Bab 1 : Tukar Angin (part 2)

22 1 1
                                    

San Nana POV
"Jadi kau tak ada tempat tinggallah sekarang ni?!" Membulat mata Aleeya.

'Itu yang aku cuba nak sampaikan kat kau tadi.' *-_-' rumah yang aku duduk sekerang ini, rumah syarikat. Memandangkan aku sudah berhenti kerja di VeVo entertainment, jadi aku kena keluar daripada rumah itu. Kejam bunyinya, tetapi itu hakikatnya.

"Kau duduk sajalah dengan aku. Lepas kau pindah masuk rumah syarikat dulu, aku memang tak cari pengganti kau. Hanya awak yang bertakhta di hati saya." Senyuman nakal melirik di bibir Aleeya. Dahulu aku memang tinggal bersama-sama Aleeya tetapi setelah peroleh kerja di VeVo Entertainment, aku diberikan sebuah rumah yang berdekatan dengan bangunan VeVo Entertainment.

"Wei, tolonglah. Aku lurus okay!" Sumpah aku seram melihat kelakuan Aleeya itu.

"Alah, kalau tergoda tu cakap sajalah. Dengan aku pun kau nak malu ke?" Ucap Aleeya sambil mendekati Nana. Tidak lupa juga sengihan nakalnya makin melebar. Segera aku menolak kuat tubuh Aleeya. Aleeya mula ketawa berdekah-dekah.

"Lawaklah. Kau patut tengok muka kau, Nana." Ketawanya masih bersisa.

"Lesbian." Lalu aku mencapai alat kawalan jauh. Mengabaikan ketawa Aleeya yang masih berlanjutan. Siaran di televisyen saling bertukaran, namun tiada yang menarik minatku.

"O-okay. Be...pftt berbalik kepada topik k-kita tadi." Aku hanya melihat usaha Aleeya untuk berhenti ketawa.

"Habis dah?" Soalku sinis.

"Sudah." Jawab Aleeya. Senyumannya masih tidak lekang di bibirnya.

"So..."

"Tak payah nak so-so sangatlah, Nana. Esok kau kemas segala harta mak nenek kau, pindah masuk rumah aku ni. Settle." Percakapanku dipotong oleh Aleeya.

"Terima kasih sahabat. Sayang kau." Lantas tubuh Aleeya aku rangkul. Selesai satu masalah.

"Saya pun sayang awak." Aleeya bersuara mengoda. Kepalaku mencari wajahnya. Tersenyum gatal. Segera aku melepaskan pelukan itu.

"Lesbian."

Dan bermulalah sesi ketawa tidak ingat dunia oleh Nur Aleeya binti Azhar.

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi. Aku menoleh ke arah Aleeya.

"Asal diam? Tadi bukan main lagi kau ketawa tak ingat dunia." Perliku.

"Aku baru teringat, kau tak beritahu aku lagi, kau jadi pengurus siapa." Kini seluruh badannya menghadap aku.

"Ohh, aku ingatkan apalah tadi." Balasku tidak acuh.

"Siapa wei?" Soal Aleeya tidak sabar.

"BTS." Serta-merta aku menekup telingaku. Jeritan keterujaan mula memenuhi segenap ruang rumah ini. 'Opps, aku lupa minah ni salah seorang peminat BTS, Army.'

******

San Nana POV
Hari ini adalah hari terakhirku di VeVo Entertainment. Semua urusan telah aku selesaikan. Kini aku hanya mengikut ke mana kakiku melangkah. Telah hampir seluruh bangunan VeVo Entertainment ini aku jelajah, kini aku berada di bilik latihan March.

Hatiku mula sebak. Sepanjang aku menjadi penolong pengurus March, aku sedar yang aku bukan keseorangan. Aku ada March. Aku ada Aleeya. Merekalah yang sentiasa berada disampingku saat aku memerlukan, saat aku kecewa, saat aku jatuh dan saat aku gembira. Merekalah keluargaku. 'Ibu, ayah. Nana rindu. Maafkan Nana, sebab Nana tak ingat muka Ibu, ayah.'

