Seiring Sehaluan(BAB1)

620 11 1
                                    

BAB 1

"Dialah yang memperlihatkan kilat kepada-mu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung. Dan guruh bertasbih memuji-Nya,(demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha Keras siksaan-Nya" (13:12-13)

HMMM.. Hujan lebat mencurah kini, bagaikan tiada henti~ hahaha, macan kene jee lagu Aizat tu dengan cuaca sekarang ni. Dah seminggu lebih hujan tak henti-henti mencurah. Kat dalam berita tu pun dah banyak mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke rumah-rumah tumpangan sementara. Allah~ dugaan apa lagi ini?

-------------------------------

"YA ALLAH budak ni. Tak reti nak bangun ke? Dah nak pukul lapan dah ni, kamu kata ada meeting harini. Cepatlah bangun Fateehah oii.."

Hish mama ni, pagi-pagi dah nak memekak. Selimut yang pada mulanya hanya menutupi kakiku, aku tarik sehingga menutupi mukaku pulak. Hah apalagi, makin riuhlah bilik ini dengan bebelan mama.

"Anak bertuah nii. Cepatlah bangun Fateehah! Nak ayah marah-marah ke nanti bila dia pulang? Dah-dahlah kamu buat perangai yang tak semegah ni, letih mama melayannya," rungut mama.

"Biarlah maa.. Ayah boleh handle meeting tu. Tak de maknanya meeting tu nak cancel kalau Fateehah tak datang office harini," balasku pulak dengan suara yang agak serak-serak basah. Mata pun susah sangat nak dibuka, macam kena gam sahaja gamaknya.

'Mana tak susah mata ni nak buka kalau kau balik rumah tadi pun pukul 5:00 pagi. Hah, lain kali buatlah perangai yang kau suka sangat buat tu,' kutukku pada diri sendiri. Dalam keadaan mamai pun aku masih boleh tersengih. hehee, hebat kan aku :P

"Lantak kamulah, ayah marah pun bukan kat mama."

Wah, cayalah kau Fateehah. Mama yang kuat membebel ni pun boleh kalah dengan aku. Hahaha. Tapi...

Ah~ pedulilah. Sambung tidur lagi bagus. Masalah ayah tu pandai-pandailah aku settle nanti. Kau kan hebat. Kalau mama pun boleh mengalah dengan aku apalagi ayah yang selalu mengalah itu. Hee...

Seiring SehaluanWhere stories live. Discover now