NAGA

132 2 1
                                    

ASAL KEJADIAN

Ramai yang mengganggap bahawa naga adalah seekor makhluk dongeng yang hanya wujud di dalam buku cerita dan filem semata-mata. Terlalu banyak kisah misteri yang dikaitkan dengan kehidupan mereka. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pendapat dan cerita tersendiri mengenainya. Golongan intelektual dari barat pula pernah menyatakan bahawa naga adalah salah satu daripada spesies dinosaur yang telah pupus sejak jutaan tahun lamanya disebabkan oleh hentaman meteorit ketika itu. Aku bukanlah hendak menidakkan kenyataan mereka tetapi daripada pengalamanku sendiri naga bukanlah sejenis haiwan yang wujud di alam nyata, mereka hanya wujud di alam ghaib. Asal usul kejadian mereka adalah hasil daripada percampuran genetik jin darat, jin udara, dan jin laut. Jin daripada baka campuran tersebut aku gelarkannya sebagai jin hybrid ataupun jin kacukan. Mereka mempunyai tenaga serta kekuatan yang luar biasa dan tergolong sebagai jin kelas atasan yang setaraf dengan bangsa jin Ifrit. Mereka juga mempunyai puak-puak dan kumpulan yang tersendiri. Kebanyakan daripada mereka adalah kafir dan jumlah yang beragama Islam adalah teramat kecil. Mereka adalah evolusi perubahan fizikal yang terhasil daripada percantuman genetik di antara jin darat yang berbentuk ular/biawak, jin udara yang berbentuk burung/kelawar, dan sejenis jin laut yang tinggal di laut dalam iaitu iaitu pari-pari gergasi. Disebabkan oleh kombinasi 3 gabungan genetik tersebut, mereka boleh hidup di 3 tempat yang berbeza tanpa sebarang masalah iaitu di dalam air, di darat, dan juga di udara. Mereka boleh mengecilkan diri kepada saiz seekor serangga dan membesarkan diri mereka seperti saiz sebuah bukit dalam masa yang singkat sahaja. Kisah mengenai kewujudan mereka telah menjadi sebuah perdebatan umum yang berlarutan semenjak berkurun lamanya. Ada yang tinggal di dalam lautan, sungai, serta tasik dan ada juga yang tinggal di dalam gua, hutan belantara yang tebal, di puncak bukit dan di atas udara. Mereka bukanlah sejenis makhluk yang jenis membabi buta menjelma di alam nyata tetapi hanya akan muncul sekiranya diseru dengan doa ataupun mantera tertentu/muncul untuk membalas dendam/ dan sengaja muncul untuk menunjukkan kehebatannya kepada kita semua. Rupabentuk mereka adalah hampir sama seperti yang kita semua saksikan di dalam gambar dan lukisan sebelum ini. Setakat ini hanya 3 jenis naga sahaja yang aku pernah saksikan di depan mata iaitu:

1. Naga Darat (Wujud di dalam hutan tebal, gua, serta di atas bukit dan kawasan yang berbatu batan).

2. Naga Purba (Wujud di semua tempat di bumi ini samada di dalam tanah, atas tanah, dalam laut/sungai/tasik, di atas bukit/gunung, dan juga di atas langit).

3. Naga Air (Hanya wujud di dalam laut, sungai, dan tasik).

Walaupun Naga Darat dan Naga Air tinggal di kawasan seperti yang dinyatakan di atas, mereka juga mampu untuk hidup di semua tempat di pelosok bumi ini kerana mereka tidak tertakhluk kepada had keupayaan seperti jin-jin lain. Mereka mendiami kawasan itu kerana telah mengadaptasi kehidupan di tempat itu sejak berkurun lamanya.


Naga Darat
Naga jenis ini adalah berlainan daripada bentuk fizikal naga yang lain. Bentuk badan mereka adalah seperti manusia biasa, boleh terbang, dan menggunakan kaki untuk berjalan. Berketinggian 9-10 kaki, mempunyai sepasang kepak bersisik besi di belakang badan, sepasang tangan dan juga sepasang kaki. Kepala mereka berbentuk seperti kepala seekor Iguana, kulitnya adalah bersisik besi berwarna hitam, bergigi taring, mempunyai 2 tanduk panjang, dan bermata bulat berwarna hitam. Lazimnya mereka hidup di dalam sebuah kumpulan kecil yang berjumlah diantara 5-8 ekor sahaja. Mereka bersifat agresif, emosional tidak bertempat, dan panas baran. Salah satu daripada sebab mengapa kadang-kadang hutan ataupun pokok tiba-tiba sahaja berasap dan terbakar adalah disebabkan oleh mereka. Penempatan mereka mungkin telah diceroboh ataupun diganggu oleh manusia maka atas sebab itu mereka bertindak balas dengan membakar tempat tersebut. Ada juga kes yang lebih teruk di mana mereka akan mengikut seseorang itu sehingga ke rumahnya lalu membakar kelengkapan dan peralatan di dalam rumah tersebut sedikit demi sedikit sehingga mereka berpuas hati. Mereka akan mendiami rumah tersebut selagi dendam mereka tidak terlunas. Mereka hanya akan menampakkan diri mereka apabila terasa diancam ataupun ketika mencari sumber makanan. Sekiranya korang berjalan di dalam hutan tebal dan tiba-tiba ternampak seperti sekumpulan orang/manusia di dalam keadaan berkilat seperti besi dan bercakap dalam bahasa yang pelik jangan tegur, jangan renung, dan berlagak seperti biasa sahaja kerana mereka mungkin sedang mencari makanan ataupun sedang memburu sesuatu. Apabila aku sudah berpesan begitu maka ikuti sahaja arahan tersebut kerana mereka sangat agresif dan boleh memberi ancaman kepada diri korang semua. Jangan sesekali memandai-mandai mengambil gambar ataupun beramah mesra dengan mereka semua. Banyakkan membaca ayat 1,000 dinar dan memohon perlindungan daripada Allah Taala kerana mereka adalah golongan jin hybrid yang kekuatannya adalah berganda berbanding dengan makhluk halus lain yang kebanyakannya berasal dari sejenis golongan sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 05, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NAGAWhere stories live. Discover now