Apabila Jun mengejutkan aku di katil itu jam sudah pun menunjukan pukul 6 setengah pagi, embun pagi di bawah kaki gunung Kinabalu begitu dingin kurasakan. Dengan malas aku bangun dan duduk sambil memerhati di sekeliling, sebaik saja aku meneliti seluruh bilik itu aku terus terpandang sebiji batu yang berada betul-betul di sebelah bantal yang ku kongsikan bersama Jun malam tadi. Aku mengambil batu itu, ku tenung lama-lama batu yang yang hanya sebesar sebiji guli, berwarna putih dan mempunyai kesan merekah.
"Jun, batu apa ni?" Tanyaku tanpa membuang masa.
"Batu apa?" Tanyanya lagi dan mengambil batu itu dari tanganku.
"Kau punyakah? Buat apa kau bawa batu tidur ni?"
"Bila masa aku bawa batu tidur ni. Kau ni! Dari mana kau dapat ni?" Jun menafikan dengan raut wajah yang serius.
"Sini dekat bantal ni. Inikan katil kau, jadi tu yang aku tanya kau kenapa ada batu di katil kau ni. Manalah tau kau nak buat sesuatu dengan batu ni. Kang aku buang kau cari pula.."
"Eh, tak adalah. Aku tak tahu pun ada batu di situ. Lagipun dekat sebelah kepala kau kan.. masa aku tidur aku tak nampak pun ada batu di situ. Kau pastikah bukan kau yang bawa?" Pertanyaan Jun kali ini mengingatkan aku akan hal semalam, apabila aku merasa ada sesuatu jatuh berdekatan dengan kepalaku. Rupa-rupanya...
"Batu?! Di luar tu kau ada nampak batu-batu tak?" Lantas aku beridri dan melihat ke arah luar, tapi semua jalan kemas berturap. Tidak mungkin batu ini dari kawasan-kawasan sekitar hostel sini, selain simen semua jalan tidak ada yang berlubang atau tanda-tanda adanya batu seperti ini. Aku menelan air liur, tenyata apa yang aku alami semalam bukanlah sesuatu khayalan atau mimpi tetapi ianya benar-benar terjadi.Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan adakah aku patut menceritakan hal ini dengan Jun dan yang lain, atau lebih baik saja menutup mulut, lagi pula hari ini kami akan mula pendakian. Aku menarik nafas panjang untuk menggumpul kekuatan dan kemudian menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bersiap bagi hari pertama pendakian bermula.
"Tidur lena semalam?" Soal Johan padaku apabila kami bertemu di luar hostel itu untuk menuju ke pejabat pendaftaran, di mana kami akan di beri taklimat ringkas dan berjumpa dengan pembawa pelancong atau lebih di kenali sebagai malim gunung oleh rakyat tempatan.
"Boleh lah," jawabku berbohong.Kelihatan Zul dan Kim Seong asyik menangkap gambar pada bunga-bunga liar yang ada di sana, sambil-sambil kami menunggu yang lain untuk berkumpul bersama-sama. Mungkin di sebabkan hari itu adalah cuti sekolah terdapat ramai orang yang sudah pun bersiap sedia seperti kami tidak sabar untuk memulakan pendakian, tidak kurang juga yang hanya berjalan-jalan makan angin di situ. Kawasannya sangat cantik, udara yang nyaman, matahari yang belum keluar lagi tetapi warna langit yang sudah pun menjanjikan hari yang cerah buat semua pendaki gunung Kinabalu pada hari itu.
Kami berbaris mengikut kumpulan masing-masing dengan 25 orang pelajar semuanya dan di ketuai oleh seorang guru setiap kumpulan kecil, hanya kumpulan kami yang kurang seorang akibat kecederaan yang di alami oleh Neta dan dia terpaksa menarik diri di saat-saat terakhir,. Oleh itu sempat Kim Seong meminta izin cikgu Ezra untuk menyertai kumpulan kami yang hanya 4 orang memandangkan dia tidak mahu terpisah dengan sahabat karibnya Zul. Mahu tidak mahu cikgu Ezra memberi keizinan juga.
Terdapat dua malim gunung untuk kumpulan kami ini seorang agak muda dan seorang lagi sudah pun lanjut usia. Merekalah yang akan bertanggungjawab mengiringi kami naik dan turun dari gunung. Aku melihat mereka satu persatu dari atas sampailah ke bawah, mereka begitu 'simple berpakaian, seorang hanya berseluar pendek dan berjaket kalis air yang nipis, dengan hanya berkasut sneaker berwarna hitam. Dia melilit kepalanya dengan skaf berwarna biru, beg galasnya agak ringan bila kulihat dengan teliti, agaknya cuma satu dua barang saja di dalamnya, jika di bandingkan dengan beg yang ku galas ini. Dan dia perkenalkan namanya sesingkat yang mungkin iaitu Rudi.
Seorang lagi kami senang memangilnya pakcik Ugau hanya berseluar panjang biasa dan t-shirt lengan pendek berwarna kuning, dia mengenakan selipar, haaa... betul hanya dengan selipar. Bertopi dan beg galasnya juga agak kecil untuk di muatkan peralatan seperti tali, parang atau pisau, mungkin botol air juga hanyalah 500ml saja. Adakah yang di bawa mereka itu mencukupi untuk bekalan sepanjang hari dalam mengerahkan tenaga pada hari pertama pendakian ini.
Selepas menyarungkan tanda nama di leher, dan memahami taklimat ringkas yang di berikan kami terus saja ke Timpohon gate, titik pertama permulaan pendakian ini. Kami sempat mengambil gambar beramai-ramai di garis permulaan itu untuk di abadikan sebagai kenangan. Jam menunjukan tepat pukul 9 pagi kami mula merialisasikan impian dan harapan yang kami tunggu-tunggu selama ini.Dalam satu barisan panjang kami berjalan rapat dengan kumpulan masing-masing bermula dengan menaiki anak-anak tangga di hadapan, kedengaran suara-suara sebahagian dari kami riuh kerana terlalu gembira untuk memulakan pendakian itu. Ada yang bergurau senda tidak habis-habis smbil mengejar nafas turun naik yang kian semput akibat tangga-tangga yang telalu banyak, besar dan semakin tinggi.
"Nak aku tolong bawakan beg kau?" Johan yang berjalan di sebelahku bertanya,
"tak payahlah, aku masih mampu bawa barang aku sendiri."
"Kalau kau tak larat kau bagitau aku je." Aku hanya mengangguk mendengar tawarannya itu dan ketika itulah Kartina menjerit mengadu kesakitan. Perjalanan itu terhenti melihat dia yang sudah pun duduk di tanah memegang kakinya. Aku yang kiranya berada di bahagian paling belakang terus mara ke hadapan untuk melihat apa yang berlaku.
"Kamu boleh berdiri tak?" Soal cikgu Vicky yang sudah pun berada di sebelahnya turut memeriksa kaki Kartina.Menurut Kartina, dia cuba melangkah dua tangga sekaligus, tetapi tergelincir pada kayu yang di jadikan alas tangga di jalan itu. Apabila pakcik Ugau datang memeriksa kaki Kartina dia memberitahu yang kakinya cuma terseliuh sedikit dan tiada apa yang perlu di risaukan melainkan dia terpaksa membatalkan niatnya untuk mendaki pada hari itu. Malang tidak berbau baru pun setengah jam kami memulakan pendakian ini dia pula terpaksa menarik diri. Mahu tidak mahu cikgu Vicky juga terpaksa menemani dia di bawah dengan keadaan dirinya yang agak sukar untuk berjalan. Selepas melihat mereka berdua turun satu demi satu anak tangga yang sudah pastinya mengecewakan Kartina, kami kembali meneruskan perjalanan di hadapan, sesekali kami di potong oleh beberapa rakyat tempatan lelaki dan perempuan yang mengangkat barang dan beg-beg besar yang ku agak beg kepunyaan para pendaki, yang tidak sanggup membawa naik barang mereka dan membayar orang-orang ini melakukan untuk mereka.
Bukan satu dua beg saja yang di angkat tetapi penuh di belakang, sehingga atas kepala. Lain lagi yang memikul tong gas dengan selambanya naik tanpa melihat ke arah kami. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala tanda terkejut melihat kekuatan yang ada pada mereka, apatah lagi ada wanita yang seusia ibuku dengan hanya berkain sarung turut mengangkat barang-barang naik ke atas. Manakala Zul sempat mengambil gambar mereka sambil ketawa kecil merasainya lucu, itulah pertama kali kami menyaksikan perkara sedemikian.
"Wow.. cayalah. Kuat betul orang sini. Kalah-kalah gajah, ni yang orang panggil sealdang kinabalu tu kan?" Jerit Zul memberitahu yang lain,
"Tinggal lagi mereka ni tak ada tanduk kat kepala." Mendengarkan sindiran Zul itu semua pun ikut ketawa, sambil dia meletakan kedua-dua jari telunjuknya di atas kepala dan bermain dengan kaki kanannya seperti sekor kerbau.
"Cikgu, cikgu sekejap saya nak ambil gambar bunga biru tu. Cantiklah, tempat kita tak ada bunga ni tau.." kata Johan yang menunjukan ke arah bunga yang kembang mekar di balik pokok di situ. Sebaik saja cikgu Ezra mengangguk ke empat-empat kami yang lain turut berhenti menunggu Johan selesai. Sekali dua bolehlah, tapi kalau setiap jalan 10-15 minit dia nak berhenti, aku semakin geram dan marah dengannya.Pakcik Ugau juga sudah di arahkan cikgu Ezra untk jalan terlebih dahulu bersama-sama dengan beberapa kumpulan di depan kami. Manakala Rudi berjalan di hadapan sekali mengetuai dan memastikan kumpulan-kumpulan lain mengambil jalan yang betul. Setelah 3 jam kami berjalan dan menghampiri pondok yang kedua, Kim Seong yang kelihatan pucat dan berpeluh dengan banyak menarik perhatian kami.
"Kim Seong kamu ok ke?" Soal cikgu Ezra yang mengambil beg galasnya mencari air minuman.
"Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus." Sambung cikgu Ezra lagi.
"Cikgu.. saya pening lah. Saya betul-betul pening macam nak muntah ni." Terang Kim Seong.
"Agaknya kamu masuk angin tak, takanlah kamu dah penat baru beberapa jam ni, minum air ni dulu." Belum sempat dia mengambil botol air dari tangan cikgu Ezra, dia sudah pun muntah tanpa segan silu di hadapan kami. Cepat-cepat aku memusingkan kepala ku ke arah yang lain kerana tidak mahu menyaksikan perkara yang menjijikan itu. Namun kedengaran berkali-kali dia muntah seperti baru saja selesai makan kenyang di majlis kenduri kahwin. Manakala Zul ketawa kecil seolah-olah mengejek dengan Kim Seong yang begitu terlalu lemah sebagai seorang lelaki.
YOU ARE READING
Gunung Kinabalu
AventuraCerita mengenai sekumpulan pelajar sekolah Menengah yang membuat ekspidisi ke gunung kinabalu dan menemui beberapa dugaan untuk sampai ke puncaknya, sehinggalah satu malapetaka menimpa mereka dan menjadi sejarah dalam setiap diri pelajar tersebut. C...