Awal april, aku dapat masuk university, sama pulak tu dengan zack. Padahal zack yang nak sangat kami sama U. Senang untuk aku dan senang untuk dia. Katanya.Aku tinggalkan kampung halaman, nun jauh di perak, jauh dari ibu ayah dan tia, sebab aku sambung belajar di ibu kota. Ambil jurusan audio visual. Dan zack tak sama dengan aku, sebab dia suka melukis. So dia ambil jurusan art.
----------------------------------------------
Pagi.Melangkah laju, selajunya takut terlambat ke kelas, dalam aku nak laju tu, aku terpandang satu susuk tubuh sedang berdiri dari dua pintu doom aku, aku toleh lagi. Sambil bermonolog, macam kenal tapi di mana ya?
Wehh... dah lambat, tergopoh aku terus ke kelas, karang lambat kompom kena bahan punya. Ye. Aku duduk asrama di university budak baru memang lah duduk asrama, nanti dah legend baru kaki panjang langkah kan.
Puk! Nik tepuk bahu aku. Berangan eh?.
"Kau ni salam tak apa tak, main tepuk jer, sakit tau tak!"
Ingatkan aku yang lambat ke kelas tapi lecture yang lambat, sampai sempat juga lah aku termenung.
"Memang patut kena tepuk, sebab aku bagi salam 2-3 kali kau tak menyahut. Apehal pagi pagi dah berangan".
Nik ni, kawan seuniversity aku mase waktu orentasi itu hari tu, dia yang rajin bersembang dengan aku. So kami pun deal kawan. Sebab perangai dia Semacam ape entah, nik ni semua menda nak deal. Kalau tak dia akan cakap dari pagi sampai ke malam, dari singapore sampai perlis tak berhenti. So apa saja dari dia aku kena ikutkan saja lah.
"Kau berangan ape?"
"Mana ada berangan lah."
"Aku panggil kau 3 kali kot."
"Aku rindu kampung."
Bohong, nik tak percaya kata-kataku.
"Dah lah tanya orang, pastu suka hati tak nak percaya".
Nik pandang aku dengan mata sengaja dibulatkan.
"Oklah oklah, tadi kan, masa nak datang class. Masa aku lalu bilik tadi, aku ternampak seseorang yang macam aku kenal tapi aku tak cam siapa.
"Bilik mana?" Tanya nik.
"Dua bilik dari bilik aku."
"Nanti aku siasat." Jawab nik.
"Fuhh.. kau nik dah macam conan aku tengok."
Justeru itu, Nik melemparkan memek muka ala ala comel yang tak pernah pun nampak comel.
----------------------------------------------
Aku berpaling wajah, mencari dari mana suara yang memanggil nama aku.Dari jauh aku sudah nampak si nik. Sedang berlari anak ke arah aku.
"Haa kau rupanya, nak ape?""Jom makan kat kantin, nak cerita sikit." Ajak si nik.
----------------------------------------------Teh ais dengan bihun goreng bakal santapan aku. Sambil nik depan aku dengan nasi lemak dia.
"Haa. Kau nak cerita apa tadi nik?"
"Budak yang kau cakap hari tu, budak doom tu sorang nama ayu, sorang nama shamimie. Aku tak tahu yang mana satu kau kenal." Nik bagi info pasal perempuan yang aku macam kenal tu.
"Tu jer kau nak cerita, sampai berlari bagai. Kau datang lepak kat bilik aku sambil cerita pun dah cukup bagus, jimat duit makan aku tau."
"Oh. Tak ikhlas lah bayar makanan aku ni, tak nak makan lah. Rajuk nik."
"Betul tak nak makan?"
"Dengan slamber nik suap semula makanan kemulut."
Woii! Sergah nik. Sebab tengok aku dari tadi diam.
"Bagi salam boleh tak?"
Aku macam nak marah nik tapi tak jadi, sebab susuk tubuh yang aku duk nak ingat siapa dia dari pagi tadi lalu depan aku. Aku perhati, nik pun perhati sama.
Nik perasan si ayu tu, lalu dia panggil. Nik pelawa dia orang makan kat meja kitorang.
Dan ya... Oh no. Sepantas kilat ingatan aku pulih. "Gadis kerusi." Nada sedikit tinggi.
What? Sampuk nik.
"Eh tak, tak ada apa. Helah aku yang terkuat sebut nama gadis kerusi.
"Ayu, mimie, ni kenal kan kawan aku yenn. Nik perkenalkan aku pada dorang berdua.
"No no panggil I sha jer," Jawab mimie.
Ok. Kami berempat pun senyum sesama sendiri, termasuk aku yang tersengeh macam lala busuk, kata ibu dulu.
__________________________
Petang selepas aku keluar makan dengan zack. Aku tereksiden dengan sha di tangga, dia laju entah nak pergi mana, hampir nak terjatuh juga lah aku dilanggarnya, dah lah tak minta maaf ke ape, tapi dia perasan zack. Dan dia berpaling melihat kearah aku.
Kemudian, dia mendekati aku sambil ungkapkan sesuatu.
"Yes! I know you!."
How dare you panggil I gadis kerusi! Dengan muka garang dia, then dia blah macam tu jer.
"Kau tak rasa ke tu satu amaran. Zack bisik kat telinga aku."
"Woii! Ni aspuri lah, baik kau balik! Sebelum kau dibogel kan." Seloroh aku ingin mengenakan si zack.
Woah.. I like. Zack buat muka ala ala ghairah.
Aku terajang dia, terus dia lari balik bilik dia.
Dan aku?
Hm.. amaran ke tu?
YOU ARE READING
DIA
Random"Membebankan derita pada cinta hati sendiri . Bodoh nya aku " melawan fitrah manusia , adakah terdaya ataupun terpedaya . Dia noktahkan. DIA. [slow update]