B A B : 1

968 21 2
                                    

HEY

Nama aku IRFAN AMER...
Aku Lahir di Kelantan pada tahun 1997,Tapi Sekarang menetap di Pahang. Aku mempunyai sebuah keluarga yang cukup sempurna walaupun kadang kala serba kekurangan.

Sebagai Anak lelaki Pertama keluarga,

Mak Abah tak pernah ajar pekara yang tak baik.
Tapi kenapa? Kenapa aku buat pekara yang tak elok.Kenapa aku jatuh cinta pada lelaki?

Kenapa Aku Suka lelaki?

"Jap!!! Sebelum nak judge aku..kata geli lah apa lah...
Aku Cuma nak kata
"Aku sendiri pun rasa Geli bila aku cakap"

"(Aku suka Lelaki)"

Sebenarnya..
Bukan sejak Lahir aku suka lelaki,Cuma bila aku membesar dan cuba mengenali diri mungkin waktu tu aku SESAT. Kita sebagai manusia untuk matang berbeza.cara kita membesar Berbeza,ada yang akan bertuah,ada yang tak bertuah, Jadi Persoalan..

"KENAPA ADA LELAKI SUKA LELAKI?"

Aku sendiri pun tak tahu..Sebab ada berjuta malah berbillion alasan seseorang lelaki itu boleh terpesong.Ada dipaksa,ada tersalah kawan,ada tersuka dengan sendiri,ada salahkan perempuan.

Dalam hidup ni kita semua manusia,kita sama,cuma Cerita kita membezakan Aku dan Kau.

Aku nak korang baca kisah aku ni, dan aku nak korang Menilai aku selepas korang baca habis cerita aku. Okey??

****

MULA

Semua bermula semasa aku masih lagi belajar di sekolah menegah.

Tingkatan 3,Aku baru daftar masuk sekolah baru.Keluarga aku baru sahaja pindah di Pahang, Aku dapat masuk kelas paling hujung. Kelas tu agak bising, Dan sebenarnya aku ni pendiam. Jadi aku tak ada ramai kawan. Cuma ada sorang sahaja yang aku rapat. Nama dia Aiman, dia baik dan peramah.

Tiga bulan berlalu,aku tetiba dapat surat dari budak kelas sebelah, Nama dia Nadia, Aku terkejut dengan apa yang dia tulis. Dia kata dia suka aku.Tapi Aku pelik sebab aku gemuk dan hitam, kenapa dia minat dekat aku.? Kali pertama aku rasa diperlukan.Aku percayakan Nadia.Tapi akhirnya aku ditipu bulat bulat, dia hanya mahukan apa yang aku ada. Aku belajar dari kesilapan. Aku takkan jatuh cinta lagi. END.

***

Pada masa yang sama, aku Benci dekat seseorang ni. Nama dia Adib, dia popular dekat sekolah.Dia ketua pengawas dan Dia seumur aku.tapi dia kelas 3C dan aku kelas 3F.Tapi Naik Tingkatan 4, aku sekelas dengan Adib,Kelas 4 AMANAH.dia duduk dekat dengan meja aku. Bertapa menyampah nya aku masa tu.

Di suatu hari yang Mendung, hujan turun dengan lebat, Petir sambung meyambung tanpa henti. Aku bangun dari kerusi aku dan pergi kearah cikgu mintak izin nak ke tandas.aku Keluar dengan tergesa gesa sebab dah tak tahan, Tiba tiba bunyi guruh yang sangat kuat, menyebabkan aku terperanjat, lalu aku lari lintang pukang ke arah tandas.

Dengan lantas aku Masuk tandas,Tiba tiba aku terlanggar Adib yang baru nak keluar.Aku tersadung jatuh bersama Adib. Aku jatuh meniarap atas dia. Aku langkas bangun.

"Maaf Adib Sorry"Aku kata padanya.

Baju dia basah terkena air hujan, aku tak habis meminta maaf, tapi dia hanya lah melihat aku. Dia tak berkata sepatah pun, dia memandang aku seolah olah sedang melihat hantu.

"Kau okey tak Adib?"

Adib keluar dari tandas dan terus ke kelas,Selepas kejadian tu, Adib menjauhkan diri dari aku. Aku tahu aku salah sebab tolak dia. Tapi takkan sebab itu dia tak mahu berkawan dengan aku. Kalau dia bercakap pun, dia akan kata pekara yang penting sahaja dengan aku. Borak borak kosong pun bila ramai ramai, jarang berbual berdua.

***

Tingkatan 5,Sijil Peperiksaan Malaysia, kertas terakhir,
kebanyakkan kawan kelas aku sudah keluar dari dewan peperiksaan.Cuma aku yang melambatkan masa.Aku berjalan ke arah kelas, aku nak melawat kelas buat kali terakhir.sampai je di muka pintu kelas. Aku nampak Adib sedang mengemas meja dia, hanya dia sorang dalam kelas.

" Aik..!! Irfan.. kau tak balik lagi ke?"dia cakap.
" Saja nak rasa feeling last dalam kelas ni." Aku balas.

Aku dan Adib berbual kosong. Tinggal kami sahaja didalam kelas. Buat kali pertama Aku rasa tenang. Kami berbual pasal masa depan, pada masa silam... Tapi tiba tiba..

"Wey.. ingat tak masa form 4 kau pernah langgar aku dalam tandas"

"Kenapa?? Aiikkk.Kau ingat lagi ke? Dah lama..dah berzaman dah kot.."

" KAU tak ingat ke??? ".Adib kata,

" Lah.. ingat lah..aku jatuh atas kau"

" Kau tak ingat ke? Masa kau jatuh kau tercium aku? "

Dalam keadaan terkejut,aku terdiam. dia pun cakap aku tercium dia masa berlanggar kt tandas. Tiba tiba keadaan jadi janggal.Aku cakap dekat dia yang aku pun tak ingat. Lagi pun hari tu mendung dengan hujan lebat, apa yang aku tahu semuanya lembab , jadi mungkin aku tercium dia.Kitaorang akhiri perbualan. Aku langkas bangun, dan melihat dia untuk kali terakhir sebelum aku keluar kelas,


Ada sesuatu perasaan dalam hati aku,yang meronta, aku tak tahu kenapa air mata aku jatuh, aku rasakan sesuatu yang pelik. Perasaan yang tak pernah aku rasakan.

3 BULAN KEMUDIAAN.. HARI BERGANTI HARI..

Keputusan SPM dah keluar. Aku pergi sekolah, aku cuba cari Adib, Aku rasa rindu sangat dengan dia,tapi setelah aku melihat dia. Aku takut,aku bersembunyi,Aku lari jauh dari dia.kemudian Aku tinggalkan dia dan sekolah dengan Noktah.

"Selamat tinggal."

Sekarang aku sedar, perasaan benci aku pada Adib selama ini adalah perasaan suka.Aku cuba menafikan,aku tahu itu semua salah tapi kenyataannya aku memang suka pada Dia. Adib adalah inspirasi aku, dia popular, dia ketua pengawas dia ketua pelajar dan dia aktif, sementara aku hanya lah tunggul dalam kelas. Aku pernah terfikir,Aku mahu menjadi seperti dia, tapi sekarang, aku tahu,aku mahu jadi miliknya.

****

LELAKI PHILOPHOBIAWhere stories live. Discover now