"Assalamualaikum." kataku sambil menapak masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam. Haa dah balik dah anak mama ni. Pergi naik atas mandi semua lepastu turun makan sama sama ye." kata Puan Fatimah dengan lemah lembut sambil menghidangkan makanan di atas meja makan.
Aku cuma mengangguk dan senyum manis lalu pergi naik masuk ke bilik. Aku baring di atas katil dengan berpakaian baju sekolah lagi. Waaa penat jugak harini. First day sekolah hm.
Apabila selesai mandi dan solat Zohor, aku terus turun ke bawah untuk makan. Nampaknya mama , papa, Farah dan Afiq sudah tunggu di meja makan.
******************
Selasai makan, kami semua duduk di ruang tamu sambil menonton filem."Macam mana sekolah baru okay tak kakak ?" Tanya mama sambil senyum padaku.
"Alhamdulillah okay je mama. Mama papa tak payah risau ye." Kataku sambil tersenyum kelat.
"Baguslah kalau macam tu lega mama papa dengar. Jangan Isya buat hal ye dekat sekolah tu. Nanti tak fasal-fasal kena buang." Pesan papa.
"Baiklah papa Isya akan ingat pesan papa jangan risau." Balasku.
Papa tersenyum manis lalu pergi naik ke atas untuk berehat katanya.
Farah dan Afiq khusyuk menonton filem yang terpapar di televisyen. Huh patut laa senyap kalau tak ada je nak menyakat. Desis hatiku.
Terlintas di fikiranku tentang Hilmi a.k.a ketua pengawas tu.
"Mama........." kataku dengan manja. Haa bukan senang nak tengok Isya manja ni kenapa pulak laa haihh.
"Aikk kenapa ni Isya ? " Berkerut dahi mama bertanya kepadaku.
"Nak tanya sikit boleh tak ? Sikit je." Aku memandang mama sambil berkelip kelip mata. Gedik kan ? Hahaha.
"Apa dia sayang ?" Tanya mama sambil meneliti wajahku.
"Kelmarin siapa yang hantar surat dekat mama ? " tanyaku serius.
"Ohhh Isya nak tahu siapa ?"
Laju aku mengangguk.
"Itulah alien yang datang dari planet Marikh. Dia datang untuk lindung mama daripada kena serang nanti." kata mama sambil tergelak kecil.
"Mama be serious please tak lawak okayy." Marahku sambil berpeluk tubuh mengalihkan badanku ke arah televisyen. Acah merajuk.
"Alalalaa merajuk pulak anak mama ni. Nanti Isya tahu laa siapa dia ye." Pujuk mama sambil menggosok-gosok kepalaku lalu pergi naik ke atas.
Ishh mama nii. Dia main alien pulak aduhaii. Ingat Boboiboy ke nak main alien-alien ni semua. Aku tak akan mengalah aku kena jugak siasat siapa si Hilmi tu apa kaitannya dengan keluarga ni. Dah laa sombong payah betul.
Tanpa aku sedar ada orang memerhatiku. Aku menjongketkan kening sebelah kepada Farah dan Afiq tanda nak apa. Aku pelik mereka tak habis- habis gelak asal. Dua-dua tak makan ubat lagi kott.
"Korang pahal ?" Tanyaku acah gangster.
"Tak ada apa laa akak. Lawak laa tengok akak ni kalau dapat berangan tu kann ishh. Hahaha." Kata mereka sambil ketawa mengekek.
"Korang nak cari pasal ke macam mana ni ?" Balasku sambil tersenyum sinis. Tangan mencapai bantal yang berada di sebelah.
"Wuishh kakak sabar-sabar kitaorang tak bersedia lagi untuk berperang. Baik kitaorang naik atas dulu. Nasib baik tadi Afiq sempat merakam kakak tengah berangan nak tengok ? Tunggu nanti kita paparkan ye. Yeahh." Sorak mereka berdua sambil membuat hi-five lagi.
"Waaa seronoknya korang." Balasku. Aku terus membaling dua bantal ke arah mereka berdua tanpa berfikir apa-apa dah. Mereka pun membalas benda yang sama.
Yeah perang dunia dah bermula. 2 lawan 1 siapakah akan menang kita nantikan ye. Tiba- tiba mama turun untuk ke dapur.
"Haii seronok nampak habis bersepah ruang tamu. Kamu tahu tak nanti mama jugak yang kena kemas sapu semua. Kamu semua ? Terperap je dalam bilik. Kenapa laa kamu semua ni kalau sehari tak gaduh tak sah ke. Macam ni ke adik beradik." Bebel Puan Fatimah sambil bercekak pinggang.
Kami hanya kaku menunduk ke lantai mendengar sahaja bebelan mama. Mampus laa kau Isya. Kakak bukannya nak tunjuk contoh yang baik haa haa tak tahu mama marah.
"Kakak!! Angah!! Adik!! Explain now!!"
Semua berpandangan antara satu sama lain menjeling jeling suruh bercakap dahulu. Tak fasal-fasal aku jugak yang kena tolak ke depan yang diaorang menyorok belakang.
"Err.......mama tadi Farah dengan Afiq kacau kakak. Kakak tak buat apa pun diaorang sakitkan hati kakak maa." Mengaduku sambil merengek macam budak-budak. Farah dan Afiq tetap tegakkan keadilan.
"Mama kakak tipu mama dia yang main baling-baling bantal dulu tu pastu kitaorang balas laa balik tak perasan pulak makanan dengan minuman dekat meja tu tertumpah." Jelas Farah dan Afiq sambil tersengih-sengih.
"Tiga-tiga kemas depan ni cepat nanti mama turun balik tak siap lagi. Jaga kamu semua. Ni baru sikit ye hukumannya. Nasib mama baik harini tak suruh kamu turun pumping 50 kali. Kalau cari pasal lagi mama bagitahu papa suruh papa pulak yang urus hukuman kamu semua. Nak macam tu ?"
Semua menggeleng laju je kalau cakap pasal papa. Mama terus naik atas kembali tinggalkan kami bertiga.
Mama marah dengan sinis. Sinis memang tak boleh tinggal kalau untuk papa dan mama tengah marah. Inilah keluarga aku apabila perang sudah mula macam ni laa jadinya.
"Kakak jangan berangan boyfriend lagi. Masa untuk buat kerja ni." Tegur Afiq sambil ketawa dengan Farah.
Aku hanya menjeling mata ke atas benci tahu tak ishh. Nanti makin di layan makin menjadi budak-budak ni. Lebih baik senyap daripada bercakap benda yang boleh menyakitkan hati.
Selesai kemas ruang tamu dengan sapu mop segala bagai. Aku terus naik tinggal mereka berdua tu kalau tak perang akan bermula balik.
Khusyuk aku membaca novel, tiba-tiba telefon berjenama Sony yang berada di atas meja belajar aku itu berbunyi. Siapa pulak yang kacau ni. Orang syok baca novel ni. Aku terus mencapai telefon itu kelihatan terpapar nama Wani di skrin.
"Helo, assalamualaikum Wani. Kenapa tiba-tiba kol ni ?" Tanyaku pelik.
"Waalaikumsalam Farisya. Sorry laa kacau kau pulak. Petang ni kami nak buat study group kat rumah Aina kau nak join tak ?" Balasnya.
"Sokay lahh Wani. Mestilah nak join janji petang ni kau ambil aku."
"No problem laa pasal tu. Okay pukul 5 aku ambil kau jangan lupa baii assalamualaikum."
"Alright babe. Baii waalaikumsalam."
****************
"Mama Isya pergi dulu ye." Kataku sambil menyalam tangan mama.
"Baiklah hati-hati ye."
Aku hanya tersenyum manis dan menapak keluar dari rumah itu dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.
Kelihatan Wani sudah tunggu sambil bersandar pada kereta Axia berwarna kelabu di hadapan pintu pagar.
"Kau ingat hips laa macam tu ? Berspek hitam lagi. Bukannya panas sangat pun." Usikku sambil mendongak ke langit biru.
"Hips apanya ? Merapu laa kau. Kau kata tak panas ? Ishh ishh ish." Katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Betul lahh. Jom laa gerak cepat diaorang tunggu lama pulak nanti." Balasku selamba sambil membuka pintu kereta itu.
"Yelaa yelaa." Kata Wani malas.
-tbc-
Hope guys enjoy with this story. Sorry kalau part ni agak bosan author tak berapa ada idea laa. Sorry for any typo. Jangan lupa vote and comment okayhh.
YOU ARE READING
First Love
Teen FictionIa menceritakan seseorang perempuan bencikan seseorang lelaki kerana sikapnya yang sukar ditafsirkan. Kadang2 garang, gembira, pelik and whatever. Hilmi Farezy , ketua pengawas sekolah yang disegani oleh semua pelajar. Dengan kehenseman dia juga dap...