BAB 3
MATA yang sedikit kabur aku gosok perlahan. Pancaran cahaya matahari yang menembusi langsir bilikku agak memedihkan mata ini. "Huaarggh!" dengan sungguh bersahaja aku menguap.
Dahlah rambut tengah serabai waktu ni, ditambah lagi dengan perangai tak senonoh aku yang bila menguap tak pandai nak cover-cover ni. Kalau kat depan aku sekarang ni ada gajah, confirm tersedut masuk dalam mulut. Hahaha! Kalau lelaki tengok confirm lari tak cukup tanah gamaknya. Rupa dah serupa macam Hantu Kak Limah.
Jam lonceng tepi katil aku pandang sekilas.
"Wah! Pecah rekod ni." Aku bangun pukul 12 lalu lah hari ini. Hebat betul kau ni Fateehah. Buruk bebenor perangai anak dara bangun lambat.
Tanpa melengahkan masa, aku terus bangun menuju ke bilik mandi.
"Baik aku cepat mandi dan keluar. Karang confirm begegar rumah dengar bebelan mama."
------------------------
"HAH kamu nak kemana tu Fateehah?" tegur mama sebaik sahaja terlihat aku menuruni anak tangga yang terakhir.
"Nak pergi jumpa Kelly lah maa"
"Fateehah tak pergi office ke hari ni? Dahlah tadi tak masuk meeting, sekarang ni tak masuk office pulak.Kamu ni memang nak tengok ayah marahlah Fateehah."
Haa tengok, kan aku dah cakap tadi mama mesti membebel bila jumpa dengan aku. Bila jumpa aku mesti membebel dan bila mama membebel ertinya dekat akulah tu. hee maklum, aku kan anak yang sangat 'mendengar' nasihat orang tua.
"Office tu esok-esok pun boleh pergi lah maa.. Fateehah dah janji dengan Kelly sekarang ni. Dahlah, bye maa."
Terus aku lari menuju ke pintu dan membukanya. Sampai sahaja aku di Mini Cooper kesayangku, terus aku memanaskan enjin dan apalagi.. terus pecut laah! (;
-----------------------
PUAN Sri Mariam hanya tergamam melihat perilaku anaknya Fateehah itu. Dalam pengurusan masa memang anaknya langsung tak berdisiplin. Tak tahulah ikut perangai siapa, bengang juga bila difikirkan.
"Ya Allah, apa nak jadi dengan budak seorang tu."
YOU ARE READING
Seiring Sehaluan
RomanceNur Fateehah Imani, seorang gadis yang ceria, agak berfikiran terbuka, senang bergaul dengan sesiapa sahaja mula menyukai pensyarah adiknya dalam diam. Fateehah yang pada mulanya gadis yang agak liar mula berubah sedikit demi sedikit kerana perasaan...