IRFAN AMERPEOPLE LIKE US
PLU adalah mereka yang bebas, tidak terikat dengan sebarang peraturan.
Aku tetap manusia,dan Manusia buat kesilapan.
****
MULA
Bagi aku, sekolah menegah seperti neraka. Hanya beberapa orang sahaja yang baik dengan aku selama ini. Selepas menamatkan zaman persekolahan,Kini wujud satu perasaan yang janggal dalam hati,perasaan yang aku sendiri tak tahu untuk ungkapkan.
STUDENT IPT
Selepas SPM,aku menganggur untuk sementara, sehinggalah aku mendapat tawaran belajar ke sebuah IPTA di Kuantan,Pahang. Aku pernah berjanji, Aku tak akan tunjukkan diri aku yang sebenar.Perasaan berdolak dalih diri aku terhadap lelaki.kerana aku tahu semua itu luar dari kebiasaan. Dan itu tak okay. Aku takut jika ada orang yang tahu rahsia aku.... Rahsia yang Aku sendiri tak fahami
***
SEMESTER 1
Hari pertama masuk Belajar,aku tak bersedia, aku jadi kaku.sejujurnya aku pendiam dan tak pernah berjauhan dengan keluarga. Ini lah kali pertama aku bersendirian.
"Hye, Nama aku Syed."
"Irfan,"aku balas sambil bersalaman.
Syed merupakan Roomate aku semester 1,kami duduk Blok G, dia seorang yang ranggi Dan peramah. Cuma Sometimes aku tak tahu nak menghargai dia. Dia sentiasa ada masa untuk berbual dengan aku, Cuma aku yang berlagak dengan dia. Aku sentiasa beranggap dia budak jahat.tapi kenyataan nya. Aku juga bukan seorang yang baik.
Walaupun kami jarang lepak, tapi dia suka kenakan aku, dan aku suka kenakan dia juga. Aku sanggup keluar ikut tingkap untuk kenakan dia, masa tu tengah popular cerita makcik karipap yang suka jual karipap tengah malam. Jadi aku selalu takutkan dia. haha
Sehinggalah satu hari, dia ternampak satu gambar yang aku simpan dalam phone.Dan syed dapat tahu rahsia gelap aku, dia tahu aku suka lelaki.
"Kau gay ?!!" sambil menujukkan ke arah telefon aku.
"Kau simpan gambar gay ni asal"
"Geli sial aku dengan kau"
Aku membisu, tiada suara yang keluar dari mulut aku, Syed kemudian keluar dari bilik dengan keadaan yang bengang. Aku terkejut dengan apa yang berlaku.aku mengaku,aku menyimpan beberapa gambar gay couple tapi sebab Dorang just Cute. tpi sekarang Aku berasa salah dengan apa yang berlaku.kemudian aku terus padam kesemua gambar gambar yang aku simpan.
Sejak hari itu, Syed menjauhi aku. Dia tak bercakap walaupun sepatah pun dekat aku,sehinggalah hari terakhir semester,Dia tinggalkan aku tanpa ucapan selamat tinggal.
Aku tahu akan akibat jika ada orang yang tahu rahsia aku. Tiada siapa yang akan menerima aku. Setiap malam aku menagis, aku bukan gay. Tapi kenapa aku menyukai lelaki? apa masalah aku ni?
***
Sementara itu, aku cuba berubah, aku berkenalan dengan ramai perempuan. Tapi ada sesuatu yang menyebab kan aku tak boleh mencintai mereka.
AKU MANUSIA PELIK!!
***

YOU ARE READING
LELAKI PHILOPHOBIA
RomancePernah terfikir tak??? Macam mana ada sesetengah manusia boleh PHILOPHOBIA?? "PHILOPHOBIA : TAKUT UNTUK JATUH CINTA"