******

Kim Seokjin POV
Setelah memastikan segalanya sudah tersedia, aku ambik kapas daripada poket seluarku lalu disumbatkan kedalam telinga. Penutup telinga jugaku pakai.

"Time to rock ń roll." Dengan senyuman jahat aku menekan butang on. Maka bermulalah muzik rock.

Burung yang sedang berkicauan di dahan pokok di luar rumah mula berterbangan beredar pergi. Air lubang jamban pun berkocak. Mana tidaknya volume lagu maksimum aku letak. Muahahahaha.

Aku pun tidak melepaskan peluang, apalagi menari tidak ingat dunialah. Macam-macam jenis tarian aku buat, tarian polis trafik, tarian henjut bahu, dangdut, chicken dance dan banyak lagilah. Tidak kena langsung dengan lagu. *v*

Tidak sampai tiga minit, mula kedengaran derapan kaki laju keluar daripada bilik tidur.

"Hyung!!!" Rengek Taehyung. Tangannya menekup kedua-dua telinganya. Tengok muka pun sudahku tahu, mesti dia rasa aku ini seorang yang menjengkelkan. Peduli apa aku, lagi rancak aku menari. Muahahaha.

Tiba-tiba muzik terhenti. Aku menoleh kearah pembesar suara.

"Sudah-sudahlah hyung, kami semua dah bangun." Ucap Hoseok a.k.a Hobi. Baruku sedar semua memandangku tajam. Yoongi mengusutkan rambutnya yang sedia kusut itu dan berlalu ke bilik air.

"Hyung ni, kalau aku mati tadi macam mana? Kesian peminat-peminat Park Jimin yang hot lagi handsome ni."

"Eh, excuse me! Aku lagi handsome okay!" Jari telujukku mula digoyangkan kekiri dan kekanan. Ala-ala diva gitu.

Dan semua mula beredar apabila aku memulakan tarian lagu hits kami 'Not Today'. 'Apa? Asalkan korang semua dah bangun. Selesai kerja aku. Hehehe.' *teruskan menari.

******

San Nana POV
Kakiku laju melangkah memasuki bangunan yang tersergam indah dihadapan. Jam menunjukkan 8:30 pagi. Aku sudah lambat 30 minit.

"Ni semua salah kau Leeya. Kalau kau tak ajak aku tengok drama 'My Love From Another Star' semalam, mesti aku tak lambat macam ni. Segala sumpah seranah muncul dalam kepala aku. Semuanya untuk kau, Aleeya." Buk!

"Adoi! Siapa pulak yang letak tiang kat tengah-tengah ruang legar ni." Marah Nana.

"Awak okay?"

Pantas Nana mendongak mencari suara itu. Seorang lelaki tinggi, berkaca mata, bertopeng dan berambut perang sedang melutut sebelah kaki berada dihadapanku. Kedudukan kami sangat hampir. Pipiku mula terasa panas.

"Awak okay tak?" Tanyanya lagi.

"Huh!? S-saya okay." Aku bangun diikuti olehnya. Jam tanganku dikerling. 8:40 pagi. 'Tak guna.' Terus sahaja aku berlari kearah tangga kecemasan. Mengendahkan panggilan lelaki itu.

Sampai sahaja dikaunter pertanyaan. Nafasku tidak teratur. 'Gila, tingkat 10 kot. Kuruslah aku hari ni'

"Saya ada janji temu dengan En. Bang Sihyuk." Ucapku apabila nafas pulih.

"En. Bang Sihyuk dan semua sedang tunggu Cik di bilik mesyuarat. Ikut saya." Ucap wanita berambut perang disanggulkan. 'Mati aku semua dah tunggu. Belum mula kerja dah rosak reputasi aku. Saya minta maaf En. Lee.' ㅠ_ㅠ

******

P/s: Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulillah akhirnya siap juga bab 1. Doakan saya istiqamah dalam meng'update' cerita ini.

Secara jujurnya minggu nie adalah minggu final. Adudu~~ final weii...doakan saya. InshaaAllah lepas final saya update...hmm...tak janji tau.. Assalammualaikum. Salam sejahtera.

※wawasweet※

Don't Let Me KnowWhere stories live. Discover now