan butler melihat akan keadaan Rina dan lelaki itu. Ada yang bergosip , ada yang terkejut dan macam – macam lagi. Rina malu kerana ramai yang melihat dia dipikul oleh lelaki itu. Sepanjang perjalanan itu Rina cuma menundukkan kepalanya , tak berani dia nak angkat kepala. "Apa la nasib aku begitu malang sekali sehingga diperlaku sebegini rupa. Apa salah aku ???"soal Rina dalam hatinya.

"Woi... takkan kau nak pikul aku sepanjang perjalanan?"soal Rina kepada lelaki itu. "Haah ... Kenapa ? Tak boleh ke ?"balas lelaki itu. "Tak boleh. Aku tak selesa. Turunkan aku. Biar aku berjalan."kata Rina. Lelaki itu berhenti seketika. Rina ingatkan bahawa lelaki itu akan biarkan dia berjalan dengan kedua-dua kakinya namun dia silap..... kerana lelaki itu mengendong dirinya dengan gaya BRIDE STYLE.

Tindakan lelaki itu membuatkan Rina terdiam dan terkedu. Lelaki itu terus berjalan setelah menukarkan posisi Rina , seperti tiada apa yang berlaku. "Turun kan aku!!" jerit Rina. Lelaki itu memandang Rina lalu smirk sambil berkata "No way. Bukankah ianya interesting with this way." Jawapan dari lelaki itu membuatkan Rina marah. "Ianya tak insteresting pun...!!!"jerit Rina. Lelaki itu tergelak melihat reaksi Rina manakala pula Rina cuba melepaskan diri namun lelaki itu merangkulnya dengan begitu kemas sekali.

"Kau memang tak berubah Rina ."kata lelaki itu sambil tersenyum. Kata–kata lelaki itu membuatkan Rina terkejut dan sekaligus menghentikan segala perbuatannya. " Macam mana kau kenal aku? Aku kenal kau ke?" soal Rina. Lelaki itu cuma tersenyum sahaja tanpa menjawab pertanyaan Rina. Namun senyuman lelaki itu penuh dengan kepahitan itu yang disedari oleh Rina.

Entah datang dari mana keberanian dalam diri Rina sehingga dia berani untuk memegang dada lelaki itu. Perbuatan itu membuatkan lelaki itu berhenti berjalan. Lelaki itu memandang Rina dengan terkejut. "Aku tanya sekali lagi. Aku ... kenal kau ke ?"tanya Rina dengan lembut. Entah kenapa jauh dalam hatinya dia berasa dia pernah kenal lelaki itu. Tersangat kenal. Tapak tangan Rina yang berada di dada lelaki itu dapat merasai degupan jantung lelaki itu sangat damai dan menyenangkan. "You will know when you regain your memory back."kata lelaki itu. Rina memandang lelaki itu dengan reaksi bingung. "What memory ?"tanya Rina. Lelaki itu tidak menjawab lalu sambung berjalan. 

Cik Muda Yang Keras KepalaWhere stories live. Discover now