11

524 16 8
                                    


Kebelakangan ni hubungan aku dengan sha , agak tidak bagus .. aku tahu semuanya berpunca dari aku , aku penyebab kemusnahan hubungan yang bakal berlaku , aku cuba sedaya upaya menyelamatkan hubungan kami .

sha tinggalkan sekeping nota didepan pintu bilik , berbunyi  "bagi i masa , i nak cari ketenangan , buat masa ni u jangan cari i" . aku lihat separuh pakaian dalam almari  milik sha , tiada .. ye , aku kena terima hakikat  . sha tinggalkan aku dengan sekeping nota , hati siapa yang tak punah .wanita yang dicintai mula dingin dan ingin menjauhkan diri . 

malam itu aku buat keputusan untuk mabuk , sumpah tak pernah aku sentuh arak , malam itu aku sentuh arak , zack yang pelik dengan tingkah laku aku ,tak mampu berbuat apa-apa , kerana dia pun tahu yang hati aku sedang hancur , tapi masalahnya kami belum berpisah dah kenapa aku nampak parah. 

zack papah aku yang mabuk teruk malam tu , sampai dirumah ,zack tak terus balik ,dia ambil keputusan untuk stay sekejap . sambil kami berdua diruang tamu , zack bersuara ,

'kau ok?

slamber aku jawab , ok jer .

'tak yah bohong aku . mana sha? 

aku tak tahu. padan muka aku , dia tinggalkan aku.

zack kutip nota yang jatuh ke lantai , oh sebab ni , kau mabuk bagai .kau kenapa wei , ni bukan kau .

dah lah .. aku tak nak dari mulut aku merapu yang bukan bukan , kau baliklah . aku nak tidur .  

______________________________________________________________________________

**text dari nina masuk .

"hello sha , kau kat mana . 

hey, babe, ada dekat terengganu .

"buat ape babe jauh-jauh. kau ok tak?

ok je , cari marka baru . hahaha. 

"gile ! tak kelakar babe . yenn kat sini macam orang gila cari kau . text lah dia babe, ape-ape pun . bawa  bincang.

biarlah dia . aku tenang kat sini .

"bagitahu aku , kau kat mana , aku pergi sana.

ok nanti jumpa. 

***

dikala senja di pantai kemasik kemaman , memang mendamaikan ,batu besar , laut biru ,angin  sepoi-sepoi bahasa ,memang melenakan jiwa aku yang sedang bergaduh dengan emosi sendiri , aku ingin melupa segala masalah dan ini juga  kenapa aku melarikan diri dari yenn sampai ke sini, sakit yang aku pendam sorang-sorang , sakit yang tak tertanggung , sakit menjadi mangsa rogol. sakit yang aku tanggung sorang yang tiada siapa peduli . aku sakit !!aku pukul perut sekuat hati , aku tak nak isi yang ada didalam perut ini , tak nak! 

maafkan ibu , ye aku mengandung , anak sidurjana tu , tiada sorang pun tahu , termasuk yenn dan nina teman baik aku , disebabkabn perut aku kecil , aku dapat menyembunyikan perut aku selama ini yang dah berisi dengan insan yang tak berdosa . nak je aku bunuh tapi aku tak sanggup . dan aku tahu kemuncak kemarahan yenn , kerana aku langsung tak pernah izinkan dia menyentuh aku saat kandungan aku kian membesar . 

ahhhhhhhhhhh!! jerit aku sekuat hati , saat aku bertenggek di batu besar sekitar kawasan pantai.

"are you okay? sapa seseorang yang berada di bawah , berdirinya dia disebelah batu besar tempat aku duduk .

haa?? ok . senyum aku pada gadis yang menegur tadi.

lalu aku melangkah meninggalkan kawasan itu . dari jauh aku lihat gadis tadi masih memandang aku .

**

saat aku asyik termenung , henfon yang aku silentkan tak henti-henti menyala , menandakan ada panggilan masuk , ya..tentu lah panggilan dari yenn , perempuan yang aku sayang , aku rindukan dia ,tapi hati ini keras  mengatakan 'tidak' untuk kali ini , 

 kedai makan sekitar kawasan penginapan ni memang agak lengang sikit .

"hai . aku menoleh bila terasa ada orang disebelah menengur , 

ye .. saya ?

"sorry , may i ? kalau i tak menganggu lah , u sorang kan?

oh ya .. sure , duduk lah . ada teman i makan , seraya itu aku mengukir senyum padanya.

"sebenarnya dari tadi dah i nampak u tak usik pun makanan u , duk terkuis-kuis makanan tu , cari ape? 

hah? u dari tadi nampak i ? oh my god . nampak sangat ke i termenung ?

"sangat. u ok ke? nampak macam u ada masalah  je.

eh takde lah , order lah u nak makan ape ?

**panjang kami bual malam tu i dapat kawan baru . aish namanya . 

________________________________________________________________________________

nina , bangun! bannggunnnn! kau ni liat betul bangun pagi .

'ye .. yee .. bangun ni , kau ni pun .. cuti cuti ni bagi lah aku rehat lebih sikit . aku baru sampai sini semalam kot , penat ni tak habis lagi .

sebab cuti lah , kau kena bangun awal pagi , tak kan nak bazirkan waktu waktu macam ni dengan tidur. cepat bangun !! aku dah order sarapan sampai ke bilik untuk kau tau .

'ye lahhh , sahabat ku sayang ... aku pergi berus gigi jap.

hellooo .. berus gigi ? bukan gosok gigi ke?

'sama lah !

_____

dari dalam toilet yang sengaja tak dikunci nina bersuara

'yenn , cari kau tau . tiap hari call aku tanya pasal kau . aku cakap tak tahu je , kesian tengok dia tau . macam orang sasau .

hm ... hari-hari dia call , aku je tak nak angkat . 

'cuba lah angkat , bagitau kau kat mana ke , apa ke , aku ni naik rimas tau dia asyik call ,

*nina keluar dari toilet ..  hah'..  tu dia lah yang call tu .

**dua dua pandang henfon yang sama .

aku rasa aku nak putus . 

'WHAT?? putus .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIAWhere stories live. Discover now