Gambar ibu dan abah yang tergantung kemas di dinding bilikku aku pandang sayu. Hanya di gambar saja aku dapat melihat senyuman mereka. Tapi di dalam dunia nyata, sama sekali tidak. Aku sudah tiada sesiapa. Aku sudah jadi anak yatim piatu. Mataku semakin lama semakin kabur dek air mata yang terkumpul di tubir mata.
"Ibu.. abah.. Arra nak minta restu. Arra nak ke Kuala Lumpur. Arra nak balaskan dendam ibu dan abah.. Arra janji.. Arra akan balik ke sini lagi.. Restui Arra." Tersendu sedan aku berkata. Gambar itu aku usap dan aku kucup. Seperti aku mengucup ibu dan abah selalu. Air mataku jatuh membasahi pipi.
"Arra doakan ibu dan abah tenang di sana. InsyaAllah.. Arra akan datang. Tunggu Arra.. Arra sayang ibu dan abah.." Beg yang penuh dengan pakaianku aku angkat. Buat kali terakhirnya aku berpaling ke belakang. Melihat gambar ibu dan abah.
'Ibu.. abah.. Arra jalan dulu.. assalamualaikum.'
Mak Cik Raudah yang sudah sedia menunggu aku di luar rumah aku pandang. Senyuman aku lemparkan walaupun pahit.
"Mak cik.. Arra minta maaf sebab Arra tertengking Mak cik tempoh hari. Arra tak sengaja. Arra sedih.." jelasku dengan serba salah. Mak cik Raudah menggelengkan kepalanya. Pipi aku diusapnya lembut. Menghapuskan air mataku.
"Arra tak salah.. Mak cik faham perasaan Arra.. ni Arra sungguh ke nak pergi KL?" Aku menghela nafas lega lalu mengangguk mengiyakan soalannya.
"Jangan berdendam sangat Arra. Takut nanti dendam tu makan diri sendiri.." aku tersenyum kelat. Aku anggukkan juga.
"Iyalah, Mak cik. Mak cik tolong tengokkan rumah ni.. Arra akan balik juga ke sini bila kerja Arra selesai kat sana.." Mak Cik Raudah memandangku sayu sebelum menarikku ke pelukannya.
"Mesti Mak cik akan rindukan Arra.. balik ye Arra. Mak cik tunggu kepulangan Arra. Pasal rumah ni.. Arra jangan risau. Mak cik sentiasa akan jaga rumah ni.. Arra balik nanti, rumah ni tetap sama.."
"Terima kasih Mak cik.. Arra pergi dulu. Assalamualaikum." Tangan tuanya aku kucup. Salam ku disambutnya.
Begitu permulaan hidupku. Dendam yang harus aku lunaskan. Tunggu kedatangan aku, pembunuh! Kau akan menyesal seumur hidup kau. Bukan setakat kau je aku bunuh. Keluarga kau yang tak terlibat pun aku akan hapuskan. Biar lenyap satu persatu.
Tunggu!
YOU ARE READING
ARRABELLA
RandomBila iblis bertopengkan manusia muncul Hidup aku terkontang-kanting Hidup aku penuh dengan dendam Tapi Muncul pula dia sebagai penyelamat aku Cinta? Mampukah hapuskan dendam aku yang setelah sekian lama tertanam di hati?