Bab 1

122 2 0
                                    

Lima tahun kemudian...

"PASTIKAN kau tak balik ke sini lagi."

"Jaga diri kau baik-baik."

"Kau sahabat aku selamanya."

Sungguh pelik apabila persahabatan itu bermula di dalam sebuah tempat seperti penjara. Dia tidak pernah terfikir akan menemui kawan seperti Hairul, Leong dan Ajid. Masing-masing punya latar belakang yang amat berbeza, namun mereka disatukan di tempat yang sama. Tempat yang sesiapa pun dalam dunia ini tidak ingin masuk.

"Jangan lupakan kami."

Fakri menapak keluar melalui pintu keluar yang terletak jauh dari kawasan dalam penjara. Sebaik kakinya menjejak ke kawasan luar, dia terlihat seorang lelaki berkopiah putih sedang menanti di tepi pagar. Lelaki berusia pertengahan umur itu menghampiri Fakri.

"Fakri, saya Pak Zein. Tuan Mahadi yang jamin Fakri keluar dari sini," jelas lelaki tersebut tanpa dipinta.

"Tuan Mahadi? Siapa?" soal Fakri. Masih ragu-ragu dengan kedatangan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Pak Zein itu.

"Naik kereta dulu. Nanti pak cik terangkan."

Dalam keraguan, Fakri tetap mengekori langkah Pak Zein ke arah sebuah kereta berwarna ungu yang diparkir di bahu jalan.

"Masuk," pelawa Pak Zein. Pintu kereta penumpang di sebelah pemandu sudah dibuka. "Jangan takut. Silakan."

Persona berwarna ungu metalik itu meluncur keluar dari kawasan pintu hadapan Penjara Kajang. Fakri tidak memandang ke belakang lagi. Dia bertekad tidak mahu lagi kembali ke situ.

Fakri pandang Pak Zein yang sedang memandu. Walau tidak mempercayai sesiapa lagi, dia tetap menuruti pelawaan Pak Zein. Pengalaman di dalam penjara telah mengajarnya banyak perkara termasuk soal kepercayaan. Sesiapa pun tidak layak untuk dipercayai kecuali diri sendiri. Dia mula berpegang pada prinsip itu setelah hampir lima tahun terkurung di sebalik tirai besi.

"Fakri apa khabar?" Tiba-tiba Pak Zein menyuarakan soalan setelah hampir 10 minit berdiam.

"Boleh tahan." Fakri pandang ke luar. Persekitarannya tidak banyak berubah sejak lima tahun yang lalu. Ah, lima tahun bukan satu tempoh yang panjang. Namun, ia umpama ribuan tahun jika hidup terkurung.

"Kamu nampak lebih elok berbanding dalam gambar," ujar Pak Zein.

Fakri memandang Pak Zein. "Gambar?"

"Badan kamu dah makin tegap."

Fakri pandang diri sendiri. Kemudian tersenyum tawar. Tak hairan sangat. Mungkin dia tak pernah sedar perubahan tersebut kerana dia tidak pernah ambil peduli tentang perkara lain lagi setelah dipenjarakan.

"Eloklah kalau kamu cukup sihat. Taklah kami risau," kata Pak Zein lagi.

"Kami? Pak cik maksudkan siapa?"

Pak Zein memandang Fakri dan menguntum senyum. "Kamu akan tahu lepas jumpa dengan dia."

"Siapa?"

"Tuan Mahadi."

RUMAH Rumah banglo dua tingkat itu kelihatan sudah semakin pudar warna cat dindingnya. Kata Pak Zein, ini rumah milik Tuan Mahadi, seorang usahawan yang memiliki perniagaan perabot dan sebuah syarikat perumahan Madani Group.

"Ini Tuan Mahadi. Tuan Mahadi yang keluarkan wang untuk bebaskan kamu dari sana."

Fakri pandang lelaki yang diperkenalkan oleh Pak Zein. Seorang lelaki pertengahan usia, mungkin sebaya Pak Zein sedang tersenyum ke arahnya.

SuntikWhere stories live. Discover now