C02: KAHWIN?

51 1 0
                                    

"Aku terima nikahnya Aisyah Zulaikha Binti Tan Sri Idris dengan mas kahwinnya RM 3000 tunai".

Dalam tempoh masa yang singkat tanpa kerelaan dan persetujuan diriku telah sah menjadi isteri kepada Mohd Haziq Firdaus Bin Dato' Imtiyaz. Seorang manusia yang amat asing bagi ku dan tidak pernah ku kenali sepanjang hidupku. Begitulah kehidupan ku setelah kembali dari New York.

5 bulan yang lalu...
Hati ini masih terikat dengan janji setia Rayyan Haiqal.

" ibu apa semua ni?kenapa buat ika macam ni?sampai hati ibu dan ayah! Ika benci ibu dan ayah!" Ya itulah aku ketika mengetahui tentang hal itu sehari sebelum majlis pernikahanku bersamanya.

"Awak. This is an arranged marriage kita tak boleh bantah kehendak ibu ayah umi dan walid nanti kita bincang hal ni dekat rumah kita ya" haziq. Setelah selesai majlis pernikahan masing - masing mengemas barang mereka dan berpindah ke rumah yang telah dihadiahkan oleh ayah Ika.

(Mirza Kondominium)
"Saya tak nak kita ada apa- apa sebab kita dua tahu ini adalah rancangan keluarga kita. Awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak kita duduk bilik asing - asing boleh kan? Saya harap awak faham saya." Itu permintaan terakhir Ika kepada aku ketika kami berpindah masuk ke Kondominium tersebut dan aku akur dengan kehendaknya

Jam 3 pagi.
"Ya tuhan, bantulah aku hadirkanlah rasa kasih dan sayang buat suamiku. Betapa berasa berdosanya aku apabila melakukan seperti ini terhadap dirinya ampuni aku hamba yang lemah ini bantulah aku untuk menjadi isteri yang terbaik untuknya. Aamin" Ika

On the other half.
"Ya tuhanku, kau tenangkanlah gundah gulana di hatiku. Jagalah hubungan kami rahmati dan berkatilah masjid yang telah terbina ini ya rabb limpahkanlah kasih sayang buat isteriku jadikanlah dia orang yang paling bahagia dalam hidupku dan jadi kan lah keluarga kami lebih dekat denganmu. Aamin" Haziq

Sejadah yang terdampar di lantai di ambil dan dilipat kemas di letakkan dalam almari. Haziq meraup wajahnya dan memperbetulkan rambutnya sambil memasang headphone di kepalanya. Qasidah menjadi halwa telinga di waktu ⅓ malam itu dan dia berfikir tentang keadaan hidupnya. "Adakah ini jalan cerita hidup ku?Mungkin kah dia yang terbaik? "

"TIDAKKKKKKKKKKKKKK"

"Astaghfirullahalazim aku mimpi rupanya." Kenapa aku mimpi macam ni. Aku rasa fikiran aku terganggu hingga mimpi aku kahwin bagai. Aku bergerak untuk mandi dan bersiap untuk terus ke tempat kerja.

Pagi itu cuacanya cerah Dan damai kerana matahari baru mula terbit. Masyarakat kota juga baru bangun untuk bergerak mencari sesuap nasi bagi kehidupan sehari - hari. Ika mengenakan blouse putih dan seluar hitam bersama heels dan shawl hitam. Kursusnya baru bermula hari ini di sebuah syarikat yang sangat asing baginya.

P/s:it's pretty lame tiba² macam tiada idea or maybe this is the starter jadi korang stay tuned yah! And I'm sorry for this late inform the path of story will be change a bit. Love ya!~

Jodohku Imam Muda 💞Where stories live. Discover now