Bab 2 : Orang Baru (part 1)

10 0 0
                                    

San Nana POV
Sebaik sahaja pintu dikuak, kelihatan sekumpulan jejaka sedang...berehat? Mungkin.

"Budak-budak! Sini!" Seru Kim Sejong, pengurus BTS atau boleh dikatakan bekas pengurus BTS sebab aku adalah pengurus BTS yang baru.

"Kenalkan, BTS. San Nana." Ucap Sejong.

"Hai, saya San Nana. Pengurus baru awak semua." Terus sahaja aku memberi tunduk hormat kepada BTS.
'Jangan lupa, senyum. Tanggapan pertama penting.'

"Mana suga?" Soal Sejong kepada BTS. Baru aku perasan, BTS kurang seorang.

BTS segera melarikan pandangan masing-masing. Ada yang memandang kosong Sejong, ada yang menunduk kepalanya, ada yang berbual melalui telefon bimbit. *buat-buat -,-

Perhatianku beralih ke bekas pengurus BTS yang sedang mengeluh. 'Kenapa?'

"Tak apa. Hyung tahu nak cari dia kat mana." Ucap Sejong kapada BTS.

"Awak berbual dulu dengan mereka." Aku hanya membalas dengan anggukkan. Setelah itu, Sejong berlalu keluar.

"Hai." Tegurku kekok.

"Hai!"

'Suara tu...'

******

Min Yoongi POV
Kepalaku donggakkan ke langit seraya tanganku depakan seluas-luasnya. Terasa deruan angin sepoi-sepoi bahasa, dan ia sangat menyenangkan.
Terasa tenang bagai burung yang sedang terbang bebas di udara. Namun nikmat itu terbantut apabila kedengaran namaku diseru. Satu keluhan kecil terlepas daripada mulutku.

"Hyung dah agak kamu ada kat sini."

Pandanganku tetap tertacap permandangan bandar daripada bumbung bangunan bertingkat 30 ini. Malas sebenarnya hendak berhadapan dengannya.

"Hyung suruh tunggu kat bilik latihan kan?"

Soalannya aku biarkan sepi.

"Suga, kamu deng..."

"Perlu ke hyung berhenti?" Pantasku mencantas ayatnya. Kini badanku dikalihkan berhadapan dengan Kim Sejong, pengurus BTS.

Sejong hyung mengeluh berat. Dengan itu, tahulah aku apa jawapan untuk soalanku sebentar tadi dan aku tidak suka dengan jawapan itu.

"Hyung tahukan suga tak boleh terima pengurus lain selain sejong hyung?" Soalku sambil menoleh kearah lain.

"Suga. Hyung buat semua ni untuk kamu, untuk BTS. Hyung dah tak mampu nak ikut kamu semua." Terangnya.

"Hyung nak khianati kami?" Tebakku semberono.

"Hyung tak ada niat nak khianati kamu semua, suga. Sudah sampai masanya, hyung kena fikirkan masa depan hyung sendiri." Terangnya bersungguh-sungguh.

"Itu tak bermaksud, hyung boleh cari PENGURUS BARU YANG MUDA DARIPADA JUNGKOOK! PEREMPUAN PULA TU!" Tengkingku. Sungguh aku tidak faham kenapa harus perempuan dan dia muda setahun daripada jungkook. 'Perkara ini tidak masuk akal. Tak ada orang lain ke?'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Don't Let Me KnowWhere stories live. Discover now