Prolog

41 7 2
                                    

"Cepat! Tangkap budak tu! Kita kena cari dia sampai dapat!" Kedengaran suatu suara dari dalam sebuah hutan yang agak tebal. Suara itu datang daripada sekumpulan lelaki dewasa yang sedang berkumpul ditengah-tengah hutan sambil memegang obor-obor. Di pinggang masing-masing tersisip sebilah pedang tajam. "Ya! Kita tak boleh biarkan dia melarikan diri!"

Mereka semua terus berpecah untuk mencari sasaran mereka. Tidak jauh daripada situ, kelihatan seorang gadis sedang memerhatikan mereka. Dia kemudian perlahan-lahan berundur ke belakang untuk melarikan diri daripada situ. Malang bagi dirinya, dia secara tidak sengaja terpijak sebatang ranting kayu rapuh yang berada di belakangnya.

Praah! Gadis itu terkejut dan beberapa orang lelaki yang mencarinya itu terdengar bunyi tersebut. "Sana! Budak perempuan itu ada di sana! Cepat, tangkap dia!" teriak seorang lelaki. Suara-suara lelaki-lelaki itu kedengaran semakin dekat dan gadis itu dapat lihat begitu banyak obor-obor dan cahaya oren di merata tempat lalu membuatkannya berasa takut.

Dia terus mengangkat kakinya dan berusaha untuk melarikan diri daripada situ. "Tangkap dia!" Gadis itu terus berlari tanpa melihat ke belakang. Dia terus berlari tanpa memandang ke hadapan juga kerana terlalu takut. Sehinggalah tiba di penghujung hutan itu, dia terkejut apabila melihat terdapat sebuah jurang di hadapan. Nasib baiklah dia berjaya berhenti dan tidak jatuh ke dalam jurang itu.

"Ah!" katanya kerana terkejut.

"Itu dia!" Kedengaran suara para pemburunya semakin dekat. Dia menoleh dan terkejut melihat kesemua lelaki-lelaki itu sudah pun berada di belakangnya dan mereka sedang berjalan mendekatinya!

"Wah tuan. Cantik juga budak ni," kata seorang lelaki. "Kau jangan nak mengada-ngada. Dia ni merbahaya. Dia adalah ahli sihir!" kata ketua mereka itu. Gadis itu memerhatikan mereka sambil menjeling ke bawah jurang yang berada dibelakangnya itu. Ianya terlalu dalam...

Dia kemudian menjeling pada mereka semula. "Jangan berlengah lagi! Tangkap gadis itu sekarang!" kata ketua mereka itu tadi lalu kesemua orang suruhannya mengikut arahan dan cuba menangkap gadis itu.

"Aslemore Ezlor!"

Gadis itu menyeru sesuatu lantas beberapa buah akar kayu muncul daripada bawah tanah dan menuju ke arah mereka untuk menghalang mereka daripada bergerak. Gadis itu kemudiannya mulai bergerak mahu melarikan diri daripada situ. "Tak! Kau tak akan terlepas!" kata ketua kumpulan lelaki itu lau dia membelah akar kayu itu dengan kapaknya dengan mudah dan kemudian dia terus melemparkan ia ke arah gadis itu.

"Ah!" Gadis itu terkejut lantas dia mengelak daripada mengenai kapak itu, namun tanpa dia sedar, kakinya mulai tergelincir dan dia terus sahaja jatuh ke dalam jurang itu.

"AAARGH!!!!"

Kapak yang tadinya jatuh di atas tanah itu diambil kembali. Ketua kumpulan lelaki itu kemudian mendekati tepi tebing itu dan memerhatikan ia.

"Tuan, perlukah kita turun untuk mencari mayatnya?" soal seorang lelaki yang paling muda diantara mereka semua. Anak buahnya barangkali. "Tak perlu... Aku tahu dia sudah mati. Tak akan ada sesiapa yang dapat selamat daripada tempat ini... Sama seperti semua ahli sihir yang lain," kata ketua mereka itu lalu dia mulai beredar. Kesemua ahli kumpulannya hanya mengekorinya daripada belakang manakala pemuda tadi memandang ke dalam jurang itu. Wajahnya agak sedih tetapi kemudian dia tersenyum.

"Baguslah kau dah pergi. Tak perlu aku susah-susah lagi...," bisiknya perlahan. Dia kemudian bangun dan beredar daripada ditu. Membiarkan mayat gadis itu terus berada di jurang itu, seperti apa yang dilakukan oleh mereka semua kepada semua penyihir di kampung itu.

Ya, dikampung itu... Di sebuah dunia yang tersembunyi disebalik alam ini... Terdapatnya sebuah perkampungan sekumpulan manusia yang hidup aman dan damai. Tetapi mereka selalu memburu, memburu 'Ahli Sihir' yang wujud dikalangan mereka dan membunuh kesemua manusia istimewa yang tidak berdosa itu. Golongan yang digelar sebagai 'Ahli Sihir' itu sebenarnya merupakan golongan istimewa yang mampu mengawal tumbuhan dan menyembuh. Tetapi kerana busuk hati, suatu onar dan fitnah yang dilontarkan tanpa tidak diketahui daripada mana ia muncul, mereka semua telah digelar sebagai 'Ahli Sihir' dan mesti dibunuh kesemua mereka agar kesejahteraan terjamin. Kesemua 'Ahli Sihir' itu mempunyai gelaran sebenar mereka, iaitu Pari-pari Alam.

Pari-Pari AlamWhere stories live. Discover now