"Hilmi Farezy b. Ahmad Shah...."
Siapa dia nii berhantar surat surat bagai pulak kat mama. Eyy papa sekeh kang baru tahu. Tapi aku kenal ke dia nii ? Nama punn tak biasa dengar punn. Tangan aku ingin membuka surat itu dan tiba tiba ada seseorang mencuit aku dari belakang.
"Eh mak kau masuk longkang.."melatah aku sampai tercampak surat itu.
"Apa nii Isya perangai kamu nii laa tak berubah ubah dari dulu ishh."kata mama.
"Hehe. Sorry mama.."kata aku sambil tersengih menggaru kepala yang tidak gatal.
"Haa surat apa tu ? "
"Ouhh nii surat untuk mama sapa entah hantar."kataku sambil mengutip balik surat yang dicampak tadi.
Mama mengambilnya dan terus tersenyum. Erkk mama nii ada secret admirer kee..sejenakku terfikir. Erghh biar laa mama tu malas dah nk fikir. Sekarang fikir esok nak pergi sekolah BARU. hm.
*****************
Masuklah aku sekolah baru..Aku melangkah kaki masuk ke sekolah itu dengan rasa gementar. Besar jugak sekolah ini. Desis hatiku.
Aku mencari pejabat di mana. Start dah laa aku menggaru garu kepala yang tak gatal ni. Aku terjumpa seorang murid lelaki yang memakai baju biru bertie dan berseluar biru gelap. Aduhh pengawas. keluhku.
"Err..Assalamualaikum boleh saya tanya pejabat di mana ?"tanyaku dengan rasa malu.
"Waalaikumsalam..Di sana tu.."katanya sambil menunjuk tangannya ke arah kanan tanpa memandangku dia hanya menumpukan matanya kepada buku yang dipegangnya.
"Err..terima kasih."kataku sambil berlalu pergi dan tak menoleh kebelakang lagi. Eyy sombongnyaa tahu laa pengawas pun tak payah sombong sangat. Nak tengok muka pun tak boleh. Desis hatiku.
Tuk tuk !!
Aku mengetuk pintu itu lalu memulas tombol pintu itu. Kelihatan seorang kerani perempuan sedang duduk di atas kerusi dalam pejabat tersebut.
"Yaa ? Boleh akak tolong ?"kata kerani perempuan itu.
"Saya pelajar baru. Saya tidak tahu kelas saya di mana."kata aku dengan lemah lembut.Lemah lembut ke? Eyy..
"Ohh sekejap ye."balasnya sambil mengambil satu fail dari rak buku yang berdekatan dengannya.
"Farisya Imani binti Shamsul Azhar kan? "
"Yaa saya."kataku sambil tersenyum.
"Cikgu Mawar akan bawa awak ke kelas ikut dia ye."
"Baiklah."kataku lalu keluar mengikut Cikgu Mawar ke kelas.
************
Tuk tuk!!Pintu diketuk dengan perlahan. Membuatkan semua mata tertumpu kepada Cikgu Mawar.
"Assalamualaikum maaf mengganggu. Ini ada pelajar baru masuk."kata Cikgu Mawar sambil tersenyum.
"Waalaikumsalam. Ya silakan masuk."kata seorang cikgu lelaki itu.
"Farisya masuk laa."kata Cikgu Mawar.
"B-baik..Terima kasih cikgu.."tergagap aku kat situ takut nak masukk. Papa mama tolong Isya please.
Cikgu Mawar berlalu pergi dari situ selepas senyum manis kepadaku.
"Yaa awak boleh kenalkan nama awak kepada semua orang."kata cikgu itu.
"Nama saya Farisya Imani binti Shamsul Azhar. Saya berpindah ke sini kerana ada sebab tertentu."
"Baiklah saya harap kamu semua dapat membantu Farisya apabila dia susah ye. Farisya kamu boleh duduk di sebelah Wani. "katanya sambil menunjukkan di mana tempat aku harus duduk.
Aku hanya menggangguk sambil tersenyum.
"Hai nama aku Syazwani. Panggil je Wani."
"Hai nama aku pulak Qistina. Panggil je Qis."
"Hai nama aku Putri Aina. Panggil aku putri yang cantikk taw. Haha tak tak panggil Aina je.."
Semua gelakkan Aina yang berangan angan ingin menjadi Putri. XD..
"Aku pun nak kenal jugakk. "kata seorang perempuan yang berada di belakang meja aku."Hai nama aku Khairrul..Just panggil aku Khai yahh."
"Nama aku Najwa. Panggil saja Wawa."kata seorang perempuan dengan lemah lembut yang berada berdekatan dengan meja aku.
Ouhh Wawa pengawas. Cakap pasal pengawas aku teringat pengawas lelaki yang sombong tadi. Err whatever laa janji aku sentiasa ada kawan yang selalu bantu aku..
"Oittt kau berangan ehh?"tegur Wani. Semua orang sedang memandang aku semasa aku buat muka blur.
"Hehe tak ada laa."tipuku sambil menggaru kepala yang tak gatal..
"Heyy apa yang kamu buat nii ? Apa yang saya terangkan kat depan ni faham tak ? Asyik bersembang je."Bebel Cikgu Umar yang mengajar mata pelajaran Matematik.
"Fahamm sangattt cikgu."perli semua murid kecuali aku. Aku baik okk. XD.
"Baik apa yang kamu faham ?"
"Err..."
"Kamu semua buat latihan dalam modul sebanyak 10 muka surat sekarang kecuali Farisya. Saya nak semua hantar harini sebelum balikk. No excuse !!"
"Alaaa..."keluh semua murid dalam kelas itu.
"Bangun...Terima kasih cikgu!!"
"Baik."Cikgu Umar berlalu keluar dari kelas. Dan suasana kelas sekarang ini agak bising lebih dari pasar malam.
Tuk tuk !!
Tiba tiba pintu diketuk kelas terus menjadi senyap.
"Weyy weyy senyap.."kata seorang budak lelaki yang duduk berdekatan dengan aku.
"Aku nak panggil pelajar baru yang baru masuk tadi." kata pengawas itu.
"Err..yaa ?" kataku sambil mengangkat tangan.
"Ikut aku." katanya sambil matanya tak lepas dari buku yang dipegangnya.
Aku bangun dari tempat aku lalu mengikutnya ke bilik guru ?
"Kenapa datang sini ?"
"Guru kelas kau nk jumpa."katanya selamba dan berlalu pergi tinggalkan aku..
"Err..mana cikgu tu ?"
"Haihh.."
Dia pusing balik datang ke arah aku lalu dia menunjukkan meja seorang guru perempuan di dalam bilik guru itu.
"Thanks."kataku selamba. Sambil itu aku mencari muka dia. Tapi tak dapat dia asyik menunduk je bila berdepan dengan aku.
"No problem."kata dia sambil mendongak melihat aku.
Yeahh finally boleh tengok muka dia. Boleh tahan hensem dia nii. Tergugat iman aku. Ehh Isya ? Kau ok tak ?
Sempat aku melihat nametag yang dijahit kemas di baju pengawas birunya.
"Hilmi Farezy. Sedap nama tu." desis hatiku.
Ehh jap !! Nama tu kann....
Jangan lupa vote dan comment. Hope enjoyy !!
YOU ARE READING
First Love
Teen FictionIa menceritakan seseorang perempuan bencikan seseorang lelaki kerana sikapnya yang sukar ditafsirkan. Kadang2 garang, gembira, pelik and whatever. Hilmi Farezy , ketua pengawas sekolah yang disegani oleh semua pelajar. Dengan kehenseman dia juga dap...