Chapter 1 (The Meaning Of Love)

341 10 0
                                    

Pn. Trayce hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah anak-anaknya yang mencuit hati keibuannya. Setiap pagi Pn. Trayce pasti akan meluangkan masa untuk anak-anaknya meskipun dia terpaksa bergegas pergi kerja. Baginya anak-anak harus diutamakan. Kerjayanya sebagai seorang businesswoman bukanlah penghalang untuknya menjadi seorang ibu yang baik.

Pn. Trayce tersentak apabila deringan telifon bimbit diatas meja berdering. Dengan pantas Pn. Trayce mengambil telefon bimbitnya. Senyuman terukir apabila nama suaminya tertera di skrin telefon. "Monink hubby. " Sapanya riang dengan nada yang manja. Perasaan rindu dengan suaminya membuak-buak.

"Monink too honey. I miss you so much." Jawab suaminya di talian. Pn. Trayce menjarakkan diri dari anak-anaknya. Dia khuatir anak-anaknya mendengar perbualan mereka suami isteri. Baginya perlu ada etika dan batas dalam mendidik anak-anak. "Bila hubby balik. Two weeks already. " Tanya Pn. Trayce kepada suaminya. Kerjaya suaminya sebagai juruterbang seringkali menyebabkan mereka berjauhan. Walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjangkau dua puluh tahun namun perhubungan mereka sebagai suami isteri masih romantik.

"Hubby kat airport dah ni. Tak sabar nak jumpa honey and anak-anak." Pn. Trayce tersenyum mendengar jawapab suaminya. "So hubby nak honey ambil atau macam mana? " Soal Pn. Trayce. Dalam hati dia amat mengharapkan suaminya meminta dia untuk mengambil suaminya di lapangan terbang. "Honey you know my answer. Hubby nak dating dengan wife hubby yang gergous ni?" Hati Pn. Trayce berbunga-bunga. "Ok jap lagi honey ambil hubby. Wait me darling." Pn. Trayce sengaja membuat suara menggoda. "Ok honey. Don't rush. Take care. Bye sweetheart." Jawab suaminya lalu memutuskan talian.

"Kak tolong masakkan makanan kegemaran Paul ya untuk makan malam nanti." Pesan Pn. Trayce pada pembantu rumahnya. "Ya misis."Jawab Aunty Diana "Mumy, daddy sudah balik? " Tanya anak-anaknya serentak. Pn. Trayce hanya mengangguk. Dia tahu anak-anaknya turut merindui ayah mereka. "Prayce, tolong aunty apa yang patut." Pesan Pn. Trayce pada anak gadisnya. "Ok mumy." Jawab Prayce. Pn. Trayce bersyukur kerana anak gadisnya mempunyai sikap yang baik dan boleh tanggungjawab. Meskipun anak gadisnya itu sibuk dengan pembelajaran namun anak gadisnya ringan tangan membantu pembantu rumah mereka.

Satu jam kemudian Pn. Trayce tiba di lapangan terbang. Dari jauh dia melihat kelibat suaminya. Dia segera turun dari keretanya dan mengorak langkah mendekati suaminya. Di mata Pn. Trayce suaminya masih sekacak dan setampan dulu. Meskipun usia suaminya mencapai usia empat puluhan. Pn. Trayce berdebar melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir suaminya. Dia mengerti maksud senyuman suaminya itu kerana dia juga merasakan hal yang sama.

"Hai sweetheart." Sapa suaminya mesra. Pn. Trayce hanya tersenyum. Sebuah kucupan hinggap di pipinya. "I miss you so much honey. I miss everything about you." Bisik En. Paul di telinga isterinya. "Me too. " Jawab Pn. Trayce perlahan. Lengan suaminya dipaut mesra. Pn. Trayce perasan mata-mata yang memandang ke arah mereka. Ada yang tersenyum ada juga yang sinis. Namun Pn. Trayce tidak mengendakan pandangan sinis tersebut.

"So now, where our destination?"Tanya Pn. Trayce sambil menyerahkan kunci kereta pada suaminya. "Wait and see honey. Surprise!!!" Jawab En. Paul sambil mengenyitkan matanya. Jari-jemari Pn. Trayce digapai Lalu dikucupnya satu-persatu. Pn. Trayce sangat beruntung kerana mendapat suami yang romantik dan benar-benar menghargai dirinya walaupun suatu ketika dulu lelaki itu pernah dia tolak kerana dia sudah ada kekasih hati tapi siapa tahu takdir Tuhan telah mendedahkan kebenaran. Ternyata kekasih hatinya itu curang dengan sahabat baiknya sendiri. 'I really love you Paul.' Bicara Pn. Trayce dalam hatinya.

The Right DecisionWhere stories live. Discover now