PART 1

54 2 0
                                    

Gedebuk!!!!

"Adoi!!! Sakitlah!!!" Nia mengusap punggungnya perlahan. "Kau ni buta ke?!!!!" ujar Danny kasar. Nia mencapai spek mata tebalnya. Dia menyusun buku bukunya semula dan berdiri. Tanpa mengendahkan Danny, dia meneruskan perjalanannya. Dannya terus menyentuh bahu Nia menyebabkan Nia berpaling dan

Pang!!!!!..

Suatu tamparan tepat mengenai pipi Danny. "Kau!!!!" tengking Danny. Nia memandang Danny berani. "Ape kau kau? Kau yang langgar aku, lepas tu tak minta maaf, tetiba nak sentuh aku. Kau fikir kau siapa?!!!" marah Nia. "Berani kau marah aku!!!! Dasar nerd!!!!" marah Danny dan melayangkan sebuah penampar namun sempat dihalang rakannya.

"Wei, dah ar, tak payahlah nak pukul pukul ni. Jaga sikit imej kau. Kau kan budak hot universiti ni." bisik Aben, rakannya. Danny mengeluh. "Ingat ea nerd, urusan kita belum selesai lagi." ugut Danny. "Whatever." balas Nia dan berlalu pergi.

Danny menggenggam penumbuknya. "Eeee, ikutkan aku, aku nak je tumbuk nerd tu." Danny mendongkol geram. "Eleh, macamlah boleh. Dia bukan sebarang nerd tau." ujar Aben sinis. "Maksud kau?" soal Danny pelik. "Dia nerd yang lain dari biasa. Nerd yang tak mudah tunduk pada orang, tapi tak silap aku, dia pun selalu gak tolong orang. Di sebalik spek mata tebal dia tu, dia ada satu senyuman yang cantik sangat. Kira nerd yang ni, hot jugalah." ujar Aben.

"Argh! Peduli ape aku kalau dia ada senyuman ke, ada hati baik ke, yang penting, sekali dia dah cari pasal dengan aku, dia akan masuk dalam permainan aku. Siaplah dia." Danny menyimpan dendam terhadap Nia. Aben menarik Danny agak jauh dari orang ramai.

"Wei, pahal kau tarik aku!" Danny bersuara marah. "Syy, diamlah. Aku nak cakap ni." ujar Aben. "Haa, apa dia?" balas Danny teruja. "Kau kata kau nak balas dendam kat nerd tu kan?" soal Aben. Pantas Danny mengangguk. "Kalau macam tu, kau couple dengan dia." ujar Aben. "Couple? Dengan nerd tu? Owh please ar. Kau gila ke ape?! Jatuh standard aku, bro." balas Danny. "Alah, bukan couple biasa biasa. Kau couple dengan dia, lepas tu kau buatlah dia betul betul cintakan kau. Tak lama lepas tu, kau break lah dengan dia. Buat dia patah hati, macam biasa kau buat tu." ujar Aben serius.

Danny menggelengkan kepalanya. Dia tetap tidak mahu. "Taknaklah Ben. Jatuh standard aku, tau tak. Argh! Cadangan kau tu ditolak serta merta." ujar Danny. "Alaa, c'mon lah Danny. Takkan kau takut kowt." cabar Aben. "Huh! Tak naklah Ben! Takde selera tau tak! Dahlah tak cantik, pakai spek tebal." kutuk Danny. "Ok, macam ni, kau couple je dengan dia dulu. Cukup sebulan, aku bagi kau RM500. Amacam?" ujar Aben. "Tapi-" "Ala, takkan kau takut fall in love dengan dia pulak?" cabar Aben. "Fine! Aku sahut cabaran kau. Tapi ingat ea, cukup sebulan, kau bagi aku RM500." Ujar Danny. "Ok deal." balas Aben. Mereka berjabat tangan.

'Welcome to my game, nerd!' desis hati Danny.

My Nerd, My HeartWhere stories live. Discover now