Bukan Bulan Yang Merintih

21 2 0
                                    


Dalam samar-samar hati yang kesedihan

Mencari bait-bait kata merawat melankolik rasa

Aku bukan yang terdambakan

Maka mengapa mereka sebut-sebut aku;sehingga jalangnya aku  dipersalahkan

Aku tidak seru untuk melangkah

Aku bukan bintang yang terpagar di balik awan

Jadi mengapa salahnya dibaling ke aku?

Aku masih terbelakang mencicip nafas duniawi

Di sebalik liku-liku jalan ke hadapan

Aku masih lagi umpama cermin yang retak

Kacanya berselerakan lalu dibuang ke tong

Dan diganti dengan cermin-cerminan lainnya

Lalu apa bezanya aku dengan sang bulan

Berdiri tinggi indah dari jauh

Berdiri dekat tidak tertanggung hodoh

Aku tidak mahu menjadi bunga di langit malam

Aku tidak mahu didambakan hanya oleh sang pungguk

Aku ingin berada sama waktu terbitnya mentari

kerana aku bukan bulan yang merintih,sepi atau lemah.

kerana aku ialah bulan;yang harus di sebelahnya matahari.




Gadis,Wanita dan PerempuanWhere stories live. Discover now