Part 19

71 2 3
                                    

Cikgu Ezra mula membongkar seluruh begnya, dua keping roti yang di sapu kaya itu di berikan kepada Zul serta merta bagi menutup mulutnya. Tuala kecil yang di gunakan untuk mengelap peluh di ikatnya di kepala untuk melindungi daripada suhu dingin malam itu, dan terus saja memakai baju hujan. Tidak ada benda lain lagi di dalam beg yang di bawanya dari awal pagi tadi, hanya benda-benda yang dia fikirkan perlu saja sepajang pendakian hari itu. Persalinan pakaian dan barang-barang lain telah pun di bawa naik oleh orang-orang yang berkerja mengangkat barang di gunung Kinabalu.

Kemudian dia membuka beg Zul pula, hanya beberapa biji bateri berserta filem, baju hujan, stokin, selipar dan juga batu. Hampa kerana tidak menemui apa-apa yang boleh mereka gunakan dalam penantian itu. Dia menghulurkan baju hujan tersebut dan menyuruh Zul segera memakainya. Sudah seharian dia tidak mengisi perutnya, bunyi keroncong itu begitu sukar untuk tidak di endahkan.

"Cikgu, saya lapar lagi. Roti ni mana cukup."
"Zul, sabarlah mungkin mereka sedang mencari kita sekarang ni. Kamu bertahanlah dulu ya." Pujuk cikgu Ezra.
"Batu apa ni Zul? Buat apa kamu dengan batu ni?
"Batu? Ahhh.. Batu tu. Lia letak tepi tangga di hostel bawah tu, unik saya nampak batu tu dengan warnanya dan bentuknya. Tu yang saya ambil masuk dalam beg tu. Saya ingat nak bawa pulang untuk sovenir."
"Dari mana Lia dapat batu tu?"
"Entah, saya tak tanya pun, mungkin dekat situ-situ juga. "
"Yang kamu ambil kamu tak tanya dia dulu kenapa? Kan dah cakap tak boleh ambil apa-apa dari sini." Marah cikgu Ezra.
"Cikgu nak kamu letak kembali esok di mana kamu ambil batu ni. Kamu faham tak?" Keras suaranya memberi amaran pada Zul.
"Tapi kenapa cikgu? Batu je pun. Banyak lagi batu kat sini."
"Zul, kamu dengar cakap cikgu. Jangan nak banyak tanya. Ni lah kalau budak-budak macam kamu hidup dalam kotaraya yang tak ada pantang larang. Apa pun kamu tak tahu."

Beberapa minit kemudian hujan mulai turun dengan lebatnya, walau di mana pun mereka pergi tiada tempat untuk berlindung dari hujan yang turun itu. Sudah hampir tengah malam dan belum ada tanda-tanda lagi ada orang yang datang untuk memberikan pertolongan dan bantuan kepada mereka.

Cikgu Ezra semakin risau, dengan hujan yang masih lagi belum mahu berhenti dan suhu juga semakin lama semakin rendah. Zul juga sudah pun mula mengigil, mereka hanya mengenakan baju t-shirt dan jaket kain, yang tidak melindungi mereka dari cuaca sejuk yang melampau ini. Apatah lagi bagi mereka yang membesar di tengah-tengah bandar yang begitu panas, mestilah mereka tidak biasa dengan cuaca sejuk seperti itu.

Jam sudah pun hampir tengah malam, sedang mereka duduk di sebalik batu besar kelihatan beg Zul bergerak dengan sendirinya perlahan-lahan ke arah belakang. Kedua mereka yang melihat perkara itu kaku seketika nak lari tapi mau kemana semuanya hutan dan gelap gelita, tiada apa yang dapat mereka buat cumalah memandang dan terus memandang sehinggakan beg itu seperti di angkat ke udara kemudian di lepaskan begitu saja. Zul segera menerpa ke arah cikgu Ezra sambil menutup matanya.

"Cikguuuu." Hanya itu yang keluar dari mulutnya.
Cikgu Ezra juga pura-pura tidak memandang ke arah beg itu lagi dan mula membaca doa-doa yang terlintas di fikirannya pada waktu itu. Itulah pertama kali dia melihat perkara luar biasa seperti itu, dengan umurnya yang lebih tua dari Zul juga dia sendiri berasa takut dan cemas. Belum pun habis doa di bacanya tiba-tiba ada seorang lelaki tua yang hanya berseluar tanpa baju duduk di hadapan mereka.
"Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu" Zul seolah-olah meraung dalam bisikannya, tanpa segan-segan dia memeluk cikgu Ezra, peganggan tanggannya kuat di badan cikgu Ezra.
"Cikgu siapa tu???" Tanya Zul lagi dengan mata yang tertutup kerana tidak mahu melihat jelmaan lelaki tua itu. Mukanya berkedut-kedut, ada kain hitam yang di ikat pada kepalanya seperti seorang pahlawan, matanya tajam tanpa berkelip memandang mereka, tanpa kasut dan hanya berkaki ayam. Pandangannya menakutkan seolah-olah dia sedang marah dengan kehadiran mereka.

"Aki, tolonglah jangan buat apa-apa sama kami, kami tiada niat mau ceroboh tempat kamurang ini. Kami cuma tersesat saja." Seribu getaran kedengaran suara cikgu Ezra yang memaksa dirinya untuk bercakap tanpa memandang jelmaan itu, dan semakin kuat pula pelukan Zul pada cikgu Ezra. Sesekali cikgu Ezra cuba juga memberanikan diri untuk melihat jelmaan lelaki itu. Tetapi mukanya tidak berubah langsung, tidak berganjak walau seinci pun.

Di sudut lain pula ada seorang wanita yang hanya bersarung batik usang dan berbaju putih mencari-cari sesuatu di bahagian kayu-kayu yang sudah pun berpatahan. Wanita itu tidak memperlihatkan wajahnya, malah dia tidak langsung melihat pada Zul mahupan cikgu Ezra. Menyedarkan perkara itu, cikgu Ezra memaki dirinya dalam diam kalau bukan dia cuba menyuluh keadaan sekeliling untuk mencari jalan keluar sudah tentu dia tidak akan tersuluh wanita itu.

Seluruh badannya lemas, pucat memucat, dia sedaya upaya menahan dirinya untuk tidak menjerit seperti orang hilang akal kerana betul-betul merasa kuasa jahat di situ, entah berapa ramai lagi yang ada bersama mereka ketika itu, dia betul-betul tidak ingin mengetahuinya. Dia jadi tidak keruan, tetapi dengan pelukan Zul anak murid yang ingin di lindunginya itu dia berusaha juga mengawal dirinya, kerana apa yang lebih penting ialah keselamatan pelajarnya itu yang terletak pada bahu cikgu Ezra sepenuhnya. Belum sempat dia mengatur nafasnya yang semakin sesak tiba-tiba beg di belakangnya seperti di tarik dari atas. Hampir tertarik sama badannya untuk berdiri, dengan terkejut dia berteriak tanpa di sedari kerana tidak mampu sudah untuk menyembunyikan rasa takutnya itu, dan Zul serta merta menangis di dalam ketakutan.

Dia memeluk Zul dengan erat sambil menutup kedua-dua matanya dan membaca doa dengan suara yang kuat, dengan tujuan semua kuasa yang menggangu mereka di situ akan takut dan meninggalkan mereka. Zul juga turut berdoa bersama tangisnya. Selang beberapa minit hujan yang turun mulai reda. Walaupun sudah bermacam-macam yang di fikirkannya untuk melepaskan diri dan lari dari kawasan itu, tetapi kerana kakinya sudah terasa kejang dan berat untuk bergerak dia membatalkan saja semua niatnya itu.

Dia cuba mengumpul sisa-sisa keberaniannya untuk membuka mata perlahan-lahan, dan duluan melihat di mana jelmaan lelaki tua itu duduk tadi sudah tidak ada lagi. Dia menghembuskan nafas melepaskan ketakutan yang bersarang di dadanya. Kemudian menghidupkan lampu picit yang berada dalam genggamannya. Dia menyuluh di sekeliling secara perlahan-lahan, di dalam hatinya dia berbisik 'janganlah ada yang muncul lagi di depan cahaya lampu suluhnya itu.'

Di amatinya keadaan sekeliling berulang-ulang kali seperti dia tidak mempercayainya, mereka bukan lagi berada di tempat yang sama di mana tempat mereka berhenti rehat untuk menunggu saja bantuan keselamatan yang mencari mereka tiba. Tetapi mereka sudah berada di tempat yang lain, tempat itu betul-betul seperti hutan berlukar, dengan pokok dan dahan-dahan kayu serta daun-daun yang menjalar, sudah terdapat banyak pokok-pokok yang lebat daunnya di sekitar itu, batu-batu besar sudah tidak ada lagi.

Cikgu Ezra memanjangkan lehernya untuk meneliti sekali lagi keadaan di situ, memang dia tidak silap tempat itu sudah berubah. Entah bagaimana mereka boleh berada di situ dia sendiri pun tidak tahu. Begitu banyak persoalan di dalam hatinya, namun hanya tinggal sedikit saja keberanian yang tinggal padanya. Oleh itu lebih baik saja dia tidak berkata apa-apa yang mungkin akan mengundang sesuatu yang buruk berlaku lagi.

"Aki, inan.. saya minta ampun betul-betul kalau kami mengacau tempat kamu. Siou betul-betul. Budak-budak lagi ni semua janganlah apa-apakan diurang ini yang tidak tahu apa-apa. Saya minta tulung betul sama kamu, kasihanlah kami." Demikian cikgu Ezra berkata entah dengan sekelilingnya yang sunyi dan tidak ada kelibat orang pun melainkan dia dan Zul.
Kini barulah dia tahu dan mulai mengerti apa yang di katakan oleh neneknya sebelum ini, selama ini dia menyangka semuanya mungkin hanya cerita orang-orang tua untuk budak-budak yang nakal seperti dia. Bukan dia tidak faham cuma sedikit sebanyak dia juga sudah tidak mempercayai adat-adat kolot orang dulu-dulu, mungkin kerana hidup di kota mengajar dia salasilah akan kehidupan sebenar seorang manusia yang sentiasa percaya pada kerajinan dan usaha.

Dia sedar banyak pantang larang di sini yang sudah di langgar mereka terutamanya dengan bercakap kasar dan tinggi diri, apatah lagi pelajar-pelajar yang di bawanya juga sepanjang masa bising dengan gelak ketawa, berteriak-teriak, mungkin itu semua telah menggangu roh-roh lama tinggal di gunung ini. Patutlah dari kemarin ada saja halangan yang mereka hadapi, ada saja kecelakaan yang menimpa. Semua itu adalah petanda yang di beri tetapi tiada siapa pun yang menyedarinya.

Bila saja anak-anak muridnya menjerit bermain dan bergurauan cepat-cepat di jeling pakcik Ugau, malah Rudi juga ada menegur sekali tetapi tidak di endahkan oleh sesiapa. Kini mereka terperangkap di sini, di tempat yang asing bagi mereka. Siapakah lagi yang dapat menjumpai mereka sekiranya mereka di sembunyikan di situ. Cikgu Ezra menangis sendirian dengan rasa takut dan penyesalan yang menggunung setinggi Kinabalu ini.

Gunung KinabaluWhere stories live. Discover now