Chapter 2 (Family Time)

161 9 0
                                    

"Aunty Diana, apa lagi yang boleh Prayce bantu?" Tanya Prayce. Aunty Diana hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan Prayce. "Kalau macam tu Prayce naik dulu aunty. Nak bersihkan diri dulu. Jap lagi mumy dan daddy sampai." Beritahu Prayce sopan pada Aunty Diana.

Sebaik sahaja Prayce masuk ke dalam bilik tidurnya pada masa yang sama telefon bimbitnya berdering. Nama yang tertera pada skrin "Unknown" bermaksud pemanggil tersebut tidak dikenali. Prayce hanya membiarkan panggilan tersebut. Dia tidak akan melayan sebarang panggilan atau chat dari orang yang tidak dikenali. Prayce mencapai tuala mandi lalu masuk ke kamar mandi.

Seusai mandi, Prayce mengambil 'hair dryer' lalu mengeringkan rambutnya yang basah. Dalam sepuluh minit Prayce selesai mengeringkan rambutnya. Sedang Prayce sibuk membelek-belek pakaiannya di almari telefon bimbitnya berdering lagi. Prayce segera mencapai telefon bimbit dan menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapakah gerangan pemanggilnya.

"Hello!" Jawab Prayce sepatah kerana dia baru sedar bahawa dia telah menjawab panggilan tersebut tanpa mengetahui siapakah pemanggilnya.
"Hello. Ini Prayce Valentine ke?" Pertanyaan tersebut mengundang persoalan Prayce. Bermaksud pemanggil tersebut seorang yang tidak dikenalinya. "Ya saya." Jawab Prayce terketar-ketar. Dia mula diselubungi perasaan takut.

"Prayce, are you okay. Do you scared? Sorry for disturbing you. I am Mike. I am really sorry. I forgot to introduce myself first." Jelas Mike panjang lebar. Prayce tercengang seketika. Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Kenapa Mike Fernandez merangkap pelajar lelaki paling hot dan famous menghubunginya. Dari mana lelaki itu tahu nombor telefonnya.

"Owh I see." Jawab Prayce ringkas. Lidahnya keluh untuk berkata-kata. Lagipun dia tidak pernah bertegur sapa dengan Mike di sekolah. Mike hanya tergelak dengan jawapan Prayce. Sebentar tadi suara gadis itu jelas ketakutan. "Saya tahu terlalu banyak persoalan yang bersarang dalam kepala awak sekarang ini. Biar I jelaskan." Beritahu Mike tanpa dipinta. Prayce berasa lucu dengan bahasa yang digunakan oleh Mike. Sekejap saya sekejap I.

"First I dapat number you from Tikah, your friend. Second I call you because I want to tell you something but I hope you tak terkejut." Sambung Mike lagi. Prayce hanya membisu sementara menanti bicara Mike seterusnya. "Actually, I dah jatuh cinta dengan you sejak mula I kenal you." Luah Mike tiba-tiba. Prayce tersentak dengan luahan mengejut Mike. Ternyata selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Namun dia keliru. Haruskah dia memberitahu Mike akan isi hatinya atau mendiamkan saja. Dia khuatir Mike cuma mempermainkannya. Siapa tidak kenal perangai playboy lelaki itu.

"Mike you salah orang. I bukan perempuan yang you boleh bawa main lebih-lebih lagi hal yang melibatkan perasaan. Anggap ja perbualan ini tidak pernah berlaku. Dont worry I akan rahsiakan hal ini." Bicara Prayce panjang lebar sebelum menamatkan panggilan. Meskipun dia menaruh perasaan terhadap lelaki itu fikiran waras masih menguasai dirinya. Memang cinta itu buta tapi jangan biarkan diri kita binasa kerananya.

Mike terkedu seketika. Setiap bait bicara Prayce masih terngiang-ngiang di telinganya. Nampak gayanya bukan senang dia menakluk hati gadis itu. Ternyata Prayce berbeza dengan perempuan lain yang terkejar-kejar dengan dirinya. Mike mula merasakan sesuatu yang berbeza dalam hatinya. Mungkinkah dia sudah jatuh cinta dengan Prayce. Bukankah tujuannya menghubungi Prayce sebentar tadi cuma mahu menjebak gadis itu dalam kancah permainan cintanya. Ternyata Mike gagal dan itu adalah kegagalan pertama dalam hidupnya. "Its okay Prayce. I akan pastikan you jatuh ke dalam tangan I. Masa tu baru you sedar siapa I. Beraninya you tolak I sedangkan banyak lagi yang lagi cantik dari muka you. Wait and see Prayce." Mike berbicara sendiri. Lantas telefon bimbitnya dicapai lalu dihempas sekuat hatinya.

The Right DecisionWhere stories live. Discover now