Selepas ternampak sosok tubuh berambut panjang menyeringai di bawah katil jam 3 pagi, katil dan tilam IKEAnya terus dijual di mudah.my. Kotak-kotak buku dan bundut pakaian lamanya yang sebelum ini tersorok di bawah katil dirapatkan ke dinding sementara mencari almari yang lebih besar. Hanya ada toto narita buat pengalas badan hingga ke pagi. Tak kisahlah, yang penting tiada tempat untuk apa-apapun menyorok di bawah katil lagi.
Tidurnya lena malam itu di dalam bilik separa gelap. Hujan lebat dan guruh berdentum di luar ibarat dodoi si ibu. Lenanya terganggu dengan titisan air dari siling asbestos mengenai pipinya. Dia mengalih posisi bantal. Sambil cuba mengira biri-biri untuk kembali lena, mata kuyunya memandang siling.
KILAT.
BERDENTUM.
Cahaya terang-benderang yang cuma beberapa saat itu cukup untuk dia melihat sosok tubuh berambut panjang menyeringai itu melekat di siling, lidahnya terjelir dan air liurnya menitik-nitik.
YOU ARE READING
#certotCP 2
HorrorPercaya dengan konsep 'less is more', Jeffrey Zain kembali lagi dengan cerita-cerita kontot creepyposta / certotCP yang molek dijadikan bahan bacaan sebelum tidur. Bite-sized creepiness katanya. Nak kata seram sangat tu taklah, tapi cukup bagi awak...