4

608 20 3
                                    


Dia, insan pertama yang bertahta
Dia, insan pertama yang ku cinta
Dia, pernah membuat ku bahagia
Dia, yang mengajar ku tentang erti rindu

Dendangan lagu gee aka fauziah latif, berdendang ditelinga sambil aku berbaring dalam bilik yang sangat sunyi ini. Oh ye. Roommate aku ni sebenarnya sangat pendiam, sepatah tanya sepatah jawab, budak nerd. Selalu dia lepak bilik kawan dia study katanya. So sekarang aku memang tengah sensorang melayan feeling.

Aku tiba-tiba teringat tentang exsiden tempoh hari, asal zack cakap itu satu amaran. Yelah. Aku buat ape sampai nak kene dapat amaran.
Ahh lantak lah.

Tidur lagi bagus.
___________________________
Ping. Bunyi mesej masuk.

Woii. Mesej dari zack

"Apahal?"

Jom pergi makan?

Ok.

Disebabkan juadah di kantin tidak berapa memuaskan, aku dan zack buat keputusan cari makan kat luar university, ubah angin sikit dalam erti kata lain mengabihkan duit belanja yang mak bapak kami bagi. Haha. Opss!

"Selamat datang. Order cik, makan sini? kata pelayan."

"Ye. Makan sini. Bagi set ayam yang dua ketul tu dua set ye."

"Ok 2 set b, spicy or original?"

"Pedas" Jawabku ringkas.

"Air?"

"Satu pepsi satu milo, ais kurang."

"Ok itu sahaja? Tak nak tambah yang lain?"

"Itu saja."

"Cantik wehh," kata aku pada zack yang dari tadi dia asyik sengeh jer tengok pelayan kfc tu.

"Ye," Cantik jawab zack dan aku perasan pelayan tadi menoleh sedikit kearah kami, barang kali dia dengar kami puji dia. Harap suar dalam dia tak koyak lah. Haha.

Kami naik tingkat atas, sesudah kami mendapatkan makanan, diatas lebih nyaman dan luas pemandangan. Kata zack.

Tak semena mena kami terpandang manusia yang kami kenal.
Iye. Gadis kerusi lagi. Dia juga sedang makan makanan yang sama dengan aku dan zack bersama dua lagi rakan beliau.

Kami duduk jauh dari dia.

"Tak ada orang lain ke kita nak jumpa hari ni?"  Soal aku pada zack.

"Entah kan." Tapi aku nak usha awek kfc tadi. Jawab zack dengan yakin.

"Jodoh."

"Haa? Ape yang jodoh? Tanya zack kerana tiba tiba aku sebut jodoh.

"Eh tak, budak kfc tu mungkin jodoh kau."

"Kan kan, yess yess! Kau memang sahabat aku. Sokong aku tau.

Aku pun dah temu jodoh jugak ni, aku rasa lah, berangan itu tak salah, yang salahnya siapa suruh berangan. Erk!. Kata aku sendiri dalam hati .

Aku rasa si gadis kerusi tu perasan aku pandang dia. Aku pun tak tahu kenapa aku pandang dia, tatkala aku pandang tu, jantung aku bagai rosak, tiba-tiba saja laju dia pam nyawa untuk aku.
Ye. Jantung aku betul betul rosak.

"Rosak mende wehh. Kau ni aku cakap lain, lain yang kau jawab."

"Haa. Kau tanya ape tadi ?"

"Kita nak pergi mana lepas ni? Yang kau jawab rosak pebende? Kau berangan eh."

"Hee. Kita pergi kedai buku nak. Cari novel ke, boring lah kat bilik tak ada apa nak buat."

"Nurul ade. Sembang lah dengan dia.

"Dia nak sembang?, kejap kejap hilang. Kuat belajar tu kot, pelajar pintar sem ni nanti nama dia tau, kau ape tahu." Haha.

"Haha. Sengal kau ni, mengata member. Bagus lah nanti kau boleh tumpang cerdik dia."

"Cerdik sangat."

Melihat si gadis kerusi ingin mencuci tangan, dan akan lintas hormat depan aku.

Sekali jelingan tajam dengan mata sebulat bulatnya dia bagi aku. Perghh. Menusuk ke jantung hati.

Marah sesangat nampak. Gerutu aku.

Aku balas dengan senyuman manis. Korang boleh bayangkan aku senyum manis, bersemut kan.

Tapi dia balas dengan menjelirkan lidahnya.

Sadis weh.
----------------------------------------------

Sedang aku belek buku #88 quote love. Aku menoleh mencari zack.
"Not bad weh buku ni, author indon lawo."

Sambil aku pusing cari zack. Buk! Aduh!. Berlanggar daaa...

"Sorry sorry." Kata perempuan yang berlanggar tadi, sambil dia kutip buku aku pegang yang jatuh.

"Tak apa, tak apa. Sorry juga."

Saat kami bertentang mata. "Kau!" Jerit awek si gadis kerusi pada aku. Hampir juga lah orang sekeliling memandang ke arah kami, mana tak nya, kalah vocal jac victor wehh suara dia. Bingit.

Cepat cepat aku tekup mulut dia dan buat buat senyum pada yang memandang.

"Kau apehal, jerit bagai." Balas aku sedikit geram pada gadis kerusi.

"Asal kat mana mana je kau ada ah! Bentak dia."

"Hello... ini tempat ada nama kau ke? Bapak kau punye? Ke atok kau punye?"

"Kau kan."

Belum dia sempat nak angkat tangan dia yang kononnya nak bagi penampar pada aku. Laju aku pegang tangan dia, dan aku katakan, "relex lah tangan yang lembut bukan untuk sesuatu yang ganas."

Mata kami bertentang. Lama.

Oh god this feeling. Laju jantung aku lari. Tak jejak tanah guys.

Rasa ini tak masuk akal. Tak. Tak. Baik kau lari sebelum keadaan makin parah. Monolog si gadis kerusi.

Gadis kerusi megalihkan pandangan.Lalu berlalu pergi.

"Giler!"

"Aku dengar tu sayang. Aku senyum padanya."

Dia toleh, sambil memberikan simbol penumbok pada ku.

DIAWhere stories live. Discover now