B A B : 3

742 19 0
                                    

IRFAN AMER

Maruah tu penting, Walaupun aku ni lelaki yang sesat.tapi aku sedar.aku bukan Anak ikan ataupun pelacur lelaki.

Aku mahu disayangi

Aku mahu dicintai

Tapi kesilapan aku adalah terlalu mempercayai.

****

MULA

Semester 1 sudah pun tamat,Roomate aku membenci aku kerana aku gay. Aku rasakan sakitnya dipalau oleh dia. Aku takut kalau semua orang tahu yang aku suka lelaki, aku tak mahu dibenci. Aku tahu orang lain sukar untuk menerima aku seadanya. Jadi aku kunci perasaan gay aku ni jauh jauh. Aku cuba menolak diri sendiri.

***

SEMESTER 2

Semester 2 bermula,aku pening mengenang nasib aku. Aku tiada tempat untuk tinggal. Aku tidak dapat asrama yang aku mintak online, tapi aku dah hantar rayuan dekat ketua asrama.Sementara waktu. Aku menumpang bilik kawan sekelas aku, Zul hilmi. Aku menumpang sementara menunggu balasan dari ketua Asrama.

Seminggu kemudian, keputusan rayuan asrama keluar, dan aku layak untuk duduk dalam asrama semester ni. Aku gembira, segala masalah aku hilang. Cuma aku Dapat "BLOK A"

"Wey kau dapat blok mana"Zul kata.

"Aku dapat blok A, aduh. Dah la jauh , atas bukit pulak tu.Scary"

"Okey lah, daripada kau tak dapat."

Tapi aku bersyukur dapat asrama, kalau tak,mesti kena duduk rumah sewa yang aku tahu aku tak mampu. Aku pun terima BLOK A dengan rela hati, bilik yang aku dapat tu kosong dan agak kotor.tapi aku tetap bersyukur.

Selang beberapa hari ,seseorang masuk ke dalam bilik aku. Dia kata dia akan jadi roommate aku. aku gembira. Sekurang kurang nya aku takkan bersendiri. Nama nya Aiman, asal dari Terengganu,dia cukup baik. Cuma dia pendiam sama dengan aku, jadi kami jarang berbual.

Setelah sebulan berlalu, Aku semakin bosan dengan hidup tak berkawan. kawan aku semua tinggal dekat blok blok asrama yang jauh dari blok aku. Aku mula cari Kawan online.pastu aku berkawan dengan seorang laki dari johor. his gay & dia suruh download satu app ni.. untuk gay..

jadi Aku download untuk main main je. sebab aku tak percaya dengan app ni. Tapi tengok App ni macam betul betul dan ada seseorang yang dekat dengan lokasi aku.IPT yg sama. Kini aku tahu,aku tak keseorangan.

Aku pun mula chating dengan dia, aku cuma kata nama aku Amer,duduk BLOK A,paras 2. Dan pada masa itu aku masih malu lagi nak bagitahu identiti sebenar aku.

Dan Tiba tiba..

"Nama kau Irfan Ameer kan?"

"Kau ambil kos Elektrik,Kau Lahir tahun 1997"

"Bilik no.203 kan"

Aku terkedu, aku takut, aku gentar. Segala Apa yang dia katakan adalah benar. Aku takut rahsia aku terbongkar. Aku tak tahu bagaimana dia tahu segala-galanya tentang aku.

"Aku Student jugak. Tapi aku tolong uruskan asrama. Jadi aku boleh tengok fail kau" tambahnya lagi

"Jangan risau lah, aku takkan bagi tahu orang lain"

Sejak hari itu, aku sentiasa bermasej dengan dia, Namanya Hasnol, Semester 4,President kelab Memanah.

AKU TAK KESEORANGAN

***

LELAKI PHILOPHOBIAWhere stories live. Discover now