Bab 1 : Tukar Angin (part 1)

29 0 0
                                    

P/s: "Don't Let Me Know" - Bahasa
Korea
"Don't Let Me Know" - Bahasa
Melayu

******

Masa: 2020
Tempat: korea selatan

San Nana POV
Nama aku San Nana, seorang gadis berbangsa tionghua berasal daripada malaysia. Menetap di Korea. Bersahabat baik dengan seorang gadis melayu yang bernama Aleeya. Keluarga? Menurut Aleeya, mereka terkorban pada usiaku baru mencecah 17 tahun dalam kemalangan jalan raya yang juga melibatkan aku. Tetapi aku langsung tidak mengingati kejadian itu. Apabila bertanyakan soal itu, Aleeya hanya menyatakan aku hilang ingatan setelah dua tahun koma dihospital. Saudara? Hmmm...ibu bapaku berkahwin tanpa restu keluarga mereka, teknikalnya saudaraku tidak mahu menjagaku. Perasaan aku? Terkilan, dan sebab itulah aku membawa diri ke bumi Korea ini. Aleeya? Dia sambung belajar di sini dan bekerja separuh masa di syarikat(Vevo entertainment) tempat aku bekerja sebagai stylist selebriti atau kpop idol. Aku pula bekerja sebagai...

"Nana, bos panggil kau." Sampuk Aleeya cemas.

"Tuan nak apa?" Soalku. Hatiku bertambah kecut apabila melihat riak wajahnya. Riak wajah ketakutan. Siapa yang tidak takut pada En. Lee Ha Dong, seorang bos syarikat vevo entertainment terbesar di Korea yang berwajah garang.

Aleeya hanya sekadar mengangkat bahu dan berlalu pergi. 'Kurang asam punya kawan.'

Sebelum berlalu ke bilik bos kesayanganku itu, sempatku capai buku notaku yang berwarna merah jambu.

Sebelum memasuki bilik yang tertera nama En. Lee Ha Dong, aku mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Masuk." Kedengaran suara lelaki de sebalik pintu kayu. Setelah mendapat kebenaran untuk masuk, tanganku memulas tombol pintu dan menolaknya perlahan.

"Tuan panggil saya?" Soalku dalam bahasa korea. Lima tahun cukup untuk aku memahami dan bercakap dalam bahasa korea.

"Sila duduk, Nana." Arah En. Lee. Kau mengambil tempat dihadapan En. Lee.

"Sudah lima tahun awak bekerja disini sebagai penolong pengurus kumpulan kpop idols." En. Lee memulakan bicara dan aku hanya mendengar.

"Saya sudah tahu cara awak bekerja dan saya percayakan awak." Ucap En Lee sambil tersenyum manis. Senyuman yang jarang dia pamerkan.

"Apa yang tuan cuba sampaikan?" Soalku kurang sabar. En. Lee hanya ketawa kecil. Sudah masak dengan sikap kurang sabarku ini. Mungkin?

En. Lee mengeluarkan sampul surat berwarna putih daripada laci mejanya dan hulurkan kepadaku. Teragak-agak aku mencapai sampul surat itu. Setelah sampul surat itu berada di tanganku, aku memandang En. Lee bagaikan meminta keizinan untuk membuka sampul surat itu. En. Lee hanya sekadar mengangukkan dan memberikan senyuman nipis.

Perlahan-lahan aku membuka sampul surat itu, dan tertera nama Bit Hit entertainment. 'Bit Hit...oh! Syarikat besar yang tubuhkan kumpulan BTS. Bukan BTS sahaja malah banyak lagi kumpulan yang berjaya dibawah naungannya. Selain itu, VeVo Entertainment merupakan anak syarikat Bit Hit entertainment.' Lintas fikiranku. Aku baca lagi isi surat itu, dan aku terlihat perkataan '승진 한' yang bermaksud dinaikkan pangkat...DINAIKKAN PANGKAT!!!! ㅇ.ㅇ

"Tuan..." Aku tidak tahu hendak menyatakan perasaan aku waktu ini. Bercampur-baur antara terkejut, gembira, sedih.

"Saya tahu awak memang tunggu-tunggukan peluang macam ni. Dan sekarang saya berikan sepenuhnya kepercayaan saya kepada awak. Jangan khianati kepercayaan saya ni." Ulas En. Lee. Dengan mata berkaca, aku mencapai tangan lelaki separuh abad itu. Bersalaman bagaikan mentemerai janji.

Don't Let Me KnowWhere stories live. Discover now