Part 1

196 15 0
                                    


Suatu pagi di Seoul.

Pukul 6.25

Di rumah Eunji,Eunji sedang bersiap untuk ke sekolah.

Sambil menyikat rambut di hadapan cermin,dia berangan tentang Hoya.Tiba-tiba "NOONA! Cepat turun!" jerit Adiknya,Minki."Iya iya,Noona tahu lah..Tak yah nak menjerit," kata Eunji.Eunji pun turun ke bawah.Sementara Minki sudah duduk di meja makan."Noona,nanti teman Minki ke kelas,"kata Minki."Yelah," Jawab Eunji dengan malas.Selepas siap bersarapan mereka berdua memakai kasut dan menaiki kereta ke sekolah.

Di sisi lain,Yoseob sudah berada di kelas,menunggu kawannya Woohyun & Kei yang tak sampai sampai lagi."Haih,mana diaorang..kata nak datang awal,"Yoseob mengeluh.Dia pun duduk sambil membaca buku Sains.Sedang Yoseob membaca buku dengan tekun datang pula kawannya."Hey!Morning," sapa Woohyun dengan riang."Morning," balas Yoseob sambil menyimpan bukunya."Kei tak datang lagi ke?"tanyanya."Entah," jawab Woohyun sambil mengangkat bahunya."Hai korang!," sapa Kei tiba tiba sambil melangkah ke kelas."Oh,Hai Kei" balas Yoseob dengan Woohyun."Maaf,lambat datang," kata Kei."Tak pe," Balas Yoseob."Jomlah gi kantin,korang," ajak Woohyun.Yoseob dengan Kei menganggukkan kepala sebagai tanda setuju.

Sementara itu,Eunji dan Minki sudah sampai di sekolah.Eunji pun menemani Minki ke kelas seperti yang diminta oleh Minki ketika sarapan tadi.Seusai hantar Minki ke kelas,Eunji ke kelasnya untuk mencari kawan baiknya 2 orang tu."Hai Korang!" sapa Eunji apabila melihat kelibat Bomi dan Hoya."Hai,Eunji!" balas mereka berdua serentak.

EUNJI P.O.V

"Hai,korang!" sapaku kepada Hoya dan Bomi."Hai,Eunji!" balas mereka berdua serentak.Kulihat mereka sedang membaca buku."Jom gi kantin" ajakku kepada kawanku itu."Ayo,Jom" balas Hoya.Kami pun bergerak ke kantin.Sampai di kantin aku dan Bomi mengambil tempat duduk manakala Hoya membeli makanan.Ku melihat sekeliling dan berhenti di bahagian hujung meja kantin.Ku terlihat Yoseob,Woohyun dan Kei.Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam pernah lihat Yoseob saat ku kecil.

END EUNJI P.O.V

Di meja yang diduduki Yoseob pula.

Mereka berbual kosong je.Tiba tiba muncul idea nakal Kei untuk menyakat Woohyun."Woohyunnie Woohyunnie tu Irene lalu tu,"Katanya."Eo? Mana? Mana?" kata Woohyun sambil melihat sekeliling."Huh,Kau ni main-mainkan aku je kan," kata Woohyun dengan nada merajuk lepas sedar tak de pun Irene kat situ."Ala,Tak nak merajuk dah," pujuk Kei.Manakala Yoseob menggelengkan kepalanya sebab perangai kawan dia tu.Seorang suka menyakat.Seorang lagi merajuk."Dahlah korang ni,jomlah masuk kelas,loceng nak bunyi dah," kata Yoseob."Ye lah,Jom," jawab Woohyun dengan Kei serentak.

BERSAMBUNG...

He's My Brother [COMPLETED]Where stories live. Discover now