Part 21

76 2 0
                                    

Tepat jam 5 setengah petang aku dan Johan sampai juga akhirnya di bawah, kulihat sudah ramai yang berkumpul di sana, selain rombongan ekspedisi kami ada juga orang lain yang turut berada di sana. Kenderaan polis, dan juga beberapa anggota yang entah dari jabatan mana turut menunggu di situ. Hatiku sudah mulai merasa lain melihat suasana itu, cikgu Sidik datang menghampiri kami dia membantu aku berjalan yang sudah pun terinjut-injut kerana kedua-dua kakiku begitu sakit.

"Kamu yang terakhir kami tunggu, syukurlah semua sudah ada di sini." Beritahu cikgu Sidik.
"Cikgu, bagaimana dengan Zul dan cikgu Ezra?" Tanya ku sudah tidak sabar.
"Kamu duduk dulu, sekejap lagi saya akan bagitau." Dia seolah-olah mengelak dengan soalan ku itu.
Di satu sudut aku melihat Jun teresak-esak menangis sambil menutup mulutnya menggunakan sehelai sapu tangan kuning. Aku menarik tangan Johan untuk berdiri dan berjalan terus ke arah Jun.
"Jun, kenapa kau menangis?" Aku memegang bahunya,
"Lia.., semua salah aku kan?" Jawabnya tanpa memandang wajahku.
"Apa kau cakap ni? Salah apa ni? Bagitau aku dulu..kenapa kau menangis?" Aku mengulangi pertanyaanku kerana tidak sedikit pun memahami maksudnya itu.
"Semuanya salah aku, kalau tidak perkara ni tidak akan terjadi." Ratapnya lagi.
"Johan, apa yang terjadi sebenarnya? Apa yang terjadi dengan Zul dan cikgu Ezra?" Kali ini aku memandang tepat pada wajah Johan.
"Bagitau aku cepat?!" Desak ku lagi semakin tidak sabar.
"Lia..," belum sempat dia meneruskan bicaranya semua orang berkerumun ke arah beberapa orang anggota polis yang turun dengan pengusung, dengan bantuan Johan aku berdiri dan berjalan menghampiri mereka seperti yang lain juga.

Ku lihat Zul berbaring di atasnya, apabila namanya di panggil dia membuka matanya perlahan-lahan dan kemudian menutupnya kembali. "Syukurlah kau selamat Zul, kau kemana menghilang?" Aku memegang tangannya, dia kembali membuka matanya dengan sederhana dan memandang ku yang berada di sisinya ketika itu. Tiada jawapan dari mulutnya, mungkin dia terlalu lemah untuk menjawab.

"Zul, cikgu Ezra mana? Kau ada bersama dengan cikgu Ezra tak?" Aku bertanya kerana tidak melihat cikgu Ezra di mana-mana pun, mendengar dengan soalan aku itu Zul menangis kecil dan memalingkan wajahnya ke arah bertentangan.
"Zul, Zul..cikgu Ezra mana? Zul!!!" Suaraku semakin tinggi kerana tidak di endahkannya. Aku betul-betul tidak mengerti dengan reaksinya itu.

Perlahan-lahan aku melihat dia di bawa pergi oleh kereta ambulans yang tidak lama tiba di situ, kemudian aku melihat Johan dengan pandangan yang tajam. Johan seolah-olah tahu aku mengharapakan penjelasan daripadanya, dia sedikit gelisah entah kenapa. Seperti begitu sukar untuk di ceritakan kepadaku. Aku cuba meneka semuanya sejak kami memulakan perjalanan untuk turun ke sini, tetapi tiada satu pun yang masuk akal.

"Johan?"
"Aku tau Lia, mari duduk di sini aku nak bagitau kau sesuatu." Ajak Johan kepadaku.
Baru saja kami ingin melabuhkan punggung di anak tangga simen itu, orang sudah pun mulai berkerumun kembali menyambut beberapa lagi anggota polis turun dengan membawa pengusung.

Aku melangkah meinggalkan Johan di situ dan menyelit di celah-celah orang sekeliling, cikgu Vicky juga salah seorang yang mengangkat pengusung itu. Tapi kenapa pengusung itu di tutupi dengan kain. Ada sekujur tubuh di atasnya yang di litupi kesemuanya dengan kain tebal. Tanpa aku sedari Johan memegang tangan kananku, aku melihat dia untuk meminta pengesahan tentang apa yang aku fikirkan sewaktu itu. Dia yang seakan-akan mengerti hanya mengangguk-anggukan kepalanya.

Perlahan aku membuka kain itu dan melihat wajah cikgu Ezra yang pucat sudah tidak bernyawa lagi terkulai layu. Matanya tertutup rapat, wajahnya kelihatan tenang, perlahan-lahan aku menyentuh kulit wajahnya, sungguh sejuk seperti ais batu. Badannya juga sudah pun keras, tidak seperti jasad yang baru saja menghembuskan nafas terakhir.
Air mataku menitis laju di pipi, semuanya bagaikan mimpi saja melihat cikgu Ezra sudah pun meninggal dunia.

"Cikgu.. apa yang telah terjadi? Kenapa boleh jadi macam ni cikgu?" Ratapku dengan tangisan yang teresak-esak. Cikgu Kamariah juga turut menangis melihat kain itu di buka oleh ku. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Manakala cikgu Sidik memegang kedua-dua pipi cikgu Ezra dengan lembut, dia juga tidak kurangnya seperti kami semua sedih akan nasib cikgu Ezra di hadapan mata kami.

"Kita kena bawa dia keluar dengan cepat dari sini sebelum keadaan gelap. Saya akan berada di hospital bersama dengan Zul nanti, sementara menunggu ibu dan bapa dia sampai ke sini malam ini. Kamu semua lebih baik bersiap dan bertolak cepat untuk penerbangan terakhir malam ini." Kata cikgu Vicky sambil memegang bahu cikgu Sidik yang berada di sebelah cikgu Ezra, lalu menutup semula wajah cikgu Ezra dengan kain itu.

Begitu banyak persoalan yang bermain di dalam kepala ku tetapi entah kepada siapakah harus ku tanya jawapannya, semua kawan-kawanku di situ masih lagi berlinangan air mata termasuklah guru-guru pembimbing kami.

"Ada sesiapa tak yang ada bawa pengecas telefon nokia sekarang ini?" Tanya cikgu Vicky lagi. Kerana beberapa orang dari kami ada membawa telefon bimbit yang di berikan oleh ibu bapa sebagai perhubungan apabila tiba di sini nanti. Tapi tiada sesiapa pun yang menjawab, cikgu Vicky mengambil beg galas cikgu Ezra dan menyelongkar barang-barang di dalamnya. Entahlah apa yang di carinya, mungkin dia mahu menghidupkan telefon bimbit cikgu Ezra itu, tiba-tiba jatuh sebiji batu..
"Cikgu?" Kataku, melihat batu itu kemudian mengambilnya ke tapak tanganku dan menelitinya. Memang tidak syak lagi itulah batu yang kutinggalkan di tempat penginapan kami yang tidak jauh dari sini, hostel kami yang pertama sebelum kami memulakan perjalanan naik dari Timpohon gate.
"Cikgu? Bagaimana batu ini boleh ada dalam beg cikgu Ezra?" Soalku, dengan perasaan tertanya-tanya. Tidak mungkin cikgu Ezra mengambilnya selepas aku tinggalakan di situ. Batu itu adalah batu misteri yang jatuh tepat berhampiran dengan kepalaku di tempat tidur Jun. Malam pertama yang penuh misteri dan bermulanya gangguan perjalananku. Tapi kenapa batu ini berada dalam beg cikgu Ezra, sedangkan pada hari aku tinggalkan batu ini cikgu Ezra sudah pun bertolak untuk berjumpa dengan dua orang malim gunung kami pada hari itu.
"Kenapa Lia? Milik kamu ke tu?" Tanya cikgu Vicky kepadaku, tetapi dengan raut wajahnya yang seakan-akan tidak begitu peduli dengan pertanyaanku. Sememangnya batu itu hanyalah batu biasa, tiada yang istimewanya langsung, berbanding dengan urusan mayat yang harus di uruskan oleh cikgu Vicky dengan segera.

Aku mengenggam batu itu, 'mungkinkah nasib cikgu Ezra jadi begini disebabkan benda ni? Takan cikgu Ezra pun ada benda ni? Ni benda yang sama yang aku dapat pada tempoh hari, apasal dalam beg dia? Mungkinkah dia kutip dari tempat aku tinggalkannya? Mustahil! Cikgu Ezra tidak akan ambil sembarang yang bukan kepunyaannya.' Begitulah soalan-soalan yang bermain di dalam hatiku. Aku beredar dari situ dan melihat ke arah sekeliling, dan mencari tempat-tempat yang sesuai untuk meninggalkan batu yang ku rasakan berat dan memberi gangguan pada perjalanan kami.

Di satu rumpun bunga aku terus saja melemparkan batu itu di situ, dan berharap tidak akan di jumpai sesiapa lagi. Seperti yang di katakan cikgu Ezra dan cikgu Sidik sebelum ini, tidak di benarkan sesiapa untuk mengambil benda-benda yang ada di gunung kinabalu ini tanpa meminta izin dengan orang yang bertugas di situ, termasuklah benda-benda yang menjadi sebahagian daripada alam semesta. Serta tidak di benarkan sama sekali meninggalkan apa-apa di situ terutamanya sampah sarap. Inilah perkara penting dan paling utama di bincangkan pada perjumpaan terakhir untuk ekspedisi gunung Kinabalu ini.

Kami bergegas menaiki bas yang datang untuk menjemput kami dan membawa kami terus saja ke lapangan terbang KKIA untuk menaiki pesawat yang terakhir pada malam ini ke KLIA. Walaupun ada lagi dua malam lagi kami sepatutnya di sini, tetapi dengan apa yang telah terjadi ekspedisi ini telah pun di pendekan.

Gunung KinabaluWhere stories live. Discover now