Chapter 3 (Prayce Valentine)

142 9 0
                                    

Ketukan di pintu mematikan lamunan Prayce. Perbualannya dengan Mike sebentar tadi masih menjadi tanda tanya baginya. Apakah lelaki itu benar-benar mencintainya atau ada permainan di sebaliknya. Mujurlah dia tidak terpengaruh oleh perasaan. Prayce segera bangkit dan membuka pintu bilik tidurnya. Wajah ayah dan ibunya tersembul di sebalik pintu.

"Why anak daddy berkurung dalam bilik ni? Tak rindu daddy ke?" Tanya En. Paul pada anak gadisnya. Prayce tidak menjawab pertanyaan ayahnya. Sebaliknya dia memeluk erat ayahnya. "I really miss you dad. V bukan nak berkurung. Ada kawan call V tadi." Jawab Prayce kemudian. Hanya ayahnya yang memanggil Prayce V. En. Paul menamakan Prayce sebagai Prayce Valentine kerana dengan doa (Pray) yang tidak berkesudahan akhirnya Trayce membuka hati dan menerima cintanya. Manakala Valentine diambil sempena hari kekasih (Valentine) kerana pada hari itulah dia dan Trayce rasmi sebagai pasangan kekasih. Dan pada tarikh itu juga dia dan Trayce sah sebagai suami isteri. Dan yang paling tidak dapat dilupakan pada tarikh itu jugalah cahaya mata mereka yang pertama lahir lambang cinta mereka.

"Kawan ka atau boyfriend yang call." Sakat En. Paul pada anak gadisnya. "No dad. V Still single but not available. V nak tunggu someone like dad." Jawab Prayce berserta gurauan. "Tapi boleh kan kalau kita makan dulu. Berbual kemudian." Sampuk Pn. Trayce. En. Paul dan Prayce hanya mengangguk.

Selesai makan malam Prayce membantu Aunty Diana mengemaskan meja makan sementara ibu dan ayahnya serta dua orang adiknya sedang bersantai di ruang tamu sambil berborak. "Dad, for this time, bolehkah dad stay rumah lama sikit." Tanya Timothy anak kedua En. Paul dan Pn. Trayce.

En. Paul hanya tersenyum. Dalam hati dia juga mahu lama-lama di rumah namun pekerjaannya menuntut dia untuk segera kembali bertugas. Kepala kedua-dua anak lelakinya diusap perlahan. "For this time pun dad tak boleh stay lama-lama. Tommorow morning dad kena kembali bertugas. Kakitangan tak mencukupi. Sorry son." En. Paul menjawab pertanyaan anaknya. Sebuah keluhan dilepaskan. Mujurlah isteri dan anak-anaknya memahami dan dapat menerima situasi kerjanya.

En. Paul sebenarnya rasa bersalah yang teramat sangat kerana masa bersama keluarga sangat terbatas. "It's okay dad. Sorry dad. Timothy tak sepatutnya tanya macam tu." Akhirnya Timothy bersuara. Dia rasa bersalah. Riak wajah ayahnya dari gembira berubah jadi sedih. En. Paul hanya menggelengkan kepala. Anaknya tak salah dan berhak bertanya.

Prayce berasa hairan kerana suasana hening menguasai keadaan. Bukankah sebentar tadi dia mendengar gelak tawa. 'Mesti ada something ni.' Bisiknya dalam hati. Prayce mendekati ayahnya perlahan-lahan. Dia sengaja memberi kejutan. Prayce segera menutup mata ayahnya dengan kedua belah tapak tangannya. Kejutannya berhasil apabila En. Paul tersentak dari lamunannya. "V ni kan. Mujurlah dad tak da sakit serangan jantung." Luah En. Paul sambil mengurut dadanya.

"Sorry dad. V tak nak tengok muka dad monyok macam tu. Dah tu apasal muka semua muka monyok. Sepatutnya happy-happy. Sekarang ni masa untuk bergembira. Macam mana nak jadi kuat dan hati yang cekal kalau baru ni pun tak dapat tahan. Kita kena bagi daddy kekuatan. Dad keseorangan di tempat kerja sedangkan kita disini bersama-sama." Terang Prayce panjang lebar. Dia tidak mahu tengok kesedihan terpamer pada wajah-wajah orang yang dia sayang.

"Macam tulah anak dad." En. Paul terharu dengan kata-kata anak gadisnya sebentar tadi. "Jangan sedih-sedih lagi." Kata En. Paul sambil menepuk tapak tangannya. Barulah kedua-dua wajah anak lelakinya ceria. Pn. Trayce hanya termenung. Jauh di lubuk hatinya dia sangat tersentuh dengan kata-kata anak gadisnya itu. 'Nampaknya anak gadisku dah dewasa.' Bicara Pn. Trayce dalam hati.

The Right DecisionWhere stories live. Discover now