[ new version of be my wife ]
[ also known as emergency bride before ]
"Please marry me. Be my wife." lelaki itu bersuara tenang.
Mata Hayeon membulat. Jelas kelihatan wajahnya yang terkejut dengan apa yang baru saja dia dengar. Mimpi apa dia semala...
Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan apabila cahaya yang memancar terasa mencucuk matanya. Hayeon memandang siling bilik yang berwarna biru laut itu lama. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit dan berbalut itu.
"Dekat mana ni?" monolog Hayeon di dalam hati apabila mendapati dirinya berada di tempat yang asing. Pelipisnya diurut lembut sebelum dia bangkit dari baringannya.
"Hm, kau dah bangun?"
Hayeon langsung menoleh apabila ada satu suara garau yang menegurnya. Mata Hayeon terhenti pada satu sudut dan matanya bertembung dengan satu kelibat bayangan berwarna hitam.
Hampir menjerit Hayeon dibuatnya apabila bayangan hitam itu tiba-tiba sahaja bangkit mengejut. Bunyi derapan kaki kedengaran menghampirinya.
"Kenapa diam?" soal lelaki bermata biru yang sudah berada dihadapan Hayeon. Kening kanannya diangkat apabila Hayeon hanya merenungnya.
Hayeon tersenyum kecil.
"Erm, saya lapar. Perut saya kosong." kata Hayeon tanpa segan. Perutnya yang kosong diusap lembut.
Lelaki itu menghela nafas panjang. Dulang yang berisikan roti bakar dan air teh panas di meja itu dibawa dan diletakkan dihadapan Hayeon.
"Makan."
Hayeon tersenyum manis sebagai balasan.
"Terima kasih sebab tolong saya. Kalau awak tak ada, mungkin saya dah mati dekat tengah jalan tadi. Saya janji saya akan balas budi awak!"
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Hayeon. Tangannya perlahan bermain dengan rambut panjang milik Hayeon. Gadis itu hanya membiarkan dan menikmati makanannya.
"Macam mana kau nak balas budi aku?" soal lelaki itu perlahan. Senyuman sinisnya masih tidak lekang dari bibir.
Terhenti suapan Hayeon. Dia memerhati lelaki bermata biru itu dengan ekor matanya.
"Saya pun tak tahu. Hm, apa kata kalau saya bagi awak duit? Awak cakap je awak nak berapa, nanti saya bagi." balas Hayeon lembut. Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu sebelum dia menyambung suapannya yang terhenti.
Lelaki itu terdiam. "Erm..Interesting.."
"Tapi aku tak perlukan duit kau and you don't have to pay anything." balas lelaki itu dingin. Tangan kasarnya membelai lembut wajah Hayeon.
Hayeon memandang lelaki itu lama. Tangan lelaki itu diraih lembut oleh Hayeon.
"But with one condition." lelaki itu bangkit dari duduknya lalu merenung Hayeon dalam. Pandangan tajam lelaki itu seakan mahu membelah mata bulat Hayeon.
Hayeon berdehem kecil. Wajahnya ditundukkan kerana tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki dihadapannya itu. "Erm..maksud awak?"
"Erk!"
Hayeon menjerit kecil apabila wajahnya tiba-tiba sahaja didongakkan ke atas. Mata bulatnya bertembung dengan sepasang mata biru berkilauan milik lelaki itu.
"Please marry me. Be my wife." lelaki itu bersuara tenang.
Mata Hayeon membulat. Jelas kelihatan wajahnya yang terkejut dengan apa yang baru saja dia dengar. Mimpi apa dia semalam sampai kena lamar dengan mamat hot ni?
"Apa..yang awak.."
"Kim Taehyung. Please remember my name." kata lelaki itu memotong Hayeon. Tanpa menoleh, lelaki itu terus saja berlalu pergi meninggalkan Hayeon yang masih terpinga.
"E..ehh?"
✧༺♥༻∞ ∞༺♥༻✧
SSUPP!
HAII GUYSS? MISS MEHHH? INGAT LAGI TAK EMERGENCY BRIDE? mesti tak en ☹️💔 k andi nak gitau cite ni dah lain hikss. eh watak still sama k! TAEHYUNG X HAYEON ! tapi storyline dia mungkin agak berbeza, so disarankan baca balik la yaa 😘
huehue sorryla sebab tukar storyline dia hiks. andi tau agak ramai jugak yang dah baca story ni and tertunggu ii apa jadi dekat tae ngan hayeon. ada juga yang layan story ni daripada ayat andi noob gila HAHAHAHA THANKS SESANGAT ❤️ tapi bila andi baca balik story ni, andi rasa kelakarrr. rasa noob gila + tae terlalu jahat dalam ni HAHAHAHAHA. so andi harap masih ada yang layan cite ni.