Part 2

56 2 0
                                    

Danny memandang wajahnya di cermin. 'Hari ni, aku akan tackle kau nerd. Aku akan pastikan kau jatuh dalam permainan aku. Kau silap cabar orang, nerd.' getus hati Danny. Dia mencapai motosikal berkuasa tingginya dan menuju ke universiti.

Danny memakirkan motornya di tempat parkir moto. Dia terserempak dengan Nia yang sedang berjalan kaki lantas dihampirinya. "Hi Nia." ujar Danny ceria. Dania membetulkan spek matanya. "Err, hi." balas Nia. Dia berjalan agak laju sedikit. Danny mengejar langkah Nia. "Hei, kenapa laju sangat ni? Tunggulah kejap." ujar Danny.

Nia berhenti berjalan dan memandang Danny. "Awak nak ape, Danny? Nak balas dendam kat saya? Nak buli saya? Dahlah, jangan ganggu saya. Saya busy ni." ujar Nia dingin. Dia mengatur langkahnya meninggalkan Danny. 'Haish, nerd ni. Macam tau tau je aku nak balas dendam kat dia. Tapi walau ape pun, aku kena juga buat bet tu.' desis hati Danny. Dia mengekori langkah Nia ke library. Kelihatannya, Nia sedang membuat beberapa rujukan menggunakan buku buku yang berada di situ. Danny mengambil tempat di sebelah Nia. "Hi Nia." sapa Danny. Membuntang mata Nia melihat Danny di sebelahnya.

Dia bingkas bangun dari duduknya dan keluar dari library tersebut. Danny tetap mengekorinya. Nia menghela nafas panjang dan berhenti melangkah. Dia memandang Danny. Cermin matanya diperbetulkan. "Apa yang awak nak, Danny?! Saya tak sukalah awak ikut saya macam ni. Saya tak selesa tau tak." Nia bersuara sedikit marah. Dannya hanya tersenyum. Dia merapati Nia. "Saya nak kenal awak dengan lebih rapat." ujar Danny. Nia tergelak. "Kenapa?" soal Danny. "Agaklah nak menipu pun. Awak tu hot stuff kat sekolah ni. Dah kenapa nak kawan dengan nerd macam saya ni pulak. Otak awak dah tak center ea? Hahahaha. Dahlah, saya malas nak layan awak." ujar Nia dan berlalu pergi.

Danny mengetapkan bibirnya dan menggenggam erat penumbuknya. 'Tak guna kau, nerd! Berani kau gelakkan aku! Kalau tak sebab bet tu, jangan harap aku nak jatuhkan standard aku bertegur dengan kau.' getus hati Danny geram. Dia hanya melihat Nia yang semakin hilang dari bayangannya. Seketika kemudian, dia tersenyum sinis. 'Kau akan jatuh juga dalam genggaman aku, Nia. Ni Danny lah.' tekad Danny.

My Nerd, My HeartWhere stories live. Discover now