09

254 6 0
                                    

ABU AYYUB AL-ANSARI RA

kisah hidup sahabat Rasulullah s.a.w ini adalah seorang yg taat pada perintah ALLAH

beliaulah yg menjadikan rumah nya sebagai tempat Rasulullah s.a.w berteduh

mempunyai pengharapan yg besar setelah mendengar sabda Rasulullah s.a.w mengenai pembebasan kota konstantinopel 

Abu Ayyub al-Ansari atau nama sebenarnya 

Khalid bin Zaid bin Kulaib 

berasal daripada keturunan Bani An-Najjar.

  Beliau dikenali semasa peristiwa hijrah apabila mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda ditakdirkan untuk mendiami rumah beliau setelah baginda sampai ke Kota Madinah al-Munawwarah.

  Semasa Rasulullah SAW memasuki kota Madinah, setiap orang dalam kalangan kaum Ansar bercita-cita untuk menerima Rasulullah SAW sebagai tetamu 

dan sangat mengharapkan agar Rasulullah SAW 

apabila turun dari untanya lalu berhenti di hadapan rumah mereka. 

Ada di antara mereka cuba menghalang perjalanan unta baginda supaya unta tersebut menghala 

dan berhenti di hadapan rumah mereka.

 Lalu kemudiannya baginda bersabda;

''Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.''

 Lalu unta tersebut terus bejalan sehingga sampai di hadapan rumah Abu Ayyub al-Ansari RA. 

Lantas unta tersebut mematikan langkahnya.

  Abu Ayyub al-Ansari RA telalu gembira melihat keadaan tersebut, 

lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, 

menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan terharu tak terkata sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Rasulullah SAW seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu berharga. 

Kemudian beliau menjemput Rasulullah SAW masuk ke rumahnya.

  Rumah Abu Ayyub al-Ansari RA merupakan sebuah rumah yang mempunyai dua tingkat. 

Rasulullah SAW memilih tingkat bawah agar mudah urusan baginda untuk bertemu dengan sahabat yang mana mereka boleh keluar masuk dengan mudah. 

Akan tetapi, keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub al-Ansari RA tidak dapat tidur di tingkat atas. Malah, beliau tidak dapat walau sedikitpun melelapkan matanya.

 Hatta menjelangnya waktu fajar. 

lalu beliau berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu mengadu akan hal tersebut. 

Kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas.

  Pada masa itu juga wajah baginda kelihatan ceria, lantas baginda bersabda;

''Janganlah kamu menyusahkan diri kamu wahai Abu Ayyub. 

Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami.''

  Lalu Abu Ayyub al-Ansari RA mengisahkan peristiwa tersebut :

''Aku melaksanakan perintah Rasulullah SAW yang tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sejuk, bekas air kami pecah lantas menyebabkan airnya tumpah ke lantai tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah itu. 

Namun pada masa itu kami tidak mempunyai walau sehelai kain melainkan kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut ketika tidur.

  Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tertumpah kerana khuatir sekiranya air tersebut menitis ke tingkat bawah,

 yakni tempat Rasulullah SAW berada. 

Pada keesokan harinya, aku berjumpa Rasulullah SAW, lalu aku berkata;

''Demi bapaku, kamu dan ibuku, aku tidak suka berada di atasmu sedangkan kamu di bawahku.''

Setelah itu aku menceritakan kepada baginda mengenai bekas air tersebut. Lalu kemudiannya baginda menerima permintaanku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.

  Rasulullah SAWmenetap di rumah Abu Ayyub al-Ansari RA selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, 

serta dilengkapi dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid. 

Kemudiannya baginda berpindah ke sana.

  Abu Ayyub al-Ansari RA adalah seorang yang berhati lembut, sangat menyayangi baginda Rasulullah SAW, sangat pemurah, gemar memberi makan kepada orang lain serta beliau juga memiliki sebatang pohon kurma yang mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

  Selain itu, Abu Ayyub al-Ansari RA juga merupakan salah seorang pahlawan perang. 

Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

 Begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam.

 Kesemua peperangan telah beliau sertai melainkan jika ada peperangan yang berlaku serentak. 

Malah Abu Ayyub al-Ansari RA tidak pernah ketinggalan menurut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman Kerajaan Umayyah.

  Semasa hayat Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda;

''Costantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...''

Demi mendengarkan sabda Rasulullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari RA begitu yakin dan percaya, bahawa suatu hari nanti, kota Costantinople akan jatuh ke tangan umat Islam. 

Sejak itu, umat Islam seluruhnya berlumba-lumba untuk membebaskan kota itu.

  Pada zaman pemerintahan khalifah Muawiyah, 

Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera dengan misi untuk membuka kota Costantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub al-Ansari RA telah berumur. 

Usianya telah mencecah 80 tahun. 

Walaubagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dengan menaiki pengangkutan laut.

  Semasa dalam pelayaran, Abu Ayyub al-Ansari RA telah jatuh sakit. 

Lalu panglima tentera masa itu bergegas menemuinya, lantas bertanya,

 ''Wahai Abu Ayyub ! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?'' 

Justeru Abu Ayyub al-Ansari RA meminta kepada panglima tersebut, sekiranya beliau meninggal dunia, usunglah jasad beliau dan kebumikanlah di bumi Costantinople, 

iaitu di kubu persempadanan Costantinople. 

Ternyata akhirnya beliau meniggal dunia pada ketika itu.

  Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit.

 Akhirnya mereka berjaya sampai ke sempadan Costantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub al-Ansari RA. 

Di sana, mereka lantas mengebumikan jenazah yang mulia tersebut.

Kehendak Abu Ayyub al-Ansari RA dikebumikan di situ, 

tidak lain hanyalah ingin mendengan derapan kaki tentera Islam yang akan menawan kota Costantinope itu. Derapan kaki sebaik-baik tentera, dan sebaik-baik sultan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

sama-samalah kita menghayati kisah hidup beluai

dan mengambil titik mutiara yg terdapat dalam kisah hidup ini

********

Assalamu'alaikum
Sekian untuk hari ini
Semoga bermanfaat🌸
Terimakasih:)

KISAH SAHABAT NABITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang