Part 4

51 2 0
                                    

Danny mencempung tubuh Nia dan membawanya ke rumahnya sendiri. 'Haih, patutlah aku tergerak hati nak lalu jalan tu tadi. Kau ni nerd. Adomak ai.' getus hati Danny. Dia membuka cermin mata Nia. Dituam lembut wajah itu. 'Kan bagus kalau kau tak pakai cermin mata tebal ni. Kau cantik ape. Kenapa kau nak sorok kecantikan kau?' getus hatinya lagi.

Jantungnya mula berdetak laju. Perasaan ini tidak sama seperti dia bersama dengan perempuan lain. Danny mengusap rambut Nia. 'What have you done to me, Nia?' getus hati Danny. Nia mula membuka matanya perlahan lahan.

"Urgh!"

Danny menjauhi Nia. Dia tidak mahu Nia salah sangka dengannya. "Sa-saya kat mana ni?" ujar Nia lemah. "Nia ada kat rumah Danny. Sorry, Danny tak tau rumah Nia kat mana." ujar Danny. Seketika kemudian, Nia teringat kejadian sebentar tadi. "T-terima kasih s-sebab selamatkan sa-saya." ujar Nia. Danny hanya tersenyum. "Rehatlah dulu. Nanti Danny bawakkan makanan." ujar Danny dan berlalu keluar dari bilik tersebut.

Nia akur. Seketika kemudian, Danny masuk semula ke bilik Nia dengan membawa pakaian. "Ni pakaian adik Danny. Nia pakailah. Bilik mandi kat hujung tu." ujar Danny dengan lembut. Nia mengangguk. Setelah Danny keluar, Nia terus membersihkan dirinya. Kaca matanya dibuka dan rambutnya dibiarkan terurai. Nia mengenakan pakaian yang diberikan Danny sebentar tadi.

Tok!  Tok!

"Nia? Dah siap? " soal Danny dari luar. "D-dah. Sekejap lagi saya keluar." ujar Nia. Dia mengurut dadanya kerana terkejut. Nia keluar dari bilik Danny. Kelihatan Danny sedang menunggunya di ruang tamu. Tak berkelip mata Danny memandang Nia. 'Shit, she's so beautiful.' getus hati Danny. Nia malu dilihat sedemikian.

"D-Danny?" panggil Nia perlahan. Danny tersedar dari lamunannya. "Nia okay?" soal Danny.  Pantas Nia mengangguk. "Thanks selamatkan saya tadi." ucap Nia. Danny tersenyum. Dia mula mengambil tempat di sebelah Nia. Nia terkejut dan mula beralih sedikit dari kedudukannya. Danny memandang Nia. "I love you,  Nia." ucap Danny romantis.  Nia menggelengkan kepalanya. "A-awak tipu." Nia takut akan kata kata Danny. "No,  I'm not. Danny betul betul cintakan Nia. Ikhlas dari hati Danny. Sejak Nia tanpar Danny hari tu,  yes Danny admit Danny marah sangat. But after all, I realize yang Nia lain dari yang lain. Please accept me. I truly love you,  Nia." pinta Danny. "S-saya nak balik. " ujar Nia kelu. Dia terus meninggalkan Danny.

"I will wait for your love,  Nia!!" jerit Danny.

My Nerd, My HeartWhere stories live. Discover